Bunyi loceng yang ditekan dua kali membuat senyum di wajah aku melebar. Tahu dah siapa. Selalu yang bagi tanda macam tu cuma seorang. Aku yang berada di dapur segera bergegas ke pintu. "Hai...." Ujar si dia dengan senyum manis semanis madu. Aku tersengih. Orang lain rupanya.
"Masuklah." Aku menguak pintu lebih luas. "Terima kasih" Balas dia, masih lagi tersenyum dengan kunci motorsikal dilambung lambungkan. "Mana.." Belum sempat aku menghabiskan soalan, orang yang aku tunggu muncul. Dengan sebelah tangan menjijit beg plastik yang berisi sayur dan sebelah lagi dilarikan di celahan rambutnya, dia memandang aku dengan senyum menggoda.
"Sorry lambat, Raf sibuk nak masuk kedai dulu tadi.." Ujarnya sambil menghulurkan plastik ditangannya. Aku menyambut dan tersenyum kembali. Terasa hati sedikit berbunga. "On time lah ni. Mana ada lambat" Dia berkerut dahi mendengar jawapanku. "Kenapa?" Aku bertanya. "Mira ingat saya tak datang ke?" Cepat aku menggeleng. "Mana ada..." Sengih lebar terlukis di bibirnya. "Yelah tu." Usiknya sakan. Raf di atas sofa hanya tertawa melihat aku yang dah mula mencebik.
"Kalau layan kau orang alamat tak makan tengahari lah kita" Ujar aku lalu melangkah ke dapur. Terdengar tawa sakan dari budak berdua tu dari ruang depan. Raf dan El. Kedua mereka dah menjadi sebahagian dari hidup aku. Bila hujung minggu memang muka kanak kanak berdua tu ja yang rajin menempel dalam rumah ni.
Macam ni lah rutin harian kami selama dua bulan ni sejak Raf keluar hospital haritu. Tak aku sangka, insiden semasa kejohanan bola jaring haritu menemukan aku dengan orang yang boleh aku gelar sahabat. Raf dengan perangai nakal dia. El pula dengan sweet talk dan usikan yang selalu buat aku tersipu sendiri. Terasa bagai ada satu rasa yang bertanda bila berdekatan dengan El. Entah aku tak tahu.
Aku tak berani nak pastikan apa aku rasa. Kerana sejujurnya aku takut kalau aku kehilangan mereka berdua. El dan Raf dah letak satu rasa yang baru dalam hidup aku. Kadang dari bahasa tubuh El, aku seperti yakin yang El ada perasaan yang sama seperti aku. Tapi bila tengok cara El layan Raf yang tak jauh beza dari cara El layan aku, aku pendam jauh perasaan tu. Mungkin El juga selesa dengan aku. Selesa hingga buatkan aku tersimpan perasaan bukan bukan pada dia.
"Ehem..Kalau termenung saja tengok ikan tu agak agak boleh masak ke..?" Aku sedikit terkejut dengan teguran El. Segera aku capai ikan yang dah siap disiang ke singki. Kalau lah dia tahu aku fikir pasal dia sepanjang termenung tadi entah apa pula usikan dia nanti.
Seketika suasana sepi. Namun aku tahu El masih ada. Buktinya bau minyak wangi El masih memeriahi suasana. Aku abaikan suasana yang dah semakin janggal dengan menumpukan perhatian pada pembasuhan ikan di tangan.
"Awak okay tak Mira..?" Terdengar lembut suara El menyapa pendengaran aku. Jantung aku yang memang dah beritma tak senada makin menggila detaknya. Aku menarik nafas dalam. Oh. Bad moves. Bau minyak wangi El seolah berebut rebut nak bermesra dengan deria bau aku. Meresap jauh bau El ke dalam segala rentina aku. Lagi kencang degupan jantung aku. Aku berpaling ke kanan hanya untuk disapa mesra dengan wajah El yang memandang, lebih tepat lagi merenung aku dengan penuh kerisauan.
Aku rasa nak pitam.
El berjalan merapati aku. Aku berundur perlahan ke belakang. Mata El tak lepas dari mengawasi wajah aku. Aku harap masa boleh terhenti agar aku boleh lari keluar lari keadaan ini. Aku menelan liur yang mula terasa kesat bila sedar yang aku dah terperangkap diantara El dan dinding yang menahan erat tubuhku dari terus mengundur.
Entah aku yang terperasan sendiri atau memang kenyataan yang El tersenyum sinis sambil menatap aku tajam. Aku memejam mata erat bila El mula merapatkan jarak antara wajah kami. Jantung aku bagai nak pecah bila terasa ada kucupan hangat singgah di dahiku.
"I love you sayang." Bisikan lembut beserta dengan deru nafas El yang menampar lembut cuping telinga aku buat lutut aku lembut. Entah mana El belajar benda bukan bukan ni. Aku mendiamkan diri. Masih memejam mata erat. Mencuba dalam diam memujuk jantung yang berdetak menggila untuk kembali ke irama normal.
YOU ARE READING
Cerita Kau & Aku [COMPLETED]
RomanceWhat I have with you my love, I don't want with anyone else - Amira Natasha Azmi Biarpun masa ini singkat, izinkan aku mengajarmu erti bahagia - Farah Elina Johari Ini cerita tentang kita. Tentang bertapa rapuhnya jiwa kita. Tentang kau yang beri ak...