21. Tuhan tidak izinkan

2.1K 236 63
                                    

Yoongi mengetap bibir. Sudah dua jam dia di sini? Di mana mereka? Lupa ke nak ambil Yoongi? Atau mungkin mereka lebih suka hidup tanpa Yoongi? Yela, Yoongikan hanya tahu menyusahkan. Emm mungkin benar mereka tidak ingin mengambil Yoongi.

Yoongi menghela nafas berat. Apa yang dia fikirkan kedengaran nonsense tapi dia dilihat lebih untuk mempercayai fikirannya itu. Yoongi terduduk lemah di sebalik semak.

Mereka tidak mahukan Yoongi. Mereka benci Yoongi. Ya Yoongi yakin. Walaupun sebelum ni dia cuba menafikan perkara yang negatif tapi kini dia yakin dengan fikirannya. Dia tidak mahu berfikir positif lagi. Yoongi penat.

Kemudian kedengaran bunyi enjin kereta. Semangat Yoongi kini kembali. Senyuman diukirkan di wajah.

Jin hyung dah sampai! Jin hyung akan membawanya pulang!

Dia bangun dari duduknya dan mengintai di sebalik semak untuk memastikan itu kereta rakannya. Harapan yang diletakkan sungguh tinggi. Pandangan cuba difokuskan di malam gelap gelita ini untuk melihat kereta itu.

Senyuman Yoongi mati. Harapan hancur berkecai. Air matanya bergenang.

Van ayah saudaranya diletak di hadapan kilang lama itu. Yoongi mengawal pernafasannya. Sejujurnya Yoongi sedih.

Benarlah mereka tidak ingin mengambilnya. Yoongi rasa sedih. Rakan-rakan yang dipercayainya mengkhianati dirinya.

Yoongi?! Yoongi kat mana sayang?! Hyung datang selamatkan Yoongi.

Suara Jin yang dia telefon sebentar tadi terngiang di kepalanya. Jin... dia tipu. Jin kata nak selamatkan Yoongi. Tetapi sudah dua jam dia menunggu seperti tunggul disini.

Air mata Yoongi mengalir.

Sampai hati Jin tipu Yoongi. Yoongi... Yoongi benci Jin!

Air mata Yoongi diseka apabila wajah bengis Hyun membuka pintu kilang itu dari dalam dengan marah. Bengang hatinya selepas keluar dari kilang itu. Yoongi memfokuskan penglihatannya ke arah kilang itu melalui lubang-lubang kecil disemak.

"Yah Min Yoongi!!! Mana kau hah?!" Hyun menjerit dengan suara garaunya. Tersentak Yoongi dibuatnya.

Kwangdae dan Seongguk pergi kearah Hyun. Mereka dilihat seperti sedang menenangkan lelaki itu. Tangan Kwangdae menyentuh bahu lelaki itu untuk memujuknya.

Namun tangan Kwangdae ditepis kasar lalu Hyun mengenggam kolar baju Kwangdae. Dia menolak Kwangdae sehingga badan lelaki itu menemui dinding.

"Kau! Aku suruh kau jaga dia kan! Kenapa kau tidur hah?!" Hyun menjerit geram sebelum menumbuk wajah lelaki itu. Dia kemudiannya membelasah lelaki itu sehingga dia jatuh terkulai.

"Bodoh!" Hyun memijak perut Kwangdae.

Seongguk yang melihat situasi itu hanya tergamam. Tidak disangka Hyun akan bertindak sekejam ini demi duit. Hyun memang tidak waras.

Yoongi menelan air liyr yang terasa perit. Kejam sungguh Hyun. Dengan adik sendiri pun dia layan begitu apatah lagi Yoongi yang merupakan anak saudaranya.

Yoongi mungkin akan mati jika lelaki itu menemuinya. Lebih baik Yoongi lari sebelum dia ditemui. Ya, itu idea yang bagus.

Yoongi bergerak perlahan-lahan dari semak samun. Dia berfikir untuk menyelinap di sebalik kegelapan malam untuk menyelamatkan diri.

Krekk

Yoongi memandang kakinya. Aduhai ranting. Kenapa kau ada kat situ di saat genting ni?

"Sapa tu?!" Kedengaran suara Seongguk menegur apabila bunyi ranting yang dipijak Yoongi kedengaran.

(C) Spring Day BTS 17Where stories live. Discover now