Part 16

55 0 0
                                    

"You must get ready before 3."
"Why?" Tanya ku yang yang duduk melihat telefon kepunyaanku yang ku tinggalkan selama dua bulan lebih itu.
"Chipmunk get married today."
"What?" Aku seakan-akan tidak percaya.
"Emiliano.. "
"I know.. with who?"
"I dont know the girl," Luca membuka pintu almari pakaian kami.
"Owh.." Balas ku pendek. Mengingati perasaanku yang di panah beberapa kali olehnya. Aku tidak menyangka sekali dia mempunyai kekasih hati, kalau aku tau tidaklah aku beraksi suwit di hadapan dia sebelum ini.
"My bahjuk, you prepare."
"Ha?" Ulangku kerana tidak mengerti.
"Bah-juk."
"Ha?" Aku mengerutkan keningku.
"Bah-juk .. clothes." Ajarnya kepadaku.
"Hahahah..hahahaha.." Mati-mati aku ketawa. Pandai-pandai konon si tupai satu ni mengajar aku.
"What? What i said wrong?"
"Nothing." Aku tersenyum-senyum dan berlalu pergi.

   Beberapa baju gaun ku keluarkan dan letakan di atas katil, satu-satu aku kenakan di badan dan berdiri di depan cermin. Sesungguhnya belum pernah aku ke majlis atau undangan sesiapa di sini. Tetapi ada satu perkara yang ku sedari setiap kali majlis yang di adakan itu, yang pastinya semua orang mengenakan baju yang rapi, yang bersesuaian dengan tema dan tujuan undangan itu. Tidaklah seperti kebiasaan di tempatku, majlis kahwin orang suka-suka aku kenakan jeans yang koyak rabak di lutut yang di bilang style konon. Dan sandal flat yang bila berjalan pun tikus tidak bangun-bangun sebab tidak dengar.

   Malaslah aku hendak minta pandagan Luca dalam hal pakai memakai ni, segan dan hmmmmh dua bulan berjauhan dengannya feeling di antara kami masih belum teratur lagi. Aku memanggil pembantu rumah itu Serena berasal dari Romania, yang rasanya kurang lebih umurku. Dia malu-malu bila aku mengunci pintu bilik dari dalam.

"Help me, which one??" Aku mengambil beberapa helai gaun dan menunjukan padanya.
"Per che cosa? (Untuk apa?)" Jawabnya bingung,
"Matrimonio di Emiliano questa sera. (Perkahwinan Emiliano malam ini)"
"Ma, dove? (Tapi di mana?"
"Aduiii lah kau ni.. itu pun penting kah di mana tempatnya? Tropical l'hotel (Hotel Tropical)"
"Il luogo veramente importante, e quindi tu lo sai come scegliere le scarpe. (Tempat itu sangat penting, jadi kau tau bagaimana memilih kasut yang sesuai)" Ujarnya dan kemudian melihat ke dalam almariku.
"Amboii.. terer pula kau dari aku ya, dengan kasut sekali kau pilih." Kebaikan yang aku ada dalam rumah ini, aku boleh mengumpat sesuka hati dalam bahasaku, tapi Luca sekarang ini sudah banyak perkataan yang dia faham, walaupun belum pandai cakap sangat. Jadi kadang kala aku berhati-hati juga.
"This one." Serena menarik evening gaun lace yang warna hitam itu, yang aku gunakan semasa malam vintage pada majlis akhir jamuan di tempat kerja ku dulu. Baru sekali aku memakainya, itu pun terpaksa beli di kedai butik dengan harga yang main tutup mata sebelah. Dan kasut tinggi biru yang di hadiahkan kakak ku semasa aku tamat belajar di kolej mahal gila dulu, juga tidak pernah ku sentuh langung.
"Haa?" Aku memandang Serena.
"Devi fare shopping con il padrone (Masanya pergi shopping dengan tuan)" Mungkin dia juga terpaksa memilih apa yang ada, di sebabkan pakaian-pakaian ku tidak banyak pilihan.
"No, grazie. (No, thank you.)" Aku menarik baju gaun dan kasut itu di tangannya.

   Kemudian aku beralih ke almari pakaian Luca, terbeliak biji mataku melihat kot-kot mahal yang berbaris warna-warni di dalam almari berserta pembungkusnya sekali. Hmmm..suka-suka akulah nak pilih warna apa kan? Bukan aku juga yang pakai. Hahahahah.. Tapi tidak jugalah warna kuning bah, macam mau pergi uji bakat sesame street saja warnanya.
Segera aku menarik kot yang berwarna kelabu asap itu, dengan seluar dan vest nya sekali di dalam. Aku menarik laci di bawah dan melihat berjenis-jenis tali leher bergulung dengan bekas khas masing-masing. Unggu kemerah-merahan itu menjadi pilihanku, bersama sapu tangan dengan warna yang sama. Ku letakan semuanya dia atas meja tulisnya bersama nota:

Ada Kaki ada Tangankan? Kalau tidak mahu kaki ayam, kasut sila cari sendiri.

-Ugly Boot

My Sicilian HusbandWhere stories live. Discover now