10. maaf

2.4K 275 41
                                    

Yoongi menapak ke arah Namjoon yg termenung di belakang rumah. Dia mengambil tempat di sebelah Namjoon. Namjoon sekadar mengerling Yoongi sekilas sebelum kembali memandang ke hadapan.

"Namjoon---"

"Kalau hyung datang sini semata-mata nak cari pasal, sila pergi. Aku tak nak gaduh dah."

Yoongi mengeluh.

"Ani. Hyung bukan nak gaduh. Hyung nak---"

Belum sempat Yoongi menyatakan hasratnya, wajah Jungkook tersembul di pintu belakang rumah. Wajahnya nampak risau.

"Waeyo Kook?" Namjoon memandang Jungkook risau. Jungkook menelan liur.

"J-j-jin hyung.... Dia pengsan."

"Mwo?!" Namjoon dan Yoongi sama-sama bangun.

"Dia dalam bilik air."

Namjoon segera berlari masuk ke dalam rumah. Yoongi masih terkejut kemudian turut belari masuk setelah melihat Namjoon belari masuk.

Di bilik air bilik Jin, kelihatan Jin terbaring lemah. Kepala berdarah sedikit. Namjoon melutut kemudian meletakkan kepala Jin di atas ribanya. Muka Jin dibelek penuh risau.

"Dah call ambulans?" Yoongi hanya memandang Namjoon. Mesti Namjoon risau.

"Dah!" Hoseok tersembul di muka pintu bilik air.

******
Jin dibawa masuk ke dlm ambulans menggunakan katil yg bergerak tu.[Apa entah nama, saya x tahu..]

"Boleh saya naik sekali?" Soal Namjoon kepada pekerja ambulans. Pekerja itu memandang Namjoon. Dia senyum lalu mengangguk.

Namjoon tersenyum nipis dan segera menaiki ambulans. Pintu ambulans hampir ditutup tapi terhenti apabila Yoongi menahan pintu dari ditutup.

"Saya nak ikut jugak." Tanpa menunggu balasan pekerja itu, Yoongi terus naik ke dalam ambulans.

Ambulans pun terus bergerak ke hospital.

"Kenapa hyung tinggal Jungkook dengan Hoseok?" Namjoon memandang pelik Yoongi.

"Aku nak cakap dengan kau. Diorang tu pandai-pandai la hidup." Yoongi memandang Namjoon dengan wajah yang redup.

"Jeongmal mianhei... Aku serabut semalam sampai lupa nak kawal diri aku." Pandangan Yoongi terarah pula pada wajah Jin.

"Kesian Jin hyung, menangis. Mesti dia terasa dengan apa yang aku cakap semalam." Yoongi mengetap bibir bawah melihat bawah mata Jin sembap. Dia betul-betul rasa bersalah.

Yoongi memandang Namjoon apabila Namjoon tidak memberi apa-apa balasan. Namjoon memandang wajah Yoongi dengan perasaan bersalah. Segera tubuh Yoongi didakap.

"Joon pun nak minta maaf sebab hampir bunuh hyung semalam. Tak dapat kawal perasaan. Joon rasa macam bukan diri Joon. Jeongmal mian."

Yoongi tersenyum lega. Badan saengnya diusap.

"Terima kasih tak bunuh hyung semalam." Yoongi tergelak kecil. Namjoon mengangguk kemudian tergelak.

******
Yoongi dan Namjoon menunggu Jin sedar. Mereka duduk di sofa sambil memerhati Jin yang berada di atas katil. Keadaan sunyi. Dua-dua melayan perasaan.

Keadaan Jin tidak diketahui kerana sekarang doktor ramai yang sibuk. Berlaku kemalangan melibatkan bas pelancong. 30 orang cedera parah dan perlu dirawat segera. Jadi jururawat hanya membalut luka di kepala Jin. Apabila Jin sedar baru ada doktor akan memastikan keselamatannya.

Pintu dibuka. Yoongi dan Namjoon menoleh berharap bahawa ianya doktor. Tetapi wajah Hoseok kelihatan dan kemudian wajah Jungkook.

Yoongi menghela nafas kecewa. Namjoon menggosok belakang badan Yoongi menyuruh si abang bersabar. Yoongi mengangguk lalu tersenyum nipis.

"Macam mana dengan Jin hyung?" Termengah-mengah Hoseok bertanya soalan. Jungkook pula sedang menunduk. Kedua belah tangannya diletakkan di lutut, mencari nafas.

"Doktor tak check lagi. Yang korang ni kenapa?"

"Penat lari tadi. Sampai hati hyung tinggal kitorang." Jungkook mencebik kemudian menyelit di antara Namjoon dengan Yoongi untuk mengambil tempat duduk melepaskan lelah.

Yoongi dan Namjoon tergelak dan memberi ruang untuk Jungkook dan Hoseok duduk. Hoseok turut mengambil tempat.

"Kenapa doktor tak check lagi?" Hoseok bertanya.

"Doktor sibuk. Tadi ada kemalangan."

Jungkook mengangguk perlahan.

"Korang ni pandai pergi lari kenapa? Naikla teksi ke apa?"

"Ye tak ye jugak." Hoseok menampar dahinya. Jungkook pula dah ternganga kerana baru sedar.

Bodoh jugak eh aku ni? ingatkan pandai sangat. Ish ish ish. Bila aku bodoh ni? Susah ah kalau macam ni. Muka hensem tapi bodoh. Jungkook berkata dalam hati sambil menggeleng syahdu. Simpati terhadap diri sendiri.

Namjoon tergelak manakala Yoongi sekadar tersengih senget. Cover swag detected.

"Erghhh..." Keempat-empat pasang mata memandang ke arah suara itu. Suara Jin.

"Hyung!" Keempat-empat mereka bangun untuk melihat keadaan Jin.

Jin bangun dari pembaringan sambil memegang kepalanya yang dibalut. Sakitnya kepalang.

"Panggil doktor, Seok!"

Hoseok baru ingin memanggil doktor tapi doktor sudah ada di hadapan pintu. Baru ingin membuka pintu, Hoseok dah tolong bukakan.

Doktor masuk ke dalam dan melihat keadaan Jin. Jin pula berkerut-kerut dahinya.

"Awak ada rasa apa-apa?"

Jin mengangguk.

"Kenapa gelap? Tak buka lampu ke?"

Semua kecuali doktor terkejut. Mereka berpandangan sesama sendiri. Doktor pula sekadar mengangguk.

"Kamu semua, sila ikut saya. Saya nak cakap sesuatu." Doktor itu melangkah keluar diikuti mereka berempat. Ketika itu, seorang nurse masuk untuk mengawasi Jin sementara doktor bercakap dengan mereka berempat.

"Kenapa doktor?" Namjoon menyoal. Resah.

"Seokjin... Dia.. Mengalami hentakan kuat di kepala."

Mereka mengangguk perlahan sambil menunggu bicara doktor yang seterusnya.

"Dan sekarang dia... Buta."

Tbc

Huhu... Boleh tahan panjang.
Lenguh la taip pepanjang ni..
😂Eleh over je.. baru taip 700 lebih je...

AsyaSoo127

Kay bye. Muah~

(C) Spring Day BTS 17Where stories live. Discover now