3 tahun kemudian
Jungkook menapak keluar dari lapangan terbang Incheon. Rambutnya dikuak ke belakang menggunakan tangan. Dia tersenyum.
Udara Korea disedut sedalam-dalamnya sebelum dihembuskan perlahan. Fuh. Lega benar dapat pulang dengan selamat.
Ibu bapa Jungkook tidak mengikut Jungkook pulang kali ini kerana kakaknya yang masih belum sedar. Nasib baiklah mereka membenarkan Jungkook untuk pulang. Kalau tidak mesti dia mereput keseorangan di Amerika sana.
Seketika senyuman Jungkook mati. Amerika. Dia menghabiskan hari-hari di sana dengan handphone dan laptop. Dia hanya keluar untuk membeli makanan sahaja. Bosan kan?
Senyuman kembali menguntum apabila teringat rakan-rakannya. Ya Tuhan. Rindu dia terhadap sahabatnya itu hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu. Tak sabarnya nak jumpa rakan-rakannya semula.
Jungkook sudah siapkan list yang hendak dibuat pada hari ini. Dia akan membelanja mereka makan kemudian belanja pakaian. Setelah itu pergi berbasikal di taman dan sekitar Sungai Han.
Pada waktu malam mereka akan berkaraoke. Pada waktu tengah malam sekita jam 12 mereka akan menonton filem seram di rumah.
Jungkook tersenyum lebih lebar apabila membayangkan perkara yamg akan mereka lakukan bersama. Di dalam fikirannya, dia akan duduk di sofa bersama yang lain. Mereka akan diselubungi selimut. Bersama popcorn dan lampu yang ditutup. Apabila berlaku adegan seram, Hoseok akan menjerit lalu memeluk sesiapa sahaja di sebelahnya.
Jungkook tergelak kecil. Tidak sabarnya hendak melakukan semua itu bersama ahli Bts yang lain.
Jungkook menahan sebuah teksi. Setelah itu dia masuk dan memberi alamat rumah. Tidak lupa juga dia menyuruh pemandu teksi membawa dengan laju supaya cepat sampai.
Lebih kurang 30 minit perjalanan, pemandu itu menghentikan keretanya di stesen rehat. Dia meminta diri ke tandas sebentar. Jungkook sekadar bersetuju. Dia juga teringin membeli sesuatu di sini.
Jungkook pergi ke satu kedai. Cenderahati di kedai itu dibelek-belek oleh Jungkook. Cantik.
Jungkook berfikir sejenak. Hendak beli atau tidak? Sebelum pulang ke Korea tadi, Jungkook sudah membeli banyak cenderahati di Amerika.
Hmm.. tidak perlu kut.
Jungkook sekadar membeli beberapa coklat yang disukai dia dan ahli yang lain. Setelah itu, dia kembali ke teksi. Pemandu teksi sudah sedia menunggunya di dalam teksi. Jungkook masuk dan mereka meneruskan perjalanan ke Seoul.
Di dalam teksi Jungkook termenung. Adakalanya dia berasa pelik. Selama dia 3 tahun terakhir di Amerika, ahli bts tidak pernah menghantar sebarang gambar mahupun chat.
Pada mulanya, dia terfikir mungkin salah seorang antara mereka tidak sihat. Jadi ahli bts yang lain menjaganya. Disebabkan tidak ingin Jungkook risau, mereka bercadang untuk merahsiakannya.
Tapi setelah 1 tahun tiada khabar berita membuatkan Jungkook lebih pelik. Tidak mungkin ada yang sakit sampai setahun. Mungkin mereka sibuk menyediakan persediaan untuk menjadi penyanyi.
Ya, mungkin mereka telah diterima masuk ujibakat.
Jadi Jungkook sekadar membiarkannya. Namun 3 tahun berlalu ahli bts tetap tidak menghubunginya. Tidak mungkin mereka lupa bila Jungkook akan balik? Jungkook sudah tetapkan tarikh dia pulang di dalam setiap handphone abang-abangnya.
Semua ini membuatkan Jungkook musykil tetapi Jungkook tetap cuba berfikir positif. Mungkin mereka ingin membuat kejutan apabila dia pulang ke rumah nanti?
ANDA SEDANG MEMBACA
(C) Spring Day BTS 17
Fiksi PenggemarAku.... Sakit. Sakit sangat. Setiap yg dilalui ada hikmahnya. Semakin perit cabaran semakin manis pengakhirannya. started; 19/4/17 ended; 8/1/18 Satu je aku nak bagitahu Ni fanfic zaman jahiliah Sumpah rasa cringe bila baca balik pffttt Mohon jang...
