"Yah!"
"Woi! Bangun!"
"Dia ni kalau tidur memang tak sedar orang panggil."
"Tengok hyung... mata dia dah terbuka."
Perlahan-lahan, pandangannya yang kabur beransur-ansur pulih. Wajah enam orang terbentang di hadapan mata.
"Jungkook!!" Taehyung memeluk erat Jungkook. Jungkook terkejut.
"Hyung... Kat mana ni?" Jungkook keliru. Semua itu mimpi ke? Lamanya mimpi.
"Kat alam yang kekal." Jin tersenyum.
"Ne? Jungkook dah... mati?" Jungkook membulatkan matanya. Taehyung melepaskan pelukan. Dia kemudiannya menggosok rambut Jungkook sambil tersengih comel.
"Aigoo... lupa lah tu."
"Tapi... macam mana?" Jungkook menyoal lagi. Dia sememangnya tidak ingat apa-apa dan tiba-tiba sahaja dia ada di sini.
"Nanti hyung cerita. Memang kita akan lupa pun cara kematian kita." Jimin tersenyum.
"Apa-apa pun selamat datang!!" Hoseok pula yang memeluk Jungkook dengan erat dan kesemua mereka turut menyertai sesi berpelukan itu.
Jungkook tersengih. Dia agak keliru dengan apa yang jadi. Bagaimana dia mati? Dalam keadaan baik atau buruk? Hmm sudah lah.. yang pasti dia bahagia dapat berjumpa mereka. Jungkook membalas pelukan mereka dengan erat.
Setelah beberapa minit, Yoongi bersuara.
"Sampai bila nak peluk? Dah lepas! Lepas!" Yoongi menolak tangan semua orang dari memeluk Jungkook. Yang lain hanya menjeling Yoongi. Sibuk je lelaki ini. Tahu la masa dia ke mari, tiada sesiapa yang menjemputnya. Cemburu la tu.
"Hmm kita je ke kat sini?" Jungkook memerhati sekeliling.
"Eh tak. Ramai sebenarnya. Tetapi pandangan Jungkook terhad terhadap orang yang Jungkook rindu sahaja. Semua orang pun begitu. Jadi kawasan jni nampak lebih lapang." Jin berkata disertakan anggukan dari Namjoon.
"Ouh. ...chankan!" Jungkook mengerutkan dahi.
"Jin hyung... boleh nampak?"
"Mestilah! Di sini semua hajat menjadi kenyataan." Jimin pula berkata. Bahu Jungkook dipeluknya.
"Jom! Kita tengok tempat yang selalu kitorang lepak." Hoseok menarik lengan Jungkook.
Yoongi menepuk kepala Hoseok dari belakang dengan kuat lalu melarikan diri ke hadapan. Hoseok yang terkejut segera mengejar Yoongi untuk membalas dendam. Ahli yang lain turut serta berlari meninggalkan Jungkook dan Taehyung di belakang.
"Tae okay?" Jungkook menyoal.
"Okay." Taehyung memeluk bahu Jungkook. Dia tidak langsung memarahi Jungkook yang memanggilnya tanpa hyung. Sebaliknya dia selesa digelar seperti itu.
"Baguslah. Kookie rindu Taetae." Jungkook pout membuatkan Taehyung tergelak.
"Samalah. Tapi kan Kook. Tak adillah!"
"Tak adil apa?" Jungkook menyoal. Kenapa dengan Taehyung? Tiba-tiba sahaja tidak adil.
"Kook mati musim bunga. Tae musim luruh. Tak sweet langsung. Patutnya Tae dengan Kook mati pada musim yang sama iaitu musim bunga. Barulah sweet! Berbeza dari ahli yang lain." Taehyung pout.
"Alolololo.. ngadanya hyung." Jungkook menggeletek pinggang Taehyung menyebabkan lelaki itu ketawa. Jungkook turut ketawa.
"Tak yah nak sedih sangat. Kook paling sayang Tae antara semua."
YOU ARE READING
(C) Spring Day BTS 17
FanfictionAku.... Sakit. Sakit sangat. Setiap yg dilalui ada hikmahnya. Semakin perit cabaran semakin manis pengakhirannya. started; 19/4/17 ended; 8/1/18 Satu je aku nak bagitahu Ni fanfic zaman jahiliah Sumpah rasa cringe bila baca balik pffttt Mohon jang...