Sembilan

4.2K 139 20
                                    

"Terima kasih Mira" terdengar El mengumam perlahan saat aku hulurkan kopi segera mesin layan diri pada dia. Mira? A dah hilang. Habit kut pendekkan nama orang suka hati. Aku melabuhkan punggung disebelahnya. Kami berdua bersila di kaki lima hospital. Tak ada kerusi dekat dekat sini. Yang ada kat depan wad ortopedik sana. Malas nak berjalan pergi. Lagipun El tak mahu jalan jauh.

Seketika hanya bunyi cengkerik menemani kami. Aku kerling pada El disebelah. Dari tadi dia hanya merenung kosong dalam cawan kertas tu. Tadi dia yang beria sangat nak nescafe. Dah kenapa dia ni.

"El" perlahan aku sentuh bahunya. Laju El berpusing menghadap aku. "Mira ada cakap apa apa ke tadi?" Aku menggeleng. "Awak okay tak? Macam ada benda tak kena ja. Kenapa?" El tersenyum. Tapi tak semanis masa pertama kali jumpa haritu. "Takda apa lah. Saya penat sikit. Kenapa?" Tengok tu. El ni dah kenapa. Aku menggeleng. Mendiamkan diri. Mengikut rentak El.

El pun turut sama membisu. Aku pandang El semula. Dia merenung jauh ke depan. Melihat entah apa yang ada dalam kegelapan malam. Rambut El kusut. Serabai. Raut wajahnya penuh keserabutan. Dahtu baju dia ada..darah kering? Eh biar betul.

Tapi nampak jelas yang El memang betul letih. Entah. Letih jiwa. Letih emosi barangkali.

"Raf kemalangan..." mendatar ja El tuturkan tanpa menoleh pandang kearah aku. Aku sedikit tersentak terkejut dengan suara El. "Raf?" aku soal sepatah. El meletakkan cawan kertas berisi nescafe yang memang dia tak teguk langsung dari tadi ke atas lantai.

El menarik nafas panjang sebelum membalas "Kawan baik. Nama Raf. Dia kemalangan. Tengahari tadi. Koma....." Sepatah sepatah El tuturkan bagai robot dan kemudian mengeluh perlahan. "Entah lah Mira. Selama ni tengok Raf bahagia bergelak ketawa. Ni bila jadi camni. Raf terkaku tanpa suara. Petang tadi masuk sembang dengan dia pun, tiada sebarang reaksi saya dapat. Hati saya remuk tengok keadaan Raf macamtu..." setitis demi setitis air mata mula meleleh turun dari tubir mata El.

Aku menelan liur perlahan. Aku tak boleh tengok orang lain menangis. Nanti aku mesti meleleh sekali. "Raf...Dia akan buat apa saja nak tengok orang lain senyum. Tapi bila dia terlantar tu Mira, saya rasa saya kawan paling tak berguna...." El jeda sebentar. Mengesat air matanya dan memandang tepat mata aku.

"Awak tahu Mira, masa Raf kena langgar tu, saya terkaku. Saya tak boleh nak rush berlari ke arah dia. Last words dia sebelum pejam mata, pagi tadi, dia cakap sakit.. Mana pernah Raf cakap macamtu. Masa kami kena pukul waktu bergaduh dengan budak budak area taman tu pun, Raf sengih ja walaupun dia sampai patah gigi, terseliuh tangan..." El menunduk balik. Bahunya terincut menahan tangis.

Aku rasa sayu. Sangat. Tengok orang yang pernah aku jumpa, yang tersenyum gembira tiba tiba jadi sedih rapuh macam ni buat aku buntu. "Keadaan dia macam mana El..?" perlahan aku menutur kata. Bimbang tersilap percaturan makin teruk El menangis.

"Doktor cakap dia okay ja. Cuma masih koma. Sebab doktor letak dia bawah ubat kan? Nak bagi dia cepat recover. Tapi....Saya rindu dia Mira... Akal fikiran tak boleh cerna tengok Raf macamtu..." sayu ja suara El menuturkan kata dan esak tangisnya tambah menggila. Aku mengelap air mata aku yang mula tumpah dengan belakang tangan. Segera aku mengesot, mendekatkan jarak tubuh aku dan El. Aku paut perlahan bahu El dan menarik dia dalam pelukan ku. Kepala El letak di bahu aku. Terasa hangat tubuh El.

Tak aku jangka yang El akan memeluk aku kembali. Aku rasa jantung aku berdebar tahap tak ingat dunia dah bila terasa tangan El melingkar di pinggang aku. Harap El tak perasan betapa kencangnya jantung ni berdegup. Kalau tak, mati aku. Aku teragak agak sebelum membawa tangan mengusap perlahan belakang El. Selepas beberapa ketika, terasa tangis El makin mereda dan dia mula tenang.

Pelahan dia melepaskan rangkulan pada tubuhku. "Sorry...Tak sengaja.." El mengumam perlahan. Aku tersenyum cuma. "Takpelah. Takda masalah. Kita kawan kan.."

Aku hulurkan tuala kecil untuk El lap muka bila tengok dia sibuk angkat baju dia kesat mata. Dahla baju tu kotor. Lagi angkat lap muka. Tak senonoh. El angkat kepala dan pandang aku. "Apa?" soalnya sepatah. Aku juihkan bibir kearah tuala di tangan. "Ambil lah, lap muka tu.." dan El tersenyum. Segera dia sambut huluran tangan aku.

"Apa awak buat kat sini, Amira?" El pandang aku dengan dahi berkerut.

"Teman makcik saya. Masuk wad semalam. Demam denggi" El menganggukkan kepalanya. "Dahtu kenapa awak boleh ada kat level ni?" Dia pandang aku dengan dahi berkerut. El ni comel lah bila muka muka macamtu. Haihhh.

"Saja jalan. Bosan. Makcik dah tidur. Saja ikut kaki melangkah.." Aku membalas pantas.

"Yeke?" Eh eh budak ni. Macam mana nak bagi dia percaya entah. "Tak. Saya cari kopi vending machine ha. Bawah punya ada air kotak ja. Tanya pakcik guard tadi dia kata ada kat level atas.."

Dia mengangguk lagi. Serius lah El ni sama umur dengan aku? Asal perangai dia macam budak eh? Tadi menangis beria. Sekarang tersengih tersenyum dengan muka comel dia. Sakit pula hati aku berdegup kencang tengok kau ni El.

"El, nak tanya.."

"Silakan..."

Aku berfikir. Menyusun ayat di dalam kepala. Wajar tak aku tanya eh? Okay tanya jelah.

"Awak last mandi bila..?" Terus El lipat maut kepala dia pandang aku. "Dah kenapa soalan tu yang keluar? Takde kerja?" Tona suara El terus berubah dingin macam disimbah ais dekat benua beruang kutub sana.

"Takde...Janganlah salah anggap dohh..Sebab, awak nampak serabut. Muka awak. Baju awak." Muka El terus berubah kelat.

"Saya nak pergi tandas pun takut Mira. Sebab, Raf mana ada sapa sapa. Dia anak yatim. Awak tahu kan prosedur hospital? Segala benda perlu kad pengenalan Raf, dan juga tanda tangan penjaga. Pakcik Raf menghilang kemana entah. Masuk ceruk manalah. Saya cuba call dari tadi tak boleh masuk. Bonda saya pun tak boleh nak tolong tunggu. Sebab Bonda ada darah tinggi. Mana boleh berjaga lewat malam camni..."

Aku terdiam. Aku fikir kisah hidup aku paling sedih. Cerita aku paling penuh duka. Rupa rupanya, ada insan yang lagi merana.

"Macam mana awak kenal Raf?.." Aku bertanya. Cuba mengubah topik. El memandang aku dengan senyuman sebelum berpaling semula. Dia menyandar pada dinding dan melangut. Mungkin berfikir. Mungkin mengigat kembali detik pertemuan dia dengan Raf.

"Saya sebenarnya sekolah lain dulu. Rumah pun dekat tempat lain. Ada sebab yang buat Bonda ambil keputusan berpindah dari rumah lama kami. Tinggal segala passion dia untuk saya. Masuk sekolah tu pun, masa Tingkatan 3. Sekelas dengan Raf, tapi Raf macam sombong. Yelah, saya budak baru kan.." El berhenti sebentar sebelum menyambung.

"Masuk Form 4, sekelas lagi. Sama aliran pula. Ada sekali tu, Raf dengan saya sama sama tak bawa buku, kena denda lah. Berdiri luar kelas. Cikgu sibuk mengajar, Raf ajak saya tawaf sekolah. Lepas tu makin rapat dengan Raf. Kongsi semua cerita"

Aku mengangguk faham. "El nak tanya, kenapa boleh pindah?"

.

.

.

.

Aku kat sini. Depan ICU. Dengan dompet Raf kat tangan aku. Puas paksa El pergi mandi tadi. Berapa banyak pesan yang El tinggal sebelum dia berlari ke tandas. Sayang sangat kat Raf El ni. Aku teringat balik pada perbualan dengan El. Tentang hidup dia. Tentang diri dia.

Sepanjang El cerita tadi. Aku diam ja. Aku tak pasti nak bagi reaksi macam mana. Kenapa hidup budak yang aku rasa senyum gembira tu sangat teruk? Kenapa hidup dia gelap sangat? Dalam diam aku bersyukur. Sekurangnya, keluarga aku masih sempurna.

Aku melepas keluhan berat. Seakan masih tergiang suara El bercerita.

bersambung....

.

.

.

Ampa. Hai.

Ada benda nak habaq ni. Lepasni mungkin update jadi dua hari sekali. Sebab aku mula sibuk T_T *nangis laju laju

Sorry na ampa. Kalau ada masa aku cuba ligan gak sehari sekali naa. Sayang ampa semua. Eh ampa. Terima kasih untuk 1K view. Ahahaha. Tima kasih naa~~

Jumpa chapter depan ~~

Cerita Kau & Aku [COMPLETED]Where stories live. Discover now