6 tahun kemudian
Jungkook berjalan keluar dari sebuah cafe. Tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket baju sejuk yang dipakainya manakala tangan kanan memegang satu cawan kopi latte.
Jungkook berjalan di laluan pejalan kaki. Ramai orang ketika ini. Musim sejuk baru sahaja berlalu. Sekarang musim bunga. Namun masih terasa sejuknya.
Kopi latte di tangan di sedut oleh Jungkook menggunakan straw. Telinganya yang disumbat earphone sedang mendendangkan lagu Springday ciptaan rakan-rakannya.
Akhirnya Jungkook berjaya memberitahu satu dunia mengenai lagu itu. Tetapi Jungkook menghentikan perjalanan di situ. Dia tidak lagi meneruskan karier sebagai penyanyinya.
Cukuplah satu dunia tahu tentang lagu itu. Jungkook tidak ingin menempa nama seorang diri. Dia ingin bersama rakan-rakannya mencipta nama di bidang ini.
Jungkook melihat bunga-bunga yang mekar di sepanjang jalan. Cantik. Dia memetik salah satu bunga dan memandangnya dengan agak lama.
Bunga ini cantik. Tetapi dia tidak akan berkekalan. Setibanya musim luruh, pasti bunga ini akan luruh dan meninggalkan dunia ini.
Seperti rakan-rakannya, semua mati ketika musim luruh. Kerana itulah Jungkook agak kurang senang dengan musim luruh. Setiap kali musim luruh, Jungkook akan mengurung diri di rumah. Dia tidak ingin melihat musim yang menyakitkan ini.
Memang benar, dulu dia dan rakan-rakan amat menyukai musim luruh. Setiap kali musim luruh tiba, mereka akan meraikannya dengan pergi ke Bomnal park. Meskipun taman itu untuk musim bunga tetapi mereka ke sana ketika musim luruh.
Tetapi tidak lagi sekarang. Jungkook benci musim luruh dan akan terus membencinya.
Musim luruh mempunyai banyak kenangan manis dia bersama rakan-rakan tapi ketika ini musim luruh dilihat sangat sunyi dan bosan. Jungkook lebih menyukai musim bunga kerana lagu mereka. Musim bunga juga seperti satu musim yang sedang menghiburkannya dan menemaninya.
Jungkook memasukkan bunga itu ke dalam poket baju sejuknya. Perjalanan di jalan berbunga itu diteruskan. Lagu SpringDay pula tidak henti-henti berkumandang. Apabila habis sahaja lagu itu, Jungkook akan replay banyak kali.
Seronok pula dengar suara sendiri. Sedap pula tu. Hahaha.
Dalam dia berjalan, seorang perempuan melanggarnya. Lalu kotak yang mempunyai buku yang perempuan itu pegang pun terjatuh. Jungkook menolong perempuan itu menyusunkan buku-bukunya dan mengangkatkan kotak untuk perempuan itu.
Agak berat kotak ini. Kuatnya perempuan ini. Getus hati Jungkook.
Jungkook menghulurkan kotak itu kepada perempuan itu. Perempuan itu mengambil sambil menunduk meminta maaf. Lalu pandangan mata mereka bertaut.
"A-awak ni yang nyanyi lagu Spring Day tu kan?" Perempuan itu menyoal dengan teruja. Jungkook sekadar mengangguk kecil sambil tersenyum.
"Woahh.. tak sangka berjumpa di sini. Saya baca kisah awak. Sedih. Saya bersimpati."
"Terima kasih." Jungkook masih tersenyum.
"Emm.. saya Hyeji. Jom jadi kawan?" Hyeji menyoal sambil tersenyum manis.
"Maaf Hyeji tapi tak boleh." Jungkook menunduk meminta maaf.
"Wae? Awak risau saya bagitau orang ke? Jangan risau lah.. saya ni bukan macam tu." Hyeji cuba meyakinkan Jungkook.
"Bukan macam itu." Jungkook tersengih.
"Lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan baik. Saya bimbang kita akan semakin rapat memandangkan saya tiada kawan yang lain. Awak tahu apa jadi kalau lelaki dan perempuan berkawan baik?" Jungkook menyoal Hyeji. Hyeji sekadar menggeleng perlahan.
"Mereka akan jatuh cinta. Saya tak nak itu terjadi kepada kita memandangkan saya bukannya orang baik. Saya nak awak jaga diri awak. Saya bimbang awak disakiti jika terlampau mesra dengan lelaki. Okay?" Jungkook tersenyum menampakkan bunny teethnya.
"N-ne.. Gomapseumnida." Hyeji menunduk hormat dan segera beredar.
Jungkook tersenyum. Pelajar sekolah seperti Hyeji perlu berhati-hati. Tambah-tambah rupa parasnya yang cantik. Serta hati yang baik. Sayang jika perlu berkawan dengan Jungkook. Jungkook bukannya orang baik. Jungkook sedar itu.
Jungkook juga tidak ingin terlibat dalam percintaan. Biarlah dia alone. Sampai masa nanti dia akan bahagia. Tetapi yang pasti bukan sekarang.
Jungkook menunggu di hadapan jalan raya untuk melintas. Dia perlu balik runah dengan segera untuk menonton filem yang baru ditempahnya.
Lampu hijau menunjukkan trafik yang selamat untuk dilintas. Jungkook melangkah. Fikirannya entah kemana-mana memikirkan masa hadapannya.
Tanpa dia sedar, dia terjatuh secara tersembam di tengah jalan. Kerana sebiji batu.
Jungkook memusingkan badannya dan berbaring. Jungkook tersenyum.
Entah apa di fikiran Jungkook sehingga membuatkan dia tertawa apabila terfikir yang dia terjatuh kerana sebiji batu yang kecil. Bagaimana batu yang kecil boelh buat manusia jatuh. Itu hanyalah batu yang kecil, belum lagi dia terlanggar batu yang besar. Sudah tentu besar lukanya.
Seperti itu jugalah kehidupan manusia. Kerana beban yang kecil, senang sahaja mereka terjatuh. Tetapi manusia boleh bangkit untuk meneruskan juga perjalanan.
Jungkook tersedar. Segera dia bangkit. Dia meneruskan perjalanannya untuk ke hujung jalan.
Pandangan orang-orang yang melihatnya dengan pelik hanya dibiarkan. Sekali-sekala dalam hidup, kena belajar untuk membiarkan perkara-perkara yang tidak penting.
Kaki Jungkook selamat menjejak bahu jalan yang lagi satu. Ketika itu dia melihat seekor kucing sedang berlari.
Jungkook cemas. Kucing itu berlari ke arah jalan raya apabila lampu pejalan kaki hampir bertukar merah.
Segera dia lari untuk mendapatkan kucing itu. Namun malang, lampu telah bertukar hijau ketika Jungkook di tengah-tengah jalan. Kucing itu pula telah selamat ke hujung jalan yang lagi satu.
Tanpa sengaja, pemandu kereta itu terlanggar Jungkook. Jungkook mengerang kesakitan. Kepalanya pening.
Semua mula berkerumun.
Jungkook menghiraukan. Kepalanya sakit. Cecair hangat mengalir di wajah. Jungkook mengalirkan air mata.
Oh ini lah perasaan Taehyung apabila dilanggar. Sakitnya bukan biasa-biasa.
Nafas Jungkook tidak teratur.
Oh tak.
Tak mungkin ini harinya?
Mengapa hari ini?
Jungkook baru sahaja ingin berjumpa ibubapanya.
Tetapi tidak mengapalah. Dah sampai masa, mana boleh suruh berhenti pula.
Akhirnya Jungkook tersenyum. Dia akan berjumpa dengan mereka. Rakan-rakannya.
Jungkook seperti merelakan nyawanya ditarik. Dia rindu.
Rindu dengan yang lain.
Earphone yang masih mendendangkan lagu Spring Day memainkan segaris ayat sebelum Jungkook menutup mata.
" Bogoshipda...
Bogoshipda... "Jungkook menutup mata. Senyuaman masih di wajah. Memang patut musim bunga menjadi kegemarannya. Musim inilah yang akan menemukannya dengan yang lain.
Hyung... nal gidaryeo. Eo?
Tbc
948 words. Okay, after this is epilog and then boom... the end. Nantikan epilognya okay?
Bye💕
^taeil
YOU ARE READING
(C) Spring Day BTS 17
FanficAku.... Sakit. Sakit sangat. Setiap yg dilalui ada hikmahnya. Semakin perit cabaran semakin manis pengakhirannya. started; 19/4/17 ended; 8/1/18 Satu je aku nak bagitahu Ni fanfic zaman jahiliah Sumpah rasa cringe bila baca balik pffttt Mohon jang...