15. Jeon Jungkook

2.2K 239 10
                                    

2 Tahun Kemudian

Jungkook memerhatikan ruangan chat dia bersama Hoseok. Penuh dengan gambar Bangtan pergi bercuti. Hoseok juga sangat bersemangat menceritakan apa yang terjadi sepanjang 2 tahun Jungkook di Amerika.

Jungkook sekadar tersengih melihat gambar-gambar yang di hantar. Semuanya nampak... menggembirakan. Sedikit sebanyak membuatkan dia berasa cemburu.

Ada kala terdetik di hatinya, kenapa dia di sini? Kenapa dia tidak duduk sahaja di Korea? Noonanya? Biarkan sahaja noonanya di sini. Kenapa dia perlu ke sini untuk menjenguk noonanya?

Lagipun dia tidak begitu rapat mahupun mengenali keluarga Jeon ini. Manakan tidak, dia hanya dipertemukan dengan keluarga ini enam tahun yang lepas. Itupun dia terus tinggal bersama kawan-kawannya.

Semasa dia berusia enam tahun, dia tinggal bersama ayah angkat iaitu Sihyuk Appa dan ditemani dua orang hyung kesayangan iaitu Jimin dan Taehyung. Dua orang hyungnya juga sepertinya ketika itu, tidak beribu atau berbapa.

Tetapi tidak pula dia tahu bagaimana hidupnya sebelum dia mencecah umur 6 tahun. Ini semua kerana kemalangan yang membuatkan dia hilang ingatan.

Masuk sahaja dia ke alam sekolah, dia berkenalan dengan ahli Bangtan yang lain. Setelah setahun menjalin persahabatan, Sihyuk Appa membelikan satu rumah untuk mereka duduk bersama. Itulah rumah yang mereka tinggal sekarang ini.

Makan dan minum mereka di tanggung Sihyuk Appa. Pasal keluarga, kesemua mereka tidak berkeluarga melainkan Yoongi. Itupun Yoongi tidak berapa rapat dengan keluarganya kerana keluarganya lebih sibuk mengejar kekayaan sehingga mengabaikannya.

Setelah bertahun-tahun tinggal bersama-sama, Jungkook dan yang lain-lain makin mengerti apa itu sahabat, keluarga dan rasa sayang. Mereka terlampau lama bersama sehingga mengerti tentang satu sama sendiri.

Pada 13 Jun 2013, mereka melafazkan janji untuk sentiasa bersama dan saling menyayangi walaupun jalan cerita hidup mereka akan berubah. Pada hari itulah wujudnya satu kepercayaan antara mereka.

Pada hari itulah mereka menggelarkan diri mereka dengan nama BTS.

Impian mereka untuk menjadi k-idol dan menggegarkan dunia dengan lagu yang bakal di bawa. Namun malang sentiasa datang tanpa diundang dan sudah tentu mereka tidak terfikir tentangnya.

Jimin dan Taehyung meninggalkan mereka tanpa sempat mereka mencipta nama sebagai k-idol. Itu agak mengejutkan dan turut menyedihkan.

Tetapi yang hidup harus meneruskan perjuangan bukan? Mereka bercadang untuk terus melunaskan impian itu demi Taehyung dan Jimin serta diri mereka sendiri.

Tetapi Jungkook disini. Seperti orang bodoh dia menanti untuk pulang ke Korea. Rindu yang menebal membuatkan dia sering teringat akan mereka setiap hari.

Tidak sepatutnya dia meninggalkan mereka. Ini semua sungguh menyusahkan dan menyakitkan perasaannya.

Jungkook tersenyum sayu, bosan sungguh dia disini. Amerika bukanlah tempat yang menyeronokkan jika di paksa ke sini.

Segala kenangan yang bermain di kepalanya sebentar tadi segera dihalau dari terus menghantui fikirannya. Dia tidak mahu berasa sedih dan menangis seperti dahulu lagi. Lagipun dia sudah berjanji untuk terus kuat.

Jungkook membuka ruangan video di dalam telefonnya. Dia menekan salah satu video. Maka video itu pun bermain.

Kelihatan ahli Bangtan bertujuh sedang duduk menghadap kamera. Tujuan mereka untuk menyanyi.

"Okay kamera ready... Bangtan ready... 3, 2, 1 start!"

"Bogoshipda.
Ireokhe malhanikkado bogoshipda.
Neohui sajineul bogoisseodo bogoshipda
Neomu yaksokhan sigan
Naneun uriga mibda ijen eolgul hanbeon beoneun geotdo
Himdeureojin uriga"

Hoseok bertepuk tangan selesai sahaja menyanyi. Ahli yang lain berasa tidak puas hati apabila Hoseok memotong bahagian seterusnya dengan tindakannya.

"Hyung!" Jungkook mengeluh.

"Mwoya igae?" Jin pula mengeluh. Ini sudah kali ke 4 mereka merakamkan video yang dari tadi tak jadi.

"Alaa... part rap Namjoon tak siap lagi kan? Biarlah... " Hoseok memuncung. Tidak tahu kenapa dirinya dipersalahkan.

"Memangla tak siap tapi semua dah bincang lepas hyung nyanyi, kita terus ke part Taehyung. Cut je part Namjoon hyung tu. Hoseok hyung tak tahu ke?" Jimin menerang panjang lebar.

"Bila korang bincang?" Hoseok membuat muka tak paham. Yang lain mengeluh.

"Tadi sebelum on kamera!" Taehyung pula berkata. Penat jika begini tanpa henti.

"Oh! Aku kan pergi membuang tadi! Mana la aku tahu. Ingatkan korang nak buat preview je. Hihi..." Hoseok tersengih tanda tidak bersalah.

"Preview kepala lutut..." Yoongi berkata dengan perlahan. Namun semua mendengarinya dan Hoseok membuat muka.

"Dah-dah jangan gaduh. Anggap je la ni preview. Ok dah tamat! Tutup kamera." Namjoon meredakan keadaan dan kamera di tutup.

Jungkook gelak tanpa berhenti apabila teringatkan kejadian itu. Memanglah ketika itu semua berasa sangat marah akan Hoseok, tetapi jika diingati balik ianya semamangnya kenangan yang baik.

Jungkook berhenti ketawa dan tersenyum. Dia membuang pandangan ke luar.

Jungkook bangun dan membuka tingkap. Dia memandang ke langit dan tersenyum nipis.

"Hoseokie hyung, Namjoonie hyung, Jinie hyung, Yoongi hyung, Jiminie hyung, Taehyungie hyung.... Nan neom geuriweo. Bogoshipeosseo."

Jungkook menarik dan menghembus nafas. Harapannya supaya semua hyung dapat mendengar isi hatinya.

Jungkook tersenyum.

Hatinya berbisik...

Lagi tiga tahun.

Tbc
AsyaSoo127 hah lupa nak tag... ni penyumbang idea ❤
(785 words only... sorry..)

Sorry guys. Kitee nak hapdate aritu tapi something so shit terjadi.
Okay ni haa nak mengadu nasib sikit...
Tahu tak saya dah taip pepanjang. Beratus perkataan... berpuluh gambar... dengan nak tukar perkataan dalam bold lah dalam senget lah pastu tiba2 Wattpad hang. Saya pun lek ahh. X de nak marah bagai lagipun bagi rehat jap kat jari. Lenguh kut taip guna phone. Pastu dah okay saya bukak balik Wattpad nak sambung tulis. And guess what guys...

Dia x save apa yang saya taip. And i be like "ARGHHHHHH!!!! SHIT PUNYA WATTPAD!!! (T-T)"
And at that time, i am crying. Rasa terharu pulak tetiba. Dah la dia save satu ayat je. Lebih baik x payah. Pastu saya merajuk x nak update. Dan kesian korang. Wattpad punya pasei korang x dpt baca. Pastu baru nak broken, my fav author pun update cerita setelah berkurun lama dia x update. Dan saya bersyukur jugak la. Sebab kegembiraan akan hadir selepas kesedihan. HAHA... okay stop. Banyaknya bebel... 171 words aku punya bebel...

😂 okay bye.

(C) Spring Day BTS 17Where stories live. Discover now