Hoseok's pov
Sebulan berlalu. Semuanya baik-baik sahaja. Jungkook tidak menangis. Yoongi hyung lebih banyak luangkan masa bersama. Namjoon jarang bermain telefon sebaliknya sentiasa berbual bersama. Jin hyung menjadi 'gila' semula. Kembali dengan dad jokes-nya. Aku pula semakin cergas.
Kan bagus begini.
Tak de la kalau Jimin dengan Taehyung menjenguk rumah mereka jadi sedih tetapi sebaliknya menjadi gembira kerana melihat kami gembira. Inilah yang aku inginkan. Hari-hari yang berlalu penuh dengan gelak ketawa bukan air mata.
Hari ini kami duduk berkumpul dan bersembang. Kebelakangan ini kami jarang menonton televisyen supaya Jin hyung tidak berasa tersisih. Ini idea dari aku sendiri. Aku memberitahu mereka untuk selalu melayan Jin hyung agar hyung berfikir semua orang amat suka bersembang dengannya. Adakah anda nampak? Saya ini prihatin orangnya. Hehe..
"Hoseok hyung! Kalau nak nyanyi dalam bilik air pun agak-agak la. Jangan la kuat sangat. Terjerit-jerit. Kook ingat ada pencuri masuk rupanya hyung menyanyi." Jungkook bermain dengan tangan aku.
"Ala sekali-sekala biarlah hyung terjerit-jerit." Aku membela diri.
"Korang tahu tak? Aku jumpa babi hutan semalam!" Yoongi hyung pula membuka cerita. Dia bersungguh-sungguh menceritakan agar kedengaran menarik.
"Iye? Kat mana?" Jungkook menunjukkan minat.
"Dekat zoo semalam." Yoongi bersandar lalu memejamkan mata. Mempedulikan pandangan marah Jungkook.
Aku sudah agak Yoongi hyung ingin mengacau, jadi aku tidak melayan. Sama seperti Namjoon dan Jin. Tapi Jungkook yang naif telah termakan umpan.
Namjoon sekadar menggelakkan Jungkook dan memuji Yoongi hyung. Jin sekadar tersenyum. Aku pula menggelakkan Jungkook dalam diam. Kalau gelak ramai-ramai mesti budak ni merajuk. Haha...
"Jahat punya hyung. Tunggu la nanti Kook balas dendam." Jungkook mencebik sementara Yoongi buat dek.
"Dah Jungkook pergi mandi." Jin hyung cuba meredakan keadaan.
Dengan langkah yang sengaja dihentak-hentak Jungkook melangkah ke biliknya tanda protes. Mungkin tiada yang membelanya kerana itu dia merajuk.
Setelah Jungkook pergi, kami menyambung perbualan.
Bermula dengan Jin yang mengadu jerawat tumbuh sehingga menyebabkan mukanya kelihatan tidak sempurna. Lalu Namjoon memberi cadangan. Yoongi pula mengejek Jin dengan mengatakan mukanya benar-benar buruk. Lalu Jin mencubit peha Yoongi dan berlaku la sesi bertengkar. Aku hanya sekadar memerhati. Namjoon juga kelihatan pasrah melayan karenah dua orang tertua di antara mereka.
Kemudian Yoongi membuka topik kakinya kekejangan semalam kerana berjalan seharian di zoo lalu memberi cadangan agar membelikannya kereta sorong bayi supaya dia boleh tidur di dalam kereta sorong itu sementara kami menolaknya.
Lalu Namjoon mengejeknya seorang bayi tua. Kemudian Yoongi mengejek Namjoon kembali dengan pedas lalu mereka bergaduh. Jin yang melihat terus ketawa seperti bunyi orang mengelap cermin. Aku juga ketawa mendengar Jin ketawa. Lalu kesemua kami ketawa kerana tak tahu mengapa.
Kemudian perbualan kami terhenti kerana bunyi loceng. Aku bangkit lalu membuka pintu. Terdapat seorang lelaki berpakaian seperti bodyguard yang berdiri di hadapan pintu. Dia kemudiannya pergi ke sebuah kereta mewah yang terletak di hadapan rumah kami. Kemudian dia membuka pintu kereta mewah itu. Keluarlah dua orang yang kelihatan seperti suami isteri daripada kereta mewah itu. Dan aku kenal mereka siapa.
Mungkin kerana keliru dengan tindakan aku yang hanya berdiri tegak di hadapan pintu, Jin hyung menyoal siapa yang datang. Aku yang keliru hanya mendiamkan diri.
Kini pasangan itu berdiri didepan aku dengan elegannya. Aku menunduk hormat dengan kekok.
"Annyeonghaseyo, Tuan dan Puan Jeon."
[End Hoseok pov]
*****
Kesemua mereka hanya senyap. Memerhatikan pasangan suami isteri di hadapan mereka yang merupakan ibu dan ayah kepada Jungkook. Ibu dan ayah Jungkook memerhatikan sekeliling rumah.
"Besar juga ya rumah ni?" Ibu Jungkook memuji.
"Mana Jungkook?" Ayah Jungkook pula yang bertanya.
"Ada. Tengah mandi." Jin menjawab.
Ayah dan Ibu Jungkook sekadar mengangguk perlahan tanda faham.
"Nak saya panggilkan ke?" Hoseok bertanya.
"Gwaenchana. Nanti dia turunlah tu." Ayah Jungkook menghalang dan di saat itu Jungkook pun turun dari tingkat atas.
"Eo? Eomma, abeoji.. Kenapa datang?" Jungkook menunduk hormat dan memandang orang tuanya dengan pelik.
"Kami nak bincang dengan kamu."
"Apa dia?" Jungkook berasa tidak sedap hati. Seperti ada sesuatu yang tidak baik bakal berlaku.
"Secara sendirian." Ibu Jungkook menyambung.
Mendengarkan kata-katanya itu, yang lain segera mengangkat punggung hendak beredar dari ruang tamu. Mereka semua bergerak ke ruang makan yang terletak di dapur.
Dari jauh mereka memerhatikan Jungkook dengan orang tuanya berbual. Nampaknya seperti serius.
"Apa jadi?" Jin bertanya.
"Kookie tengah bersembang dengan eomma appa dia. Nampak serius je tu." Namjoon menjelaskan hal yang sebenar kepada Jin. Jin sekadar 'ooohh'
*****
Setelah semuanya selesai, Jungkook mengiring ibu dan ayahnya ke pintu kerana mereka hendak pulang.Setelah itu, yang lain menerpa ke arah Jungkook dan bertanya. Namun Jungkook sekadar senyap dan mengetap bibir.
"Yah! Waegeurae?" Yoongi memegang bahu Jungkook sambil menggoncang perlahan.
Jungkook menunduk yang membuatkan ahli lain bertambah risau.
"Kenapa ni Jungkook?"
Jungkook memandang mereka dan cecair jernih mengalir di pipinya. Yang lain bertambah terkejut.
"Noona kook sakit. Sekarang ada di Amerika. Sakit dia merbahaya. Mungkin boleh mati." Kedengaran esakan dari Jungkook. Mereka semua terkejut dengan pengakuan Jungkook.
"Hei. Janganlah risau. Mungkin dia akan okey. Kita berdoa je. Okay?" Jin cuba menenangkan Jungkook.
"Bukan i-itu je..." Jungkook semakin teresak. Yang lain menunggu jawapan darinya.
"Eomma ngan appa nak Jungkook ikut pergi Amerika untuk jenguk noona. Jungkook tak nak pergi." Jungkook menahan sendunya.
Yang lain sekadar tersenyum sayu. Jungkook tidak mahu meninggalkan mereka. Memang manja.
"Ala sekejap je... Nanti Jungkook jumpa la kitorang lag---"
"Ani... Jungkook kena duduk sana selama 5 tahun."
Tbc
Yeahhh serammmm... HAHAHAH
Tahun ni BTS menang banyak award oh yeah... Yang paling penting Artist of The Year!!!Yeayyyy... bahagia...
Btw saya tukar cover baru... pelik enn... HAHAHA
Okbye ^^
YOU ARE READING
(C) Spring Day BTS 17
FanfictionAku.... Sakit. Sakit sangat. Setiap yg dilalui ada hikmahnya. Semakin perit cabaran semakin manis pengakhirannya. started; 19/4/17 ended; 8/1/18 Satu je aku nak bagitahu Ni fanfic zaman jahiliah Sumpah rasa cringe bila baca balik pffttt Mohon jang...