Jungkook memasukkan bajunya ke dalam beg pakaian. Setiap kali dia melipat baju, tangannya berasa berat sekali. Sehelai demi sehelai bajunya di muatkan ke dalam beg. Sesungguhnya sayu hatinya hendak meninggalkan kawan-kawan, rumah dan segala kenangan di sini. Namun apakan daya, takdir memaksanya supaya tinggalkan mereka dan kembali selepas 5 tahun berlalu.
Jungkook risau akan perubahan sepanjang dia tiada nanti. Adakah mereka akan melupakannya atau turut berasa sedih sepertinya. Dia tidak mahu itu berlaku. Mereka tidak boleh sedih ataupun melupakan dia. Tidak sama sekali.
Jungkook memasukkan pula keperluannya yang lain.
Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Segera dia bangun dan membuka pintu almari. Dia mengambil sebuah buku. Lalu menyelak halaman.
"Jumpa pun." Jungkook tersengih sayu dengan melihat halaman pertama buku itu. Terdapat gambar dirinya dan gambar rakan-rakannya serta biodata singkat mereka. Dia kemudian membuka satu persatu halaman buku itu. Banyak gambar dan memori yang ditulis di dalamnya.
Tiba-tiba tangan Jungkook berhenti menyelak. Dia memerhatikan muka surat 13 itu dengan lama. Jungkook mengetap bibir dan tangannya bergetar.
Tanggal 13 Jun 2014.
Today is our first anniversary♡. I love you guys. Hope to stay forever with you guys.
-LeaderJoon-Harini merupakan ulang tahun pertama kita sebagai kawan baik yang sah. Hyung harap korang semua mengikut jejak langkah hyung menjadi seseorang yang sungguh perfect dan handsome. Sekian. ♡♡♡
-WorldwideHandsome-Happy anniversary.
-Swag-Wahhh dah setahun berlalu dan korang masih sama. Saya berharap rakan-rakan tidak melupakan saya dan mari kita bersama buat selama-lamanya. Muahhh.♡♡♡
-YourHopeYourAngel-Hai. Selamat ulang tahun. Semoga semua panjang umur dan bahagia selalu. Memandangkan aku bersama korang, tolonglah jangan sedih. Aku kan ada. Disebabkan aku, ramai yeoja menyukai kita. ♡
-JiminHandsome-Wah ucapan korang sungguh over... tambah-tambah lagi Jimin dan Jin hyung. Aku harap kita dapat berkekalan. Dan aku harap korang tak lupakan persahabatan ini selepas semua mengikut haluan masing-masing. Maksud aku lepas semua dah kahwin. Dan isteri aku yang paling cantik dalam kalangan isteri-isteri kita nanti. Hahah..
-SexyTae-Happy anniversary. Wow Namjoon hyung guna bahasa inggeris. Kook x paham. Jin hyung sila kurangkan konfiden anda. Yoongi hyung sungguh swag. Hoseok hyung punya ayat so sweet. Jimin hyung tolong sedar diri. Dan Tae hyung, hyung paling handsome!! Semoga kita bahagia dan semakin handsome. Bye!♡
-Cookie-Jungkook mengalirkan air mata. Dia kemudian tergelak kecil. Indahnya kenangan. Macam dalam mimpi. Kenapala hidup ni tak indah seperti di dalam mimpi?
Lalu air matanya segera diseka. Tidak mahu ia berlanjutan sehingga teresak-esak. Dia tidak mahu ahli yang lain terjaga di tengah malam ni hanya kerana dia. Biarlah mereka dibuai mimpi. Semoga indah mimpi mereka.
Jungkook menyimpan buku itu di salah satu beg yang akan dibawanya ke Amerika nanti. Niatnya untuk setiap hari membuka buku itu ketika di Amerika supaya rindunya terubat.
Sedang Jungkook mengemas bajunya, pintu biliknya di buka dari luar lalu segera Jungkook memusingkan kepala untuk melihat siapa yang membuka pintu biliknya.
Kelihatan Yoongi yang terkejut melihat Jungkook masih terjaga di tengah malam.
"Kanapa hyung? Hyung ngigau eh?" Jungkook memerhatikan muka Yoongi dan tidak pula muka Yoongi kelihatan seperti sedang mamai.
YOU ARE READING
(C) Spring Day BTS 17
FanfictionAku.... Sakit. Sakit sangat. Setiap yg dilalui ada hikmahnya. Semakin perit cabaran semakin manis pengakhirannya. started; 19/4/17 ended; 8/1/18 Satu je aku nak bagitahu Ni fanfic zaman jahiliah Sumpah rasa cringe bila baca balik pffttt Mohon jang...