20. Namjoon Jin Hoseok

2K 212 47
                                    

Air dipercikkan ke wajah Yoongi.

"Woi bangun."

Pipi Yoongi pula menjadi mangsa tamparan.

Perlahan-lahan Yoongi membuka matanya. Penglihatannya yang pada mulanya agak kabur menjadi semakin jelas. Wajah tiga lahnat yang di bencinya berada di depan mata.

Yoongi cuba bergerak tapi terbatas. Yoongi memandang badannya. Dia diikat.

"Woi lepaskanlah aku bodoh!" Yoongi bergerak. Fikirnya boleh meleraikan ikatan.

"Duduk diam lah. Aku nak kau serahkan segala geran tanah." Hyun menyedut rakus rokok di tangannya dan asap itu dilepaskan ke muka Yoongi.

Yoongi terbatuk kecil. Tidak selesa dengan asap di mukanya.

"Tapi tu harta aku. Lagipun semuanya atas nama aku. Kalau bagi kau pun apa gunanya?"

"Then tukarlah semua nama tu jadi nama kitorang." Seongguk berkata.

"Heh... x nak." Yoongi memalingkan mukanya dari terus menghadap muka Hyun yang betul-betul di hadapan. Terasa jijik memandang lelaki tua bermuka tembok yang tak sedar diri.

"Heh. Kau nak lawan? Apa kata kalau kitorang bunuh kawan kau? Memandangkan kau pun tak sayang nyawa diorang kan." Kwangdae tersenyum sinis.

Yoongi memandang Kwangdae dengan muka tidak puas hati.

"Jangan berani-berani nak sentuh kawan aku!" Yoongi menjerit dengan amarah. Kwangdae, Hyun dan Seongguk tersenyum menang. Akhirnya mereka telah menemui kelemahan Yoongi.

"Kalau kau tak nak kawan kau tu mati, serahkan segala tanah yang kau ada. Tukar jadi nama kitorang. Syarikat tu kau boleh ambik dengan duit dalam bank." Seongguk mengangkat keningnya tanda meminta persetujuan dari Yoongi.

"Fine! Ambiklah!" Yoongi menahan sabar. Panas hatinya mereka menggunakan rakan-rakannya untuk mengalahkan Yoongi.

"Phone kau mana?"

"Nak buat apa?" Yoongi mengerutkan dahi. Nak buat apa dengan handphonenya? Nak curi ke?

"Nak call kawan kau. Sediakan geran tanah dan tukar nama jadi kitorang punya nama." Seongguk berkata. Yoongi mengangguk pada masa yang sama dia pelik kenapa Seongguk bercakap dengan nada baik tiba-tiba? Tadi bukan main marah.

Yoongi menunjuk ke arah poketnya. Seongguk mengambil dan membuka phonenya.

"Nak call sapa nih?" Seongguk scroll phone itu.

"Jin hyung." Pendek sahaja Yoongi menjawab.

"Ooo.. okay." Seongguk menekan butang call.

"Kau jangan cakap benda bukan-bukan kat dia." Yoongi memberi amaran. Seongguk sekadar buat dek sahaja. Peduli apa dia?

Panggilan di angkat.

"Yah Yoongi kau kat na? Kau okay tak? Kau tahu tak yang kitoran---"

"Diam la." Kata-kata Jin dipotong oleh Seongguk. Tersentak Jin dibuatnya.

"Yah kau sapa?! Mana Yoongi?! Apa yang kau buat dengan dia hah?! Lebih baik kau lepaskan dia kalau tak mati kau aku kerjakan!" Jin berkata dengan marah.

Seongguk hanya diam sambil mengetap giginya geram. Mata dipejam dan dahinya diurut menggunakan tangan. Pening dengar suara Jin yang lantang itu.

"Woi budak diamlah! Aku bunuh Yoongi kau ni kang!" Seongguk memberi amaran dengan suara yang dikeraskan. Terdiam Jin dibuatnya.

"Eherm." Seongguk membetulkan kotak suaranya sebelum memulakan percakapan dengan Jin.

"Sekarang ni. Kalau kau tak nak Yoongi kesayangan kau ni mati, aku nak kau bawa semua geran tanah datang sini."

(C) Spring Day BTS 17Where stories live. Discover now