Pintu rumah dibuka. Yoongi memasuki rumah dan terus baring di sofa. Nafas kecewa dihelakan. Member yang lain turut memasuki rumah. Kelihatan, Jungkook dan Namjoon sedang memapah Jin.
Semua orang sunyi. Semua simpati terhadap Jin.
Jin tersenyum.
"Yah! Nan gwenchana. No need to worry."
Semua memandang Jin dengan pandangan sedih.
"Ish, korang ni! Bila hyung cakap tu jawabla! Hyung tahu korang kat sini! Hyung tahu korang buat muka sedih. Jangan la macam ni. Hyung okay. Hidup masih boleh diteruskan. Right?"
"Hmmm." Hoseok menjawab malas.
"So, korang tak lapar?" Jin hanya memandang ke hadapan. Ye la. Orang buta mana nampak apa-apa.
"Kalau lapar hyung masak. Nak?" Jin tersenyum semanis yang boleh.
"Tak pe la hyung. Kitorang tak lapar. Esok je la kita makan." Jungkook mencebik. Sungguh dia sedih.
"Tak pe la kalau macam tu. Esok je la kita makan. Namjoon, tolong bawak hyung masuk bilik. Hyung ngantuk, nak tidur." Jin menepuk bahu Namjoon di sebelah dengan sedikit kekok.
"Ne, kajja!" Namjoon memimpin tangan Jin ke bilik.
Tinggal tiga orang sahaja di ruang tamu. Tiba-tiba Jungkook mengalirkan air mata. Segera mukanya ditunduk agar Hoseok dan Yoongi tak nampak. Hoseok memandang kelakuan aneh Jungkook.
"Kook, gwenchanayo?"
Jungkook mengangguk lalu air mata dilap. Hoseok memandang pelik. Kemudian, Namjoon turun. Dia mengambil tempat di sebelah Yoongi. Yoongi bangun dari baringnya apabila Namjoon berjalan ke arahnya.
Jungkook turut mengambil tempat di sebelah Hoseok. Hoseok tersenyum lalu menggosok belakang badan Jungkook. Jungkook memandang Hoseok pelik. Kenapa Hoseok menggosok belakang badannya?
"Nak nangis tu nangis je la. Jangan malu."
Jungkook tersentak. Serta-merta matanya kabur. Hidungnya merah. Hoseok memang memahami dirinya walaupun dia cuba menyorokkan rasa sedih itu. Dia rasa.... Terharu..... ada kawan seperti ini.
Serta merta badan Hoseok disambar. Jungkook menekup mukanya di bahu Hoseok. Esakannya kedengaran.
"S-seok hy-hyung...."
"Hmm?" Hoseok tersenyum kecil. Gembira kerana Jungkook tak keberatan melepaskan sendu kepadanya. Terasa diri dihargai.
"B-belai l-la K-kook..." Teresak-esak Jungkook dibuatnya.
"Eung~" Tubuh Jungkook diusap lembut di bahagian belakang.
Kemudian, esakan Jungkook semakin hilang. Semakin reda. Mungkin rasa lega setelah di usap begitu. Rasa disayangi.
Walaupun esakan Jungkook berhenti, Jungkook masih tidak melepaskan pelukan. Hoseok memandang wajah Jungkook. Hairan mengapa si adik masih senyap.
Kelihatan Jungkook tertidur di bahu Hoseok. Hoseok tersenyum kecil. Memang penat lepas menangis. Dan kebiasaannya ramai yang tidur selepas menangis. Hoseok membiarkan Jungkook.
Tumpuannya dihalakan ke arah Namjoon yang ingin bercakap.
"Kesian Jungkook."
Yoongi mengangguk perlahan. Dia juga turut kesian dengan Jungkook. Jungkook masih muda tapi terpaksa menghadapi semua ini.
"Aku rasa... Kita tak payah menangis sebab Jin hyung. Jungkook tu, biarlah dia. Hanya dia sorang boleh nangis tapi kita tak boleh." Yoongi termenung ke arah sebuah meja. Namjoon pula memandang Yoongi pelik.
"Wae?" Sebelah kening Namjoon terangkat.
"Sebab Jin hyung tak nak kita sedih sebab dia. Lagipun, kesian dia. Mesti dia rasa bersalah. Kita pura-pura je ceria walaupun hakikatnya kita sedih. Biar Jin hyung rasa gembira sebab kita gembira."
Hoseok mengangguk kecil tanda bersetuju dengan cadangan Yoongi.
"Okay." Namjoon turut mengikut bersetuju.
"Tapi kan... Sejak bila entah Hoseok ni bertambah sabar. Dah tak nangis. Jungkook pulak yang kerap nangis. Biasanya Hoseok hati tisu." Namjoon memandang Hoseok. Hoseok derp.
"Suka hati aku la!" Hoseok mencebik. Dia mengangkat Jungkook gaya bridal style lalu berlalu pergi. Tak mahu dia berlama-lama, mesti kena kutuk lagi.
Hoseok meletakkan Jungkook perlahan di atas katil. Setelah itu, dia kembali berdiri tegak dan meregangkan uratnya semula. Naik sakit badan mengangkat Jungkook yang seberat 66 kg tu.
Kemudian dia menatap wajah Jungkook. Benar kata Namjoon. Jungkook kerap menangis kebelakangan ni. Bukannya dia tidak tahu. Setiap hari dia mendengar tangisan Jungkook dia dalam bilik cuma di merahsiakannya. Tak mahu Jungkook berasa malu.
Dia juga sedar. Dia kurang menangis. Walaupun dia sensitif orangnya tapi dia sukar sekali hendak menangis. Mungkin kerana janjinya dengan Jimin dan Taehyung dulu. Dia akan menjaga kesemua mereka.
Wajah Jungkook di usap lembut. Senyuman kecil terbit di bibirnya. Jungkook memang terlampau muda untuk menghadapi semua kisah sedih ni tapi apakan daya. Takdir menentukan. Ni semua kehendak Tuhan. Tiada siapa boleh halang.
"Jangan nangis selalu. Jungkook kan manly, berani. Paling penting, international playboy. Hehe. Playboy berjaya kena kurang menangis baru nampak macho." Hoseok menahan ketawa. Jarang dia dapat cakap begini depan Jungkook so, why not dia ambil peluang ini?
"Hyung sayang Kook. Sleep tight. Dream of me please." Hoseok mencium dahi Jungkook kemudian terkekek ketawa.
Setelah itu dia melangkah keluar. Lebih baik dia pergi sebelum Jungkook bangun.
Tbc
Thanks to AsyaSoo127 yg idea untuk chap lepas dia yg bagi. Tapi dia bagi idea macam mana nak buat Jin buta jer. Saya tanya dia and then dia cakap buat macam dlm cerita 'Hyung'. Kepala terhentak and then buta. Jadi tu bukan idea asal dia. Dia just ciplak tapi x pe. Saya terhutang budi sangat2. Walaupun dia jamless, tapi dia x sama macam Jimin sebab dia camel. That's all. Muah~
papai!

ANDA SEDANG MEMBACA
(C) Spring Day BTS 17
FanfictionAku.... Sakit. Sakit sangat. Setiap yg dilalui ada hikmahnya. Semakin perit cabaran semakin manis pengakhirannya. started; 19/4/17 ended; 8/1/18 Satu je aku nak bagitahu Ni fanfic zaman jahiliah Sumpah rasa cringe bila baca balik pffttt Mohon jang...