12. Sayang

2.3K 263 51
                                    

Hoseok bangun awal. Memikirkan Jin yang tidak berdaya mengemas rumah, dia bercadang untuk menolong Jin mengemas rumah. Namun, pagi ini sungguh pelik. Apabila Hoseok turun ke tingkat bawah, satu pemandangan ajaib terhidang di hadapan mata.

Jungkook mengelap meja makan. Namjoon mengutip pinggan mangkuk yang kotor untuk dibasuh. Yoongi sedang vakum lantai.

"Waaa!! Good morning! Awalnya korang bangun?" Hoseok kagum dengan kerajinan rakannya.

"Kau tu yang lambat." Yoongi membalas.

"Hyung! Basuh baju tau." Jungkook memberitahu Hoseok dengan nada ceria kemudian sambung mengelap segala perabot yang berhabuk dengan teliti.

"Ok!" Hoseok membalas dengan semangat. Hatinya berbunga-bunga melihat yang lain gembira bersembang sambil mengemas. Seperti tiada apa-apa yang terjadi semalam.

"Arghhhh!!!"

Semua memandang dari mana jeritan itu datang. Namjoon!

Semua berlari ke dapur. Ternyata benar-benar risau kerana Namjoon menjerit seperti nak meletup halkum.

"Waegeurae Namjoon?" Yoongi bertanya.

"Air melimpah!!!!"

Semua mata memandang sinki dan air tengah membuak-buak keluar. Dan apa yang lebih menakutkan ia bukan air biasa. Warna air itu jelas menunjukkan ianya air dari 'syurga'.

Hijau dan dipenuhi lumut. Bersisa makanan. Euwww.

Hoseok menjadi mual dan segera melarikan diri ke tandas untuk muntah. Yang lain turut menjerit dan tidak dapat memikirkan penyelesaian.

"Apa bising-bising ni?" Semua memandang ke Jin yang berada di pintu dapur.

"Aaa... hyung. Kitorang kemas rumah...." Jungkook berkata perlahan.

"Waaa! Rajinnya korang!" Jin kelihatan begitu berbangga.

"Namjoon hyung tolong basuhkan pinggan tapi...." Jungkook terdiam. Dia risau Jin akan memarahi mereka.

Suga memandang Jungkook yang tiba-tiba berhenti lalu menyambung kata-kata Jungkook.

"Air membuak-buak keluar. Warna hijau... euwww"

"Air membuak?" Jin membuat muka terkejut.

"Yah! Macam mana boleh jadi macam tu?!"

"Namjoon hyung yang buat. Kitorang innocent!" Jungkook berlari ke Jin dan memeluk lengan Jin sambil menunjuk ke arah Namjoon.

Yoongi sekadar memandang pelik. Dia berfikir 'apa gunanya dia tunjuk Namjoon? Bukannya Jin boleh nampak pun.' Dia berfikiran adakah si biskut telah memakan biskut tarikh luput?

Bagaikan boleh membaca minda Yoongi, Jungkook pun menurunkan tangannya dan sedar kelakuan bodohnya diperhatikan. Lalu dia tersengih seorang sendiri mengenangkan tingkah laku 'bijak'nya itu.

Namjoon yang sedang dipersalahkan membulatkan matanya.

"Tak la! Joon basuh je pastu air melimpah. Seram." Namjoon cuba mempertahankan dirinya.

"Mesti kau tak buang sisa dalam sinki sebelum basuh kan? Sebab tu tersumbat. Cepat buang sisa. Jungkook ambil mop."

"Ne!" Jungkook segera berlari mendapatkan mop.

"Buang sisa? Celup tangan dalam ni? Euwwww.." Namjoon agak kurang yakin dengan arahan Jin.

"Buat je la Namjoon. Salah kau juga sebab biar sisa dalam tu." Yoongi menyokong arahan Jin.

(C) Spring Day BTS 17Where stories live. Discover now