Dua Puluh Empat

3.2K 100 8
                                    

Senyum lebar terukir di rata rata wajah pelajar seusai habis kertas peperiksaan dikutip. Last paper lah tu tadi. Boleh jawab tak boleh jawab, tu belakang kira. Yang penting, sekarang dah rasa lega. Aku berjalan keluar dewan dengan sengih yang masih belum pudar. Lepas ni tunggu tiga bulan baru tahu keputusan usaha sepanjang 2 tahun ni.

Bermacam reaksi yang aku dengar kat luar ni. Pelbagai riak wajah ditunjukkan. Ada yang dah mula bincang nak buat apa sepanjang masa menunggu keputusan peperiksaan dikeluarkan. Ada yang mengeluh tak dapat jawab soalan. Ada yang terlebih gembira kena hantar pulang ke kampung.

Langkah kaki aku atur ke pagar. Ramai yang dah mula meninggalkan perkarangan sekolah. Aku berjalan dengan mata yang meliar ke kiri kanan. Bayang Haikal tiada di mana mana. Dah dia juga yang beria nak berjumpa seusai habis kertas terakhir, tapi batang hidung dia pun tak nampak.

Bunyi notifikasi daripada WhatApps menarik perhatianku. Terus aku keluarkan telefon pintar dari dalam poket.

[ El Gemuk : Take care sayang. Dalam setengah jam saya sampai. Make it quick. Kalau saya sampai awak still takda kat luar, saya masuk cari kat dalam. ]

Aku tersengih. Jelas api cemburu tu. Eleh. Dia yang beria kata tak jeles lah, apa lah bila aku cakap nak jumpa Haikal. Ni tengok cara chat tu. Make it quick konon. Dua hari lepas Haikal yang maklum kata nak jumpa, nak selesaikan semua perkara antara kami. Aku ikut setuju ja walaupun sebenarnya macam tak perlu sebab lepasni takkan jumpa Haikal dah.

"Mira jum. Lama eh tunggu." Aku tersentak. Terkejut sebenarnya. Sipi lagi nak terlepas telefon dari tangan. Aku menjeling Leen di sebelah yang dah terkekek ketawa. "Muka terkejut kau gila buruk kot." Ujarnya menyambung ketawa yang masih tersisa.

"Jum kemananya? Aku tunggu Haikal ni."

"Nak bawa kau ke Haikal lah ni. Dia tunggu kat blok belakang." Ujar Leen dan memeluk mesra lenganku.

"Blok belakang? Blok lama tu. Dah kenapa kena jumpa kat sana?" Leen menggeleng. "Mana aku tahu. Aku ikut ja apa Haikal minta ni."

"Aku risau masalah nya. Blok tu jauh kut. Dahla sunyi." Sedikit berkerut dahiku. Dahla dengan tiba tiba rasa tak sedap hati lagi ni.

"Aku ada. Jangan risau lah. Takda apa jadi punya."

Dalam berjalan sambil berborak, kami sampai juga ke blok akademik lama. Blok ni dah tak digunakan dan dalam proses perobohan sebab dah ada blok baru. Lagipun blok ni macam terlalu kecil nak tampung jumlah pelajar yang makin bertambah. Itu jelah yang aku dengar.

Sekilas aku merenung blok di depanku. Tiba tiba menyelinap segenap rasa takut di jiwa. Air liur aku telan perlahan. "Leen, kau teman aku lah. Aku rasa tak sedap hati ni. Si Haikal ni pula kat mana?" Sepi ja Leen disebelahku. Apa jawapan tak diberikan.

"Leen..?" Aku kalih pandang ke sebelah. "Leen!!!" Shit. Bodoh betul. Apa tinggalkan aku seorang kat sini. Telefon dalam poket aku capai. Nombor Haikal dicari. Ada deringan tapi tak berjawab. Lepas tiga kali mencuba, aku putus asa. Lantak lah apa nak jadi, jadi lah. Aku bawa langkah kaki terus meninggalkan kawasan blok lama tersebut.

Belum sempat jauh aku menapak, terdengar bunyi bising di belakangku, segera aku menoleh, mataku sempat menangkap kelibat seseorang sebelum segalanya kelam.

.

.

.

.

Jam aku telek untuk entah ke berapa kali. Telefon pintar aku capai dan nombor Mira didail. Sama seperti tadi. Berdering namun tiada jawapan. Aku memarkir motorsikal sebelum menapak ke arah balai pengawal.

Aku menjenguk ke dalam. Nampak seorang pakcik yang agak berusia tengah asyik menyanyi melayan radio.

"Assalamualaikum Pakcik. Semua orang dah balik ke?" Sedikit tersenyum aku melihat pakcik tersebut terkocoh kocoh mematikan radio sebelum berpaling menghadap aku.

Cerita Kau & Aku [COMPLETED]Where stories live. Discover now