"Waalaikumussalam..." Aku mengumam perlahan. Sedikit terpinga aku melihat wanita di depanku ini. Wanita? Ke akak? Macam 20 lebih ja umur. Tak gaya makcik makcik pun.
"Mesti terkejut kan sebab akak kenal kamu? Ahh. Lupa. Nama akak, Maria Izzati Burhan. Panggil ja Kak Maria." Ujar wanita yang membahasakan dirinya sebagai akak Maria ni. Cantik orangnya. Putih. Tinggi lampai persis model. Pakaian yang dikenakan juga melekat erat pada tubuhnya. Cukup ketat. Selendang yang dipakai pun macam setakat syarat ja. Setakat diletak dan disempang ke belakang.
Burhan? Macam pernah dengar. Takkanlah....
"Ehem.." Dia sedikit berdehem bila huluran tangannya aku tak sambut. Sambil tersengih, tangannya yang dihulurkan sedari tadi aku gapai dengan penuh tertib. Tangan dia pun, boleh tahan. Berapa botol losyen agaknya ya? Ke tak pernah buat kerja langsung ni.
"Ada mana mana tempat yang kita boleh berbual?" Soalnya. Aku terdiam sejenak. "Depan sana, dekat simpang empat tu, akak ambil kanan, ada stesen minyak. Lepas sikit dari situ ada KFC." Dia mengangguk. "Tapi buka ke? Kan raya?" Sedikit berkerut dahinya. Aku tersengih. "Fast food kak, confirm buka punya." Dia mengangguk. "Farah naik apa pergi? Jum naik kereta akak."
Aku menggeleng. "Panggil El. Kita jumpa sana. El naik motor ja." Aku tersenyum kelat memandang dia. Bukan aku tak perasan riak wajahnya yang sedikit berubah bila aku tolak perlawaan dia. Tambah pula cara aku betulkan nama aku pada dia sedikit tak beradap. Tapi, hanya Ibu, dan cuma Ibu yang boleh panggil aku Farah.
Aku sampai sedikit lewat sebab aku singgah stesen minyak tukar baju. Apa ingat aku rajin nak berbaju kurung berselendang sepanjang hari? Takkan mungkin.
Tapi. Apa yang membuatkan aku percaya terus nak ikut Kak Maria ni? Kang kalau dia culik aku macam mana? Tapi ada ke orang culik remaja 17 tahun?
Aku perhatikan ke dalam KFC. Nampak Kak Maria dah sampai. Dah duduk tunggu aku. Aku tersengih sebelum mencapai cap dalam raga motor. Beg aku sandang cermat di bahu.
Sedikit terkejut riak wajah Kak Maria masa aku duduk depan dia. Semacam ja dia pandang aku yang berseluar jeans hitam dan tshirt leher bulat warna putih. Tak lupa juga cap putih terletak elok atas kepala.
"Sorry akak. El selesa macamni." Dia mengangguk sebelum memperlawa aku menjamah ayam dan entah apa lagi dua tiga sampingan yang dia dah beli awal awal. Aku tersengih melihat Kak Maria yang sedaya upaya mengawal riak wajah sebelum mencapai kentang goreng dan mengunyah perlahan.
"Kenapa akak nak borak dengan saya ni? Dahla raya ni, akak tak beraya ke?" Soal aku sesudah menghabiskan seketul ayam bersama fries dengan selamat. Kak Maria tersenyum menjawab persoalan aku.
"Eloklah kiranya Akak kenalkan diri dari awal. Macam tak best pula entah dari mana datang lepastu main terjah ja." Aku tersengih. Kenapa kena guna bahasa baku. Macam tengah buat karangan pula rasanya.
"Akak ni anak sulung Abah. Tapi, bukan anak yang sah.." Aku terpempan dengar apa yang Kak Maria ucapkan. Sedaya upaya aku kawal riak wajah. "Terkejut kan? Akak tahu pun masa akak darjah 2. Bukan nak faham sangat. Dah makin besar baru macam boleh cerna apa yang jadi." Kak Maria sedikit tertawa sebelum menyambung cerita.
"Ingat Abah nak bertanggungjawab, tapi tak. Dia masih buat perkara yang sama. Akak tak faham kenapa Mak sanggup terima ja apa Abah buat. Last baru tahu, bermacam Abah janji. Pada awal zaman bercinta dulu, Mak dah terkena dengan Abah. Tapi Mak tak mampu nak lepas Abah, nak berdiri sendiri. El tahulah, zaman dulu, benda macam tu satu benda yang memalukan diri. Takda sapa nak mengaku. Mak cakap, masa perut dah mula nak nampak barulah Abah nikah dengan Mak. Itupun sebab terpaksa. Ingatkan Abah macam dah berubah sikit. Rupanya sebab duit. Baru tahu, Mak kan kerja kilang dari zaman muda? Duit EPF Socso Perkeso apa entah yang Mak punya banyak. Menimbun. Bila Abah kahwin dengan Mak, andai ada apa apa jadi dekat Mak, jadinya duit tu dapat kat Abah banyak lah. Itu yang Abah kejar. Akak tahu pun masa dengar Mak dengan Abah bergaduh masa kali terakhir Akak nampak Abah dalam rumah tu sebelum Abah menghilang."
![](https://img.wattpad.com/cover/104882341-288-k350398.jpg)
YOU ARE READING
Cerita Kau & Aku [COMPLETED]
RomanceWhat I have with you my love, I don't want with anyone else - Amira Natasha Azmi Biarpun masa ini singkat, izinkan aku mengajarmu erti bahagia - Farah Elina Johari Ini cerita tentang kita. Tentang bertapa rapuhnya jiwa kita. Tentang kau yang beri ak...