Aku mengikut Bonda melangkah masuk ke dalam kawasan rumah banglo tersebut. Kemas. Itu anggapan pertamaku apabila melihat segenap kawasan halaman rumah. Ada gazebo mini. Juga ada meja dan kerusi konkrit yang disusun rapi. Tak lupa juga ada kolam yang penuh dengan ikan kapi. Mungkin Bonda ni orang kaya. Kalau tak, takkan mampu nak ada semua ni kan.
"Ehem. El..." Aku yang ralit memerhatikan sekeliling sedikit tersipu. Aku pandang Bonda yang dah berdiri di muka pintu rumah. Bonda menggamit tangan meminta aku pergi ke arahnya. Aku berjalan pantas.
"Masuklah El. Jangan malu" Aku angguk. Sempat memerhatikan rak kasut yang ada beberapa pasang kasut kanak kanak. Bonda ramai anak kot. Tu kasut budak bersepah. Baru nak melangkah masuk, aku perasan bertapa kotor kakiku. Perasaan malu menerjah tangkal hati. Takkan aku mahu nak kotorkan rumah orang.
"El? Kenapa tak masuk?" Bonda soal penuh prihatin. Aku menggeleng dan menunduk. Terasa tanganku ditarik lembut. Aku sedikit tersentak. Nak menarik balik tanganku aku sedar aku siapa. Aku menurut. Berdoa agar kakiku tak mengotorkan ruang.
Bila masuk dalam rumah tu, aku rasa pelik. Tiada sebarang sofa kat ruang tamu. Cuma ada rak televisyen dengan tv. Ada radio kecil. Juga ada karpet. Tiada sebarang hiasan lain. Ruang tamu seolah sengaja diluaskan. Aku berjalan lambat lambat. Sibuk memerhatikan ruang tamu kosong tu. Bonda dah hilang entah kemana.
"El.." Sedikit tersentak aku mendengar suara Bonda. Memang Bonda suka panggil nama aku ke apa. "Ni tuala. Pergi mandi dulu. Guna ja sabun yang ada dalam tandas tu. Lepastu masuk bilik belakang tu. Bonda dah letak baju atas katil" Aku terkebil kebil cuba cerna kata kata Bonda. Mandi. Bilik. Baju. Okay. Faham.
Aku mencapai tuala yang Bonda hulurkan. "Terima kasih, Acik" ujar aku dan sedikit menunduk hormat. Perasan muka Bonda berubah bila aku panggil Acik bukan Bonda. Tapi, aku tak boleh buat apa. Ibu aku baru ja pergi. Aku tak boleh nak ajar lidah panggil orang lain Bonda. Anggap orang lain mak. Tak boleh.
Aku melangkah ke bilik belakang yang Bonda maksudkan. Ada 2 katil bujang. Ada satu katil dengan cadar Micky Mouse yang ada baju. Aku letakkan beg yang Ibu bagi atas lantai. Lucutkan baju seluar satu persatu sebelum melangkah ke tandas.
Segar. Itu ja satu perkataan paling sesuai sekarang. Aku memerhatikan cermin. Melihat wajah aku sebetulnya. Baru satu hari. Tapi mata dah mula sembap. Teruk pula tu. Bahana menangis campur tak cukup tidur. Sikit masa lagi ni, mesti aku demam. Teringat Ibu, air mata aku meleleh lagi. Cepat ja aku kesat. Takut mata makin bengkak. Susah kalau Bonda tanya nanti.
Sudah mandi aku pakai baju yang dah Bonda sediakan. Memang muat muat saiz aku. Pelik. Terdengar ketukan perlahan berserta dengan tombol yang dipulas. Aku tersengih pandang Bonda. "Comelnya El ni. Jum makan. Bonda dah siapkan makanan" Makan? Sengih aku makin melebar.
Aku sedikit terpinga bila Bonda sediakan makan atas lantai. Dilapik dengan tikar mengkuang dan lauk lauk disusun dalam dulang. Aku tak membantah bila Bonda menepuk lantai sebelahnya, tanda meminta aku duduk.
Bonda masak sup daging. Dengan sayur apa taktau. Aku makan ja apa yang Bonda letak dalam pinggan. "Makan pelan sikit El. Nasi tu tak lari mana. Tercekik japg" Aku angguk angguk sebelum sambung makan. Lapar.
Sudah makan Bonda bagi air suam segelas. Aku menyambut tanpa banyak bicara. "Nama penuh El apa?" soal Bonda sesudah aku menghabiskan air. Aku terdiam. Tak tahu patut cerita atau tak. "El..?" Aku menggeleng.
"Mak Ayah mana?" Lagi sekali aku menggeleng. Tahan air mata yang dah mula nak meleleh. Selama ni bila tengok Ibu kena pukul dengan Abah, aku mampu tahan air mata. Tapi kenapa depan Bonda, baru Bonda tanya macamtu, hati aku dah tersentuh.
Betul lah kot. Matang mana pun aku, aku masih budak. Baru 13 tahun. Baru nak rasa nak kenal erti hidup. Tapi dah terlalu banyak yang aku telan. Terlalu banyak cerita yang aku pendam. Rasa kalau Bonda nampak semua lebam parut bekas Abah pukul ni, Bonda nak kata apa eh?
"Kenapa tangan El tu..?" Aku tersentak. Sedikit menjeling ke arah tangan yang Bonda maksudkan. Ini kesan Abah cucuh puntung rokok kat tangan aku. Sebab marah Ibu keluar pergi kedai beli beras tak bagitahu. Abah kata aku dengan Ibu habiskan duit dia. Padahal duit tu Ibu dapat masa jual besi buruk kat dapur.
Aku menggeleng. Tak rasa aku patut cerita pada Bonda. Terdengar Bonda menghela nafas perlahan. "El letih? Pergi masuk tidur dalam bilik tadi.." Aku bangun dari kerusi. Berjalan dua tiga langkah sebelum pusing menghadap Bonda.
"El minta maaf Acik..." Bonda nampak terkejut sebelum dia senyum dan mengangguk. Aku terus melangkah ke bilik.
Puan Umi memerhatikan langkah El yang sedikit longlai. Entah apa yang disimpan oleh anak kecil itu. Hanya senyuman, angguk dan geleng yang menjawab segala persoalan. Mungkin dia perlu lebih bersabar.
Nampak saja El macam mudah dirapati. Tapi, tembok El terlalu tinggi. Melihat pada raut wajahnya, mungkin El baru darjah 6 atau tingkatan 1. Tapi. Entah apa yang terjadi yang membuatkan El jadi macamtu?
Tapi, Puan Umi kagum dalam diam. El masih berbudi bahasa dan tahu menghormati dirinya. Meski anak kecil itu tak banyak bicara, namun perlakuannya agak sopan. Tapi. Sepasang mata milik El mengigatkannya akan seseorang. Mungkinkah...? Puan Umi menggeleng. Cuba menepis tanggapan yang datang. Tak mungkin. Peristiwa tu dah berlalu hampir 13 tahun. Jadi tak mungkin kebetulan tu wujud.
Terdengar riuh suara kanak kanak depan rumah. Puan Umi tersenyum, sempat memandang jam di dinding sekilas. Dah tiba masa untuk anak anak jagaannya pulang. Patutlah meriah saja bunyinya.
"Bondaaaaa~~" berlagu kedengaran suara Azra memanggil. Dengan senyuman yang masih bersisa, Puan Umi melangkah ke pintu.
Azra Malik. Baru darjah 2. Ditinggal ibu bapanya di pasar pagi. Kebetulan Puan Umi yang sedang membeli barang basah terserempak dengan anak kecil itu. Dibawanya ke balai polis. Diiklan tentang diri Azra di dada media sosial. Namun sebulan berlalu tanpa sebarang berita.
Akhirnya Puan Umi membuat permohonan mengambil Azra sebagai anak jagaan di Teratak Kasih Bonda. Rumahnya sendiri. Sememangnya dari awal memang dia berniat nak buka pusat perlindungan untuk anak anak yatim. Azra merupakan budak yang ke 5 di jaga olehnya. Dari awal kekok. Kerana Azra kuat meragam. Maklumlah budak lagi. Tapi sekarang, segalanya makin baik dari hari ke hari.
"Lambatnya anak Bonda balik harini" ujar Puan Umi seraya melutut dan mencium pipi Azra bertalu talu. Azra ketawa mengekek.
"Bonda. Kasut siapa?" tanya Azra menunding jari kearah selipar El. "Kawan baru Azra lah. Ada dalam bilik. Jangan bising tau. Masuk diam diam ja" Puan Umi meletakkan jari telunjuk di bibir. Azra mengangguk faham dan mengikut perbuatan Puan Umi. Terus dia jalan berjengket ke bilik.
Puan Umi menggeleng. Tu baru sorang. Ada lagi 3 orang tak balik sekolah lagi. Tiba tiba Azra berlari datang ke arahnya dengan muka pucat.
"Bonda! Bonda! Cepat" Azra menggesa sambil menarik narik tangannya. Mahu tak mahu Puan Umi mengikut. Terasa tak sedap hati. Fikiranya menerpa kearah El.
Melangkah masuk ke bilik, Puan Umi disambut dengan El yang merengkot menggigil dan menangis. Katil tak rupa katil dah. Cadar tercabut. Bantal berselerak atas lantai.
"El..? El..? Buka mata tu. El?" Puan Umi bersuara separuh keras sambil menepuk perlahan pipi El. El masih dalam kedudukan itu. Menangis. Air mata yang meleleh leleh.
"Azra tolong Bonda boleh?" Puan Umi berpaling pada Azra yang taat menunggu. Azra mengangguk laju. "Pergi dapur letak air dalam gelas, bawa datang sini. Elok elok tau" Sempat memesan agar Azra berhati hati. Laju Azra berlari keluar bilik dan kembali dengan segelas air di tangan.
"Bonda, nah.." Hati hati Puan Umi menyambut huluran gelas itu. Bismillah dibaca, air dituang sedikit ke atas tangan dan diraup perlahan ke muka El. Diulang ulang dua tiga kali hingga El membuka mata.
Bersambung.....
.
.
.
Haihhh. Apa kena dengan El eh? Aduhhh. Ahaha.
Tadi macam takda typo. ahaha. Kalau ada maafkan oke :)
Mungkin ada ada sampai 3rd person of view. First from El, second dari watak utama kedua yang tak muncul lagi, and last dari orang sekeliling. Oke tak? Sebab kalau just buat El P.O.V , macam....Ahahah. Harap korang faham ehh :)
As usual. Do vote and comment okay XD
YOU ARE READING
Cerita Kau & Aku [COMPLETED]
RomanceWhat I have with you my love, I don't want with anyone else - Amira Natasha Azmi Biarpun masa ini singkat, izinkan aku mengajarmu erti bahagia - Farah Elina Johari Ini cerita tentang kita. Tentang bertapa rapuhnya jiwa kita. Tentang kau yang beri ak...