9. flashback

2.4K 290 12
                                    

-Flashback Namjoon and Yoongi bergaduh.-

Namjoon sedang menjamah nasi di dlm mangkuk. Sedap sungguh masakan Jin hyung.

Yoongi mengambil tempat duduk di sebelah Namjoon. Namjoon sekadar mengerling Yoongi kemudian menyambung semula aktivitinya iaitu makan.

Yoongi menyuap nasi ke dalam mulut dan mengambil sedikit lauk lalu turut di suapkan ke dalam mulut.

Prang!

Namjoon yang sedang makan tersedak dan mencapai airnya. Terkejut dia apabila Yoongi tiba2 menebalikkan (flip) mangkuk nasinya sehingga nasi berterabur dan mangkuknya jatuh ke bawah. Air diteguk dan Namjoon menghela nafas dan memandang Yoongi dengan riak 'kenapa-hyung?'

Yoongi tidak peduli dengan pandangan Namjoon. Sebaliknya dia memandang tajam Jin.

"Waeyo Yoongi?" Jin cemas.

"Apa kau masak ni hah? Pahit kau tahu?" Jin tersentak. Turut serta Namjoon. Yoongi tiba-tiba menggunakan bahasa yang agak kasar walaupun Jin lebih tua berbandingnya.

"P-pahit?" Jin memandang makanannya risau. Pelik juga kerana dia merasa makanannya tidaklah pahit.

"Mana ada pahit la hyung. Okay je." Namjoon mengerutkan sedikit dahinya. Pelik dgn Yoongi.

"Diam!!" Yoongi menjeling Namjoon kemudian kembali memandang Jin.

"Kalau tak reti masak tu tak payah la masak! Beli je kat luar!"

Jin sekadar terkedu. Kenapa denagn Yoongi? Namjoon pula menahan sabarnya.

"Kenapa semua orang dalam rumah ni macam ni?! Semua perangai macam apa je! Menyusahkan orang tak habis-habis!"

Namjoon mengetap bibirnya. Entah apa salah mereka tiba-tiba dituduh begitu. Namjoon bangun lalu mengcengkam kolar baju Yoongi.

Dia menarik Yoongi ke atas. Wajah Yoongi ditenung tajam.

"Hyung dah kenapa? Tiba-tiba je nak salahkan orang! Sedar sikit sapa yang menyusahkan sapa! Penat Jin hyung masak, suka-suka hati hyung je nak kutuk dia! HYUNG DAH KENAPA?!"
Yoongi sekadar tersenyum sinis.

"Wae? Kau marah ke aku tengking Jin hyung kau?"

"Lebih baik hyung diam." Namjoon memandang tajam mata Yoongi.

Jin pula sudah tidak keruan. Dia segera bangun lalu menenangkan Namjoon.

"Udahla Namjoon. Hyung okay. Lepaskanlah Yoongi." Jin berusaha memujuk Namjoon sebab dia tahu Yoongi bukan sengaja buat hal. Yoongi serabut memikirkan pemergian dua saeng yang sangat disayangi mereka. Jin tahu semua tu.

Namjoon menolak Jin sehingga Jin jatuh terduduk. Namjoon memandang Jin tajam.

"Dia tak hormat hyung! Hyung sedar tak?! Bukan tu je dia kutuk semua orang!" Jin memandang wajah Namjoon. Dada Namjoon berombak menahan marah. Namjoon dah dikuasai perasaan marah.

"Memang semua orang dalam rumah ni menyusahkan. Lebih baik aku mati. Biar aku duduk dengan Jimin dengan Tae kat sana. Lagi aman la!"

Namjoon mengetap bibirnya. Kuat. Dia betul2 marah. Pernafasannya tidak stabil.

Namjoon segera ke dapur dan dia kembali dengan pisau di tangan. Ketika itu Hoseok turun dan dia nampak Namjoon pergi ke dapur. Pada mulanya dia hanya mempedulikannya tapi dia terus kaku apabila Namjoon kembali dengan pisau.

Dan baru Hoseok sedar. Rumah mereka berselerak. Nasi berterabur. Jin hyung terduduk di lantai dengan muka yang ditundukkan.

Hoseok mendekati Jin dan mengangkat Jin bangun. Hoseok cuba bertanya tapi tergendala apabila Jin langsung tidak mengangkat mukanya. Dan ketika inilah Jungkook turun. Dia juga terkejut seperti Hoseok.

Namjoon menghalakan pisau ke muka Yoongi dan sudah pasti Hoseok terkejut melihatnya. Yoongi pula dah tersenyum sinis.

"Tunggu apa lagi? Tikam je la aku! Apasal? Kau takut? Aku lebih rela mati dari terus hidup mcm ni!"

Namjoon hyung nampak lebih marah. Dia menguatkan lagi genggaman pisau di tangannya. Dadanya turun naik menahan geram.

"Ppali!!" Yoongi menjerit betul-betul depan muka Namjoon.

Namjoon menelan liur. Pisau dibuang ke lantai. Namjoon terus naik atas. Pintu bilik di hempas kuat.

Yoongi tergelak kecil dan sinis bunyinya.

"Penakut!" Yoongi turut naik atas. Jungkook memandang Hoseok dengan Jin. Jungkook menanya soalan kepada Hoseok tetapi Hoseok mengangkat bahu tanda tidak tahu.

-end flashback-

tbc

Okay pendek.
Mian.
Btw, kerja kursus sej dah habis.
Sesungguhnya daku tidak pernah segembira ini.
Sorry lama x update.
Thanks baca cerita ni.
Thanks sebab vote.
Thanks comment.
Thanks jadi silent reader.
Thanks untuk semua.

Muah~

(C) Spring Day BTS 17Where stories live. Discover now