Part 5

136 0 2
                                    

   Sudah beberapa hari Luca berada di luar untuk berkerja, tidak sekali pun dia menghubungi aku. Ini bukanlah pertama kali aku di tinggalkan begini tanpa seberang sms, message atau pun panggilan darinya. Kadang kala aku rasa dia sudah pun berubah, kalau dulu hampir setiap hari dia meluangkan masanya untuk bercakap denganku dalam video chat biarpun hanya sejam sahaja. Mungkin kerana dia tahu aku sudah berada dekat dengannya, berkahwin dan sentiasa akan menunggu kepulangannya. Agaknya begitulah orang lelaki kan, masa cinta bukan main hot sekali bila memancing, macam-macam umpan di pasang. Sekali sudah dapat pajak saja ikan di pasar, masa memancing pun sudah tidak ada.
   Tiba-tiba aku mendengar suara lelaki memekik dari bawah rumah, cepat-cepat aku turun untuk melihat. Alangkah terkejutnya aku melihat sekumpulan lelaki yang memegang besi golf memecahkan seluruh perabot di rumah ini. Habis di rata sekaligus, tanpa berfikir dua kali.
"Luca? Luca?" Panggil seorang lelaki yang berperut buncit itu.
   Drama apakah ini, sehingga konco-konco samseng datang sampai ke rumah mencari Luca. Apakah kaitan Luca dengan mereka? Besar tanda soal itu aku tinggalkan di hati.
"Ma, tu chi sei? (dan..kau siapa?)" Tanya lelaki itu kepadaku melihat aku turun dari tangga tergesa-gesa.
"Moglie di Luca. Per favore lasciarla stare lei. (Isteri Luca, tolonglah.. jangan apa-apakan dia)." Jawab bapa mertuaku, di hadapan lelaki itu.
"Oh, i heard he married with outside girl. Now i see why." Kata lelaki itu dan datang menghampiri aku.
"Who are you? What do you want?" Tanyaku memberanikan diri, konon-konon berlagak heroin dalam filem hindustan. Sekali di hayunnya besi golf itu memang mati kudasai lah aku jawabnya. Cilaka mulut ini, sudah tidak tahu sayangkan nyawa.
"Me? The question is.. not me, but who is Luca? Do you know who is Luca? Do you know why Luca married you? Not his people?" Dia duduk di sofa. Semakin kuat rasa curiga aku kepada Luca mendengar soalan-soalan lelaki itu. Aku berharap sangat apa yang aku sangka kan tidak betul sama sekali.
"I know my husband. But who are you coming to people house without an invitation."
"My dear, im Alessandro Pattini. Everyone knows me. You dont need to invite me to come to your house."
"What do you want from Luca? He's not here."
"I want my money, money.. money." Dia separuh menjerit di hadapanku. Adakah Luca berhutang dengannya? Aku tidak pernah melihat Luca kesempitan duit, atau bercakap pasal duit. Kalau betul dia ada masalah duit, sudah tentu aku perasan dengan lebih awal. Takanlah dia pinjam pada along berperut buncit ini.
"Per favore Pattini, vattene da qui. Luca non c'e'! (Tolonglah Pattini, pergi dari sini. Luca tidak ada)" Jelas bapa mertua ku lagi dengan selamba. Dari tadi aku hairan kedua-dua ibu dan bapa mertua ku kelihatan tenang sahaja. Jantung ku saja gugur tidak melihat isi rumah ini hancur berderai.
"Bene, bene andiamo via da qui. Prima la signora svenire di paura. (Ok. ok.. mari kita pergi dari sini, sebelum puan besar pengsan ketakutan)"
"Sialan, kau ingat yang itu aku ndak faham? Macamlah aku takut sangat!" Baru keluar bahasa melayu ku melihat samseng-samseng itu keluar dari rumah ini.
"Stai bene figlia mia? (Kau ok anak ku?)" Tanya bapa mertua ku. Aku hanya mengangguk-angguk sahaja sambil melihat sekeliling rumah itu. Cepat-cepat aku membetulkan kerusi dan memungut perhiasan yang pecah pada almari kaca itu, ibu mertuaku berkeras menyuruh aku naik ke bilik. Mungkin kerana tidak mahu aku risau dan lebih takut melihat keadaan itu.
   Emosi ku turun naik aku sudah tidak sabar mahu Luca pulang dengan segera, aku cuba menghubunginya beberapa kali tetapi telefon bimbitnya di matikan. Banyak perkara yang dia sembunyikan daripada ku, yang tidak pernah aku fikirkan selama ini. Kenapalah hal ini terjadi ketika aku sudah pun terlanjur berkahwin dengannya, kenapa tidak terjadi awal-awal lagi supaya aku boleh tinggalkan dia begitu saja. Belum sebulan aku berkahwin aku sudah pun menyesal dengan perkahwinan ini.
   Di tepi pagar itu aku melihat Fernando dan beberapa kuda lain yang entah siapa namanya lari setempat dalam kawasan yang di kelilingi pagar. Begitulah aku menghabiskan masa petangku, dengan sebiji epal ku potong-potong kemudian ku bahagi-bahagikan pada 4 ekor kuda di situ. Kemudian aku berjalan masuk di celah-celah pokok zaitun yang belum ada tanda-tanda untuk berbuah.
"Grace.. are you here?" Kedengaran suara Luca dari arah belakang di sebalik pokok-pokok zaitun itu.
"Where are you?" Panggilnya lagi. Cepat-cepat aku bersembunyi di sebalik pohon zaitun di situ. Aku tidak sangka dia kembali awal beberapa hari dari tarikh sepatutnya, sedangkan aku belum bersiap menyediakan soalan-soalan maut ku, nak ambil mood marah pun perlukan masa, dia ni pula pulang secara mengejut. Aku menarik nafas dan mengehembuskan berkali-kali untuk berdepan dengannya.
"Why are you hiding here?" Tanya Luca yang menarik tanganku dari belakang.
"You.. home early."
"Why? You dont like im coming home early?"
"Im just surprised."
"Are you ok?"
"My heart no!" Berusaha benar aku menyambungkan kedua-dua keningku.
"I know, im sorry you saw all that."
"Did you borrowed money from them?"
"No. Never!"
"Are you one of them? Have you kill someone? Did you steal their money?"
"No. No and No. Grace calm down. I'll explain to you.."
"You better do.. or i'll help them to kill you."
"Can you give me a hug and a kiss first? I miss you." Dia membuka tangannya dengan luas, aku memeluk dia tidak sampai sesaat dan mengucupi bibinya seperti sampai tak sampai.
"What was that?"
"A french kiss." Aku memasukan tanganku pada saku seluar dan berpura-pura memandang ke arah yang lain.
"A what? Im italian not a French guy! I want an italian kiss"
"Just.. tell me already.." Aku semakin tidak sabar.
"Ohhh..amore mio. (sayang ku)" Dia menolak pinggang dan tersenyum kecil. Dia mengenggam tanganku dan membawaku berjalan beriringan dengannya menuju ke rumah ladang itu. Baju kemeja Biru yang di lipat hingga paras siku dan seluar jeans biru gelap itu nampak kemas pada tubuhnya. Belum pernah walau sekali pun aku melihat Luca memakai pakaian yang selekeh, pernah aku bertanya padanya adakah itu kod pakaian orang-orang di sini. Dia sudah terbiasa untuk memakai pakaian kemas dan mengikut keadaan sejak dari kecil lagi, kerana ibunya sangat sensetif dalam hal-hal pemakaian, kekemasan dan juga kesempuranaan jawabnya. Tapi belum sekali pun dia pernah menegur aku dengan pakaian ku yang sambil lewa ini, harap-haraplah dengan aku dia tidak cerewet sangat. Kalau tidak adalah perang menantu dan mertua selepas ini.
   Beberapa orang lelaki yang tinggi-tinggi dan sasa tubuh badan berada di perkarangan rumah, pintu pagar utama juga di tutup dan di kunci dengan rapat buat pertama kalinya.
"Who are these people?" Tanyaku pada Luca, muka-muka baru itu aku pasti belum pernah ku lihat sebelum ini.
"They will be here to protect my family."
"Protect from what?"
" unexpected situation, like the other day. I dont want uninvited guest anymore."
"Luca, what the hell is happening? What did you do?"
"I will tell you later. This is Aldo your person, and over there is Riccardo your driver. They will be with you everytime you step out from the house."
"My person? What person?" Aku bingung melihat lelaki bermata biru dan rambut pacak-pacak itu di hadapanku.
"Your bodyguard."
"Bodyguard for what? I dont want a bodyguard!"
"Grace, you must stick with them, ok? You hear me?"
"Luca this is too much. Only a princess, famous people, a political annnnd.. people in...dan...ger need bodyguard." Mulutku melopong.
"Am i in danger now?" Tanyaku lagi dan memandang tepat ke dalam mata Luca.
"You're not amore. Just precaution."
"Luca, tell me what's wrong? I dont like this situation."
"Jan risau sayang, Aku ada sini." Jawabnya pula
"This is not for bahasa melayu time. And.. its JAN-GAN not jan. Pandai-pandai pula kau short form di situ." Bebel ku.
"Dont tell me you're...mafia!!!" Terlepas juga perkataan itu dari mulutku. Sejak akhir-akhir ini mulut ku sangat sukar untuk di kawal, tidak hairan nayawaku melayang esok-esok kerana mulut cabul ini.
"Huh.. you did your homework. Im proud of you, you know Sicily history."
"You...you, the mafia boss?"
"Hahahaha.. i wish i am, sorry to dissapointed you." Ketawa dia mendengar soalan ku yang entah di mana lucunnya.
"Luca?!"
"I told you my work,"
"yeah.. when we still chatting in internet and talking most of nonsense things." Berkali-kali dia menceritakan hal pekerjaannya sewaktu kami masih lagi berhubung menggunakan internet. Begitulah zaman dating-dating kami kerana terlalu jauh di antara satu sama lain. Dia melakukan begitu banyak kejutan yang tidak pernah ku duga dan harapakan daripada lelaki. Sehinggalah sekarang kami sudah bergelar suami isteri juga kejutan demi kejutan yang aku terima, terutamanya menyingkap siapakah dirinya yang sebanar.
"My job is real." Jawabnya bersahaja.

to be continued..



My Sicilian HusbandWhere stories live. Discover now