7.Gagal

2.8K 284 15
                                    

Jungkook's pov

Aku bersandar pada belakang pintu bilik aku. Dua hyung yang paling rapat dengan aku dah tiada.

Perlahan-lahan badan aku menggelungsur ke bawah. Aku terduduk lemah. Aku tahu ni takdir. Aku tahu aku kena kuat tapi... Aku tak boleh. Sapa yang kuat bila orang tersayang dah pergi?

Aku mengalirkan air mata. Aku cuba sedaya upaya tak nak nangis. Depan hyung aku tahan air mata. Cuba untuk gelak bila Hoseok hyung buat lawak. Cuba untuk senyum setiap kali semua hyung tanya aku ok atau tidak tapi... Bila aku sorang, aku tak dapat tahan. Aku tak pernah rasa kosong sampai macam ni.

Kenapa aku selalu kena tinggal? Tiada sesiapa sayang aku ke?

-flashback-
Aku mengejar langkah Tae dan Chim. Dua orang ni! Si Hyuk Appa dah kata jangan tinggalkan aku!

"Hyung! Jangan tinggalkan Kook! Nanti kook bagitau appa!!"

Diorang pusing pandang aku dan senyum.

"Cepat la Kook!" Chim menyuakan tangannya.

"Kookie kena bejalar lajan cepat! Nanti dah besar pesti Kookie selalu kena tigal kalau asik lajan lambat!"

Aku mengerutkan dahi.

"Apa dia Tae? Kookie tak paham la."

"Tae cakap... Kookie kena belajar jalan cepat. Nnt dah besar mesti Kookie selalu kena tinggal kalau asyik jalan lambat!"

Aku ^o^ .... Comel Tae kalau cakap pelat.

"Ne!" Aku kejar diorang berdua.

-end of flashback-

Air mata aku makin deras. Teringat kenangan aku masa kitorang kecik. Appa Si Hyuk iaitu appa angkat kami selalu suruh Tae dengan Chim jaga aku. Tapi sekarang? Mana diorang? Mana janji diorang dulu? Memang saja tinggalkan aku! Mungkir janji!

Terasa getaran di badan aku apabila seseorang mengetuk pintu.

"Ne?" Suara aku serak sikit.

"Kookie! Ppali keluar! Jom makan! Jin Hyung panggil!"

"Hyung turun dulu... Nanti Kook turun!"

"Ne!"

Aku melangkah malas ke bilik air. Aku nak basuh muka, nanti diorang syak aku nangis kalau tak basuh muka.

*****
Aku melangkah malas ke ruang makan.

"Hyu----" Aku terkaku. Namjoon hyung sedang memegang pisau. Pisau dihalakan ke Yoongi hyung manakala Yoongi hyung sedang tersenyum sinis. Hoseok hyung dengan Jin hyung dah tercengang.

"Tunggu apa lagi? Tikam je la aku! Apasal? Kau takut? Aku lebih rela mati dari terus hidup macam ni!"

Namjoon hyung nampak lebih marah. Dia menguatkan lagi genggaman pisau di tangannya. Dadanya turun naik menahan geram.

"Ppali!!" Yoongi hyung menjerit betul-betul depan muka Namjoon hyung.

Namjoon hyung menelan liur. Pisau dibuang ke lantai. Namjoon hyung terus naik atas. Pintu bilik di hempas kuat.

Apa dah jadi ni?

Yoongi hyung tergelak kecil dan sinis bunyinya.

"Penakut!" Yoongi hyung turut naik atas. Aku pandang Hoseok hyung dengan Jin hyung. Keningku sedikit dinaikkan tanda apa-dah-jadi?

Hoseok hyung mengangkat bahu manakala Jin hyung menunduk sambil mengutip pisau yg dilempar Namjoon tadi. Aku setia menunggu jawapan dari Jin hyung tapi hampa. Jin hyung mengambil tempat duduknya dan makan sambil menunduk tanpa memandang aku dan Hoseok hyung.

Aku mengambil tempat di hadapan Jin hyung.

"Hyung... Waegeurae?" Aku menyengetkan kepala ke kiri sedikit. Kemudian aku terkedu.

Jin hyung.... Tengah nangis. Air mata jatuh dalam mangkuk nasi dia tapi dia tetap makan.

"Hik..." Jin mengesat air matanya. Aku masih terkejut. Aku pandang Hoseok hyung.

Hoseok hyung turut memandang aku bila sedar aku pandang dia. Berkerut dahinya kerana risau.

"Hyung gwenchana?"

"Hyung dah gagal sebagai hyung..."

Tbc

Nak nangis titew....
Sorry sebab pendek...
Btw, tungguuuu next chap.

AsyaSoo127
Vote ye bang!

Ni, saya baru jumpa... Lawak... 😂😂😂

(C) Spring Day BTS 17Where stories live. Discover now