Part 31

60 0 1
                                    

   Aku melihat Emiliano menunggang Fernando hari ini di tepian pantai yang berdekatan rumahku, selalunya Luca yang rajin membawa Fernando, Bianca, Caruzzo dan Letizia, kuda-kuda kesayangannya ambil angin di pantai. Katanya pasir-pasir itu sesekali membawa kebaikan pada kaki-kaki kuda, apatah lagi lariannya lebih lembut dan tidak menekan pada kekuatannya. Apa-apalah.. aku sendiri tidak faham apa yang dia merepek sebenarnya.

   Tengahari ini aku ada temujanji dengan doktor gynecology ku, tapi berat hati ini untuk melangkah ke klinik seorang diri. Rasa semacam bila melihat orang lain di temani suami atau pun ibu dan kawan mereka. Aku ni siapa pun tiada di sini, dan tiada lagi yang mengambil tahu akan diriku. Setiap kali menelefon ibu ku rasa macam nak rak saja jatuh jantung ini mau menjerit meluahkan apa yang ada dalam hatiku. Tapi nanti orang tua itu pula yang tidak tidur malam memikirkan aku di sini.

   Entah sampai bila harus aku menanti lagi, bil -bil yang harus di jelaskan ku susun di atas meja pagi tadi. Inikah pengakhiran nasibku? Sampai bila harus aku menunggu begini. Sudah beberapa hari perut ku terasa sakit terutamanya di bahagian bawah. Tidur tak senang, duduk tak selesa, mungkin bayi ini juga sudah tidak tahan dengan ibunya yang asyik berfikir siang malam.

"What do you want to eat today?" Tanya Andrea padaku,
"Hmmm..spaghetti Bolognese." Menu yang biasa menjadi air tangan Luca kepadaku.

   Kami menjadi semakin rapat semenjak dia berada di sini, walaupun aku tidak boleh meluahkan isi hati ku yang sebenar tetapi bersama dengannya membuatkan aku lupa seketika hati yang terluka. Hampir setiap hari kami akan keluar untuk berjumpa sekiranya dia tidak perlu ke universiti.

"Your appointment is today right?" Andrea bertanya dengan mulutnya yang penuh mengunyah makanan, aku mengangguk perlahan.
"We can go together." Dia masih mengunyah, dan aku hanya memandang dia tanda tidak percaya.
"Why you want to go with me?" Tanyaku
"Hmm..to see the baby. Do you know what you having?"
"No,"
"Why not? Dont you need to buy clothes or something for the baby? Have you prepare your hospital bag?"
"No."
"What is wrong with you? You not happy with this baby?"
"Of course im happy," teringat kembali detik pertama aku dan Luca mengetahui kandungan ini, kami duduk di lantai tandas tanpa berkata apa-apa untuk seketika. Minit-minit yang paling sunyi di antara kami. Kedua-duanya tergamam dan blank.

"Grace..Grace..?" Andrea melambai-lambaikan tangannya di hadapan mukaku.
"Whats wrong?" Wajahnya khuatir.
"Hmm..nothing. I just.. remember on something."
"Dont think too much, think only about the baby."  Dia membelai pipiku, yang mungkin sudah pun merah sekarang ini.
"Hey..why you sound like british..recently."
"What?"
"Your english? Like British accent."
"Oh im taking an extra class for english and our lecturer from Galles."
"Hmmm.. Good luck then."  Aku tersenyum mendengar penjelasannya. Dia ingat senang kah nak faham orang Galles.
"Are you ready to go?" Dia sudah pun menarik dompetnya. Aku hairan dari mana dia mendapat wang untuk membayar setiap makanan-makanan yang kami makan bersama. Bila ku tanya mengenai perkhabaran Giada kakaknya, dia selalu cakap baik, baik saja. Tidak lebih dari itu. Mungkinkah dia tahu mengenai wang yang Giada ambil dari Luca untuk memberikan maklumat mengenai ku?

"Pronto.. (Hello)" Jawabku sebaik saja mendengar telefonku berbunyi.
"...(kau di mana)"
"Hmmm.. (di sini.. Zio Franco restoran)" Jawabku, aku lega kerana aku pasti akan suara itu.

"Ok, lets go." Andrea menarik tanganku bangun dan kami berjalan beriringan.
"Can we wait for a few minutes? Im waiting for someone. Im sure you met him before."
"Who?" Hairan muka Andrea bertanya padaku.
"You'll see.." belum sempat aku menghabiskan ayat ku.. suatu suara sudah pun menjerit dari arah belakang.

"Grace.. (jauhkan diri dari dia)" Jeritannya betul-betul jelas kedengaran di telingaku. Aku menoleh dan melihat dia berlari menuju ke arah kami. Dia menarik Andrea dan menumbuk pipi kanannya. Auuuch!!! Kataku seperti aku pula yang terasa sakitnya, aku tidak tahu kenapa dia melakukan seperti itu dengan Andrea. Dia menarik kolar baju Andrea lagi, dan menyiapkan genggaman kanannya untuk dihayunkan ke muka Andrea.

My Sicilian HusbandWhere stories live. Discover now