-Super Juju Market(-_-")-
-수퍼 주주 마겟-Namjoon's pov
"Yah! Jangan masukkan yang itu!"
"Jin hyung~ satu je please..."
"Can Not!"
Aku derp. Org tertua dan termuda dalam group kitorang gaduh. Jungkook letak cookies kegemaran dia dlm troli tapi Jin hyung tak bagi sebab cookies Jungkook kat rumah ada 4 balang.
"Awww... Pwease!!" Jungkook mencebik sambil mendongak pandang Jin Hyung. Dia tengah buat muka comel. Jungkook rendahkan sikit lutut dia supaya dia boleh mendongak pandang Jin.
Tangan Jungkook hinggap di bahu Jin hyung. Dia menggoyangkan badan Jin hyung depan belakang. Mata Kookie jadi puppy eyes.
Aku jadi menyampah. Sibuk je Kookie ni. Okay, aku mengaku aku jealous because Namjin is real. 😏
Aku malas nak tengok Jinkook moment. Mata aku melilau mencari di manakah Hoseok dan Yoongi.
Oh. Diorang ada di sana. Berdiri di tepi tempat minuman sejuk. Kepala Yoongi atas bahu Hoseok yang bermaksud Yoongi tidur berbantalkan bahu Hoseok. Hoseok aku tengok muka redha je. Mesti kena paksa jadi bantal. Pasal tempat minuman tu mesti Yoongi hyung yg pilih. Yela... Tempat tu kan sejuk. Aircond. Sedap Yoongi tidur.
Tiba-tiba phone aku berbunyi. Aku bawak keluar phone dari poket dan tengok screen phone.
Tertera nama Taetae di situ. Segera aku angkat.
"Eo Taetae-ya! Waegeuraeyo? Jangan risau Hyung dengan yang lain dah nak balik dah. Kitora..."
Aku terhenti. Yang jawab bukan suara Taetae tapi suara org lain. Tadi aku cakap aku tak sempat nak dengar suara dia. Semua sedia maklum yang aku ckp laju macam rap.
Suara tu cakap sesuatu tapi tak jelas. Dia macam panik.
"Yeobeoseyo! Nuguseyo? Kenapa ni? Cuba cakap perlahan-lahan. Lagi satu mana Taehyung?"
"S-s-saya Park Jiyoung. K-k-kawan awak..."
"Ne? K-kawan saya? Taehyung? Kenapa ngan dia?" Aku tak tahu kenapa aku gagap tiba-tiba. Bila aku cakap macam tadi tu terus yang lain datang kat aku. Muka diorang pun pelik. Jin hyung angkat kening tanda kenapa. Aku angkat bahu tanda tak tahu.
"T-t-taehyung.... Dia dah....
Meninggal."
Aku tersentak. Nafas aku tak teratur. Taehyung... tak mungkin Taehyung meninggal.
"Dia dilanggar kereta tadi semasa membawa seorang kawan ke hospital. Dia parah tapi dia...."
Aku mematikan panggilan. Taehyung...
"Wae?"
Aku memandang Jin hyung. Aku seperti blur. Semua ni buat aku pening.
"Yah, Namjoon! Waegeurae?" Yoongi hyung seperti mendesak.
"Tae...Taehyung... Dia... Kemalangan..."
Yang lain semua tersentak.
"Dia kat mana?" Hoseok nampak cemas.
"Dia... Dah tak de.... Dia... Dah meninggal."
*****
Aku duduk atas kerusi depan bilik mayat di hospital. Hyung yang lain pun duduk kecuali Kookie. Dia ada depan pintu bilik tu sambil pandang lantai. Bahu dia terhinjut-hinjut. Dia tengah menangis.Aku rasa bersalah sekarang ni. Aku tak patut biar dia balik sorang. Bukan aku tak percaya just... Dia perlu ada orang bimbing dia.
Aku... Aku menyesal. Tadi aku tengok mayat Taehyung, perasaan bersalah semakin menebal.
YOU ARE READING
(C) Spring Day BTS 17
FanficAku.... Sakit. Sakit sangat. Setiap yg dilalui ada hikmahnya. Semakin perit cabaran semakin manis pengakhirannya. started; 19/4/17 ended; 8/1/18 Satu je aku nak bagitahu Ni fanfic zaman jahiliah Sumpah rasa cringe bila baca balik pffttt Mohon jang...