"WOI CEPAT LAH ANAK-ANAK BERUK!! LEMBAP SANGAT ASAL?!" Jin menjerit dengan amarahnya dari ruang tamu. Dah sejam dia tunggu.
"Alaa lek la Hyung. Ada lagi 3 jam sebelum flight. Lek arr." Yoongi yang baru turun dari tingkat atas bersama dengan Hoseok berkata dengan swagnya.
"Hyung tak kisah pasal flight! Sekarang ni makan breakfast! Kesian Namjoon masak penat-penat sampai luka jari dia, hengkorang berdua boleh pula berhuha huha kat atas!" Jin memegang tangan Namjoon yang bayak plaster. Namjoon mencebik gedik yang bermaksud 'yeah-hyung-backup-me'.
"Gedik ah kau." Yoongi menjeling Namjoon. Kali ini Namjoon mencebik marah.
"Sedap ke Namjoon masak?" Hoseok bertanya selamba tanpa menghiraukan perasaan Namjoon.
Zzap!
Hati Namjoon sakit.
Hoseok dan Yoongi mengambil tempat di meja makan dan mencedok nasi goreng yang disediakan. Lantak lah sedap ke idok, perut dah lapor.
Hoseok menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Perlahan-lahan dia mengunyah. Matanya membulat.
Yoongi dan Namjoon memandang Hoseok yang nampak macam terseksa atau bahagia. Tak pasti.
"Bapak sedap Namjoon masak!" Hoseok memandang Namjoon dengan terkejut. Tersembur-sembur nasi di dalam mulut Hoseok.
Yoongi memandang nasi yang disembur Hoseok itu dengan pandangan biasa. Dalam hatinya berkata 'jijiks'
"Hehe." Namjoon tersengih malu.
"Eh mestilah pandai! Hyung ajar dia masak tadi!" Kata Jin dengan bongkak riak takbur. Apa nak jadilah dengan dia ni.
"Geumanhae palli meogorago." Yoongi menyampuk sesi bongkak riak takbur Jin dan mula menyuapkan nasi ke dalam mulut.
Yang lain mengikut arahan Yoongi. Hoseok dan Namjoon tidak ingin terlibat dalam sesi bongkak riak takbur Jin.
Sedang mereka menikmati sarapan, phone Yoongi berdering tanda ada orang call. Yoongi sekadar mengangkat panggilan tanpa melihat nama pemanggil.
"Woi kitorang depan rumah kau. Keluar jap."
Yoongi mengerutkan dahi. Siapa yang call ni? Yoongi melihat nama pemanggil.
'Orang tua gila'
"Oh jap."
Yoongi mematikan panggilan dan menutup phonenya. Dia menyimpan phone di poket belakang lalu bangun dari duduknya dan menuju ke pintu.
"Hyung eodiga? Tak nak makan ke?" Namjoon menyoal risau. Mungkin Yoongi rasa makanannya tidak sedap dan pergi keluar untuk mengamuk. Mungkin.
"Jap je. Nanti aku datang balik. Depan rumah ni je."
"Oh okay."
Yoongi melangkah ke luar rumah. Kelihatan tiga ayah saudaranya berdiri di luar pagar yang tertutup.
"Hah. Nak apa?" Yoongi menyoal disebalik pagar yang tertutup itu. Tidak mahu lelaki gila itu masuk ke rumah.
"Kitorang nak harta tu." Jawab pakcik Yoongi yang sulung yang bernama Hyun tanpa berselindung. Muka tembok.
"Emm sorry lah. Itu harta aku. Bukan korang. Dan aku tak nak bagi korang." Tenang Yoongi berbicara. Namun hatinya risau. Risau jika tiga lelaki ini akan mengganggu rakan-rakannya. Ugutan mereka tempoh hari tersangatlah menyeramkan.
"Buka pagar ni."
Yoongi menurut arahan. Baginya, setakat membuka pagar. Apalah sangat kan. Bukan bahaya pun. Lagipun ni kawasan kejiranan. Ramai orang waktu ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/106563263-288-k796722.jpg)
YOU ARE READING
(C) Spring Day BTS 17
FanfictionAku.... Sakit. Sakit sangat. Setiap yg dilalui ada hikmahnya. Semakin perit cabaran semakin manis pengakhirannya. started; 19/4/17 ended; 8/1/18 Satu je aku nak bagitahu Ni fanfic zaman jahiliah Sumpah rasa cringe bila baca balik pffttt Mohon jang...