17. Harta

2.1K 226 64
                                    

Situasi Di Korea
(Ni situasi di korea ketika Jk chat dengan J-hope)

"Weh dia jeles.." Hoseok tersenyum nipis. Jungkook ni memang berperangai kebudakkan. Aih, rindunya dia pada arnab ketagih biskut tu.

"Hmm kau la syok sangat cerita. Tengok dia dah sedih." Jin memuncung. Teringat akan wajah Jungkook yang tersenyum hambar bila chat bersama Hoseok. Kesian maknae terencat tu.

"Namjoon yang suruh. Hyung nak marah, marahlah Namjoon." Hoseok turut muncung. Orang lain punya salah orang lain kena marah.

"Hello..." Namjoon memetik jari dengan gaya diva.

"Korang kata nak bagi dia tahu yang kita elok-elok je tanpa dia kan... so buatlah macam tu. Biar dia tahu kita happy." Namjoon mencebik gedik. Benci lah kalau main tunding-tunding jari kat dia.

Yoongi yang hanya diam memerhatikan keadaan dari tadi terus membuat muka jijik. Bila Namjoon berubah jadi sonsang ni? Siapa yang ajar dia? And why dia pakai full pink today? Apa dah jadi? Oh lupa. Dia kan ada Jin hyung aka isteri kesayangan dia tu. Hmm kena hasut la tu. You know what guys. Namjin is real.

"Memang la kena bagi dia tahu kita happy. But bukan macam ni. Macam kita seronok pula dia tak de dekat sini. Tengok dia dah sedih. Semua salah kau." Hoseok membalas kata-kata Namjoon dan terus chat dengan Jungkook.

"Hmm fine! Salah aku! Tak habis- habis aku! Hmmph!" Namjoon menarik muka. Asyik-asyik salah dia. Jahat! Namjoon benci! Tak nak kawan!

"Relakslah babe. Ai tak marah you pun." Jin mengusap bahu suaminya. Hmm... kunyit.

Namjoon tersengih manja. Jin memang memahaminya. Kerana itulah mereka sehati sejiwa sehingga menjadi kunyit. Mereka meneruskan adegan kunyit dengan wink gedik, tolak-tolak bahu, gelak manja. Kononnya sweet sangat lah tu.

Jin pun tak sedar diri. Dah tahu buta buatlah cara buta. Ni tak, menguyit je kerjanya. Apa nak jadi ini dua orang?

Dalam adegan kunyit itu, telefon Yoongi berbunyi. Tertera nama appanya. Yoongi mengerutkan dahi. Apahal dengan orang tua itu tiba-tiba sahaja angau hendak bercakap dengannya?

Yoongi menekan butang hijau tanda menerima panggilan itu. Belum sempat Yoongi hendak bertanya, suara itu memotong percakapannya.

"Hmm anak Encik Min?" Suara ini bukan suara Appa Yoongi.

"Ne. Aku Min Yoongi."

"Parents awak kemalangan kapal terbang. Mereka dah tiada."

Yoongi terkesima. Semua ni memang mengejut.

"Habis tu... macam mana kau call aku? Baik kau berterus terang siapa kau?" Yoongi menegaskan sedikit gaya percakapannya.

"Handphone Encik Min berada di tangan saya. Saya merupakan P.A Encik Min. Sepatutnya saya mengikut Encik Min ke Jepun tapi tiket flight habis. Saya sepatutnya menaiki flight seterusnya tapi dibatal bila flight Encik Min terhempas."

"Oh." Hanya itu yang bermain di kepala Yoongi. Dia tidak tahu hendak kata apa. Perlu ke dia sedih? Tak kan lah dia perlu gembira. Entahlah. Yoongi keliru.

"Jadi kenapa? Kau nak aku lawat dia? Mesti mayat dia dalam laut kan?" Yoongi bertanya. Perlu ke hubungi dia?

"Saya di amanahkan untuk menyampaikan wasiat apabila Encik Min tiada. Di dalam wasiat, Encik Min hendak supaya Yoongi-ssi berjumpa dengan peguam untuk membincangkan pasal pembahagian harta." Kata P.A Encik Min dengan lancar.

"Oh. Bila? Kat mana?" Yoongi bertanya. Memandangkan dia anak tunggal mesti dia dapat semua harta.

"Di pejabat Encik Min. Sekarang. Saya tunggu di dalam bilik Encik Min bersama peguam. Apa-apa Yoongi-ssi boleh tanya penyambut tetamu."

(C) Spring Day BTS 17Where stories live. Discover now