Aku membaringkan diri atas katil bercadar Micky Mouse tu. Selesa. Empuk sangat. Kat rumah tidur atas lantai ja. Itu pun berbantalkan lengan Ibu. Ibu lagi. Mungkin Ibu tak penat berlari lari dalam fikiran aku. Tapi. Ibu dah takda. Allah. Sedih lagi. Sesak dada lagi. Sebu rasa dada.
Aku renung siling. Renung kipas yang berputar malas. Kenapa Bonda tolong aku? Padahal aku entah sapa sapa ja. Aku pandang katil sebelah yang bercadar Pooh. Katil dia kemas. Ada rak baju sekali. Mungkin anak Bonda.
Teringat rumah. Selalu masa macam ni, ada kat dapur. Tolong Ibu apa yang patut. Kadang ikut Ibu mengemas rumah jiran. Ada jiran yang baik hati menghulur duit sikit. Kadang tebas semak samun kat dusun orang. Terpaksa buat segalanya demi sesuap nasi. Bukan tak pernah Ibu cuba berniaga jual kuih muih. Tapi tak bertahan lama bila tak cukup duit nak pusing modal.
Tambah sejak Abah pandai main judi. Duit asyik minta dekat Ibu. Padahal Abah kerja pengawal kat sekolah rendah. Taktahu mana gaji Abah pergi. Tapi, inilah realiti hidup aku. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Sebab tu juga aku tak bersekolah. Macam mana nak pergi kalau dah camtu? Malu aku bila cikgu ulang minta duit yuran. Duit buku. Dengan menghadap kawan kawan yang mencebik tiap kali aku nak pinjam buku. Bergenang air mata Ibu masa aku cakap taknak pergi sekolah dah. Tapi Ibu pun tak mampu nak menghalang. Dengan Abah yang tak membantu langsung. Akhirnya jadilah aku budak tercicir pelajaran.
Aku kesat air mata yang dah mula meleleh balik. Murah betul air mata aku. Bayangan Ibu menerpa lagi. Aku baca Al – Fatihah dan sedekah pada Ibu. Juga pada ayah kandung yang aku tak tahu siapa.
Aku melepas nafas panjang. Letih. Rasa penat dari semalam mula menerpa satu persatu. Aku pejam mata bila kenangan dengan Ibu menerpa. Tersenyum aku melihat senyuman manis Ibu. Ibu. Farah rindu. Aku mula hanyut dalam dunia mimpi.
.
.
.
Aku tersentak bila Abah mula mendekat dengan kepala dan badan yang berlumuran darah. "Kau bunuh aku!! Budak tak sedar diuntung!!" Abah tengking aku kasar. Jantung aku berdegup kencang. Muka Abah menakutkan. Kedua mata Abah merah menyala. Macam bukan Abah. Aku cuba nak membalas kata kata Abah namun tak mampu. Aku tak boleh nak bersuara.
Aku pusing cuba cari Ibu. Malangnya Ibu takda kat mana mana. Abah makin mendekat dengan kapak ditangan. Aku cuba nak menjauh, cuba nak berganjak namun kaki aku bagai terpaku. Aku berdoa agar ada siapa siapa yang selamatkan aku. Abah betul betul ada depan muka aku sekarang.
Persekitaran pula mula gelap. Cuma ada bau hanyir darah yang kuat datang dari Abah. Aku mula mengigil. Air mata mengalir deras tanpa aku pinta. Abah angkat kapak tinggi ke udara. Aku taknak mati lagi. Aku taknak mati. Abah tenung muka aku dengan wajah penuh kemarahan. Siapa siapa tolong aku. Bawa aku pergi dari neraka ni.
Abah hayun kapak deras. Aku mendongak tengok mata kapak yang dah nak singgah atas kepala aku. Kaki tangan aku mula lembik. Tiba tiba, bayangan Abah hilang. Cuma terdengar suara memanggil nama aku.
Dengan susah payah aku cuba buka mata. Bonda. Memandang aku dengan wajah risau. Terus aku bingkas bangun dan peluk Bonda erat. Dapat aku rasa Bonda sedikit terkejut namun Bonda mengusap lembut belakang aku.
"Kenapa ni El. Mimpi apa ni..?" entah kenapa suara Bonda menjentik satu ketenagan dalam diri aku. Tangan kaki yang mula mengigil dah kembali pada rentak normal. Secara tak sengaja juga aku bercerita.
"Bukan Farah sengaja bunuh Abah....Farah nak tolong Ibu....tapi...tapi...Ibu bunuh diri...Farah tak sengaja....Farah betul tak sengaja...Farah...Farah tak tahan tengok Abah pukul Ibu..." Usapan Ibu di belakang aku terhenti. Aku pasrah. Siapa yang mahu dengan aku? Pembunuh.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cerita Kau & Aku [COMPLETED]
RomanceWhat I have with you my love, I don't want with anyone else - Amira Natasha Azmi Biarpun masa ini singkat, izinkan aku mengajarmu erti bahagia - Farah Elina Johari Ini cerita tentang kita. Tentang bertapa rapuhnya jiwa kita. Tentang kau yang beri ak...