"Dove sei stata? (Where have you been)"
"Signora.. Signora.. (Puan, puan)" Aldo mengejar aku naik ke atas.
"Lasciarla lei da sola per ora. (Tinggalkan dia seorang diri dulu)" Hanya Emiliano yang menjawab pertanyaan Aldo itu. Aku duduk di lantai bersandar pada kayu katil, berkecamuk fikiran ku taatkala melihat Luca tadi. Beberapa minit kemudian Aldo masuk ke bilik itu,
"Dimmi cosa successo? (Tell me what happened)"
"Sebab itu dia letak kau di sini macam anjing, supaya aku tidak akan tahu apa sebenarnya yang dia lakukan."
"Ogni cosa l'hai detto non e' vero. (Setiap apa pun yang kau katakan tidak ada satu pun yang betul)"
"Trust Luca!" Mendengar dia berbahasa english buat pertama kali aku mendongak kepalaku melihat wajahnya yang berdiri di hadapanku.
"Trust him? Lui con altra donna? (Dia dengan perempuan lain?)" Kali ini giliranku menunjukan prestasi kemajuan ku dari kelas Signor Drago. Aldo segera memegang mulutnya dan berjalan ke arah tingkap bilik. Mungkin dia juga tidak menyangka semua itu daripada Luca.
"Non ti fara' mai male. Devi avere fiducia in lui. (Dia tidak akan sakiti kau. Kau mesti percaya padanya)"
"You.. stay..with me. My job is to protect you."
"Kalau aku umban kau tulang mesti kau lari dengan tulang tu kan?" Aku mulai sangsi dengan Luca dan keluarga ini. Mustahil keluarganya tidak tahu apa yang dia lakukan. Adakah sebab itu mereka melayan aku dengan baik sekali, sebab mereka tahu bagaimanakah Luca itu orangnya. Belum sempat aku berfikir lebih panjang, ibu mertua ku masuk. Dia duduk di katil mengambil kepalaku dan merebahkan di atas pangkuannya. Nampaknya si chipmunk' sudah terlebih dahulu memberitahu mereka akan apa yang kami lihat berdua tadi.
"Figlia mia, non essere triste. Luca devi fare sua dovere. Calmati, io e papa' siamo qua per te. (Anak perempuanku, janganlah bersedih. Luca harus melakukan pekerjaannya. Bertenanglah, aku dan bapa berada di sini untuk mu." Katanya sambil mengusap lembut rambutku. Mengalir air mataku bukan kerana Luca tetapi dengan layanan baik yang ku terima dari kedua orang tua ini. Ibu ku sendiri tidak pernah mengusap pun kepala anaknya yang degil ini.
Malam itu aku cuba memanggil telefon bimbit Luca, tetapi tidak di angkatnya walau sekali pun. Adalah juga sebanyak 15 kali ku tekan butang panggil, dan 3 sms sekaligus juga tidak di balasnya. Fikiranku bercelaru, macam-macam yang aku fikirkan, iblis-iblis kecil di dalam kepalaku pun apa lagi mengambil kesempatan melaga-lagakan aku dengan hatiku dalam membuat pertimbangan.
Awal pagi itu Emiliano menunggu aku di dapur pada waktu sarapan pagi, kalau bukan aku ingatkan kedua-dua orang tua yang melayani aku dengan baik sekali tentu saja aku akan buat sesuka hatiku. Tapi kerana mereka ku kuatkan juga kaki ini untuk melangkah.
"Owwh.. no. You looks like a drunk zombie." Perli Emiliano pada ku sambil menutup mulutnya.
"Dont you see yourself in mirror before you come down here." Kali ini dia berpura-pura menghirup kopi panasnya, mau saja ku tuang susu panas itu di atas kepalanya kalau tidak ada orang di situ.
"Sial betul mulut kau ni." Kataku yang sengaja memperdengarkan dia tapi sia-sia saja dia sedikit pun tidak mengerti.
"I called Luca and told him about yesterday"
"you talked to Luca?" Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku dengar.
"Yes. I told him.."
"Did he answer your call?" Aku menyoal Emiliano.
"Yes, I said yester.."
"When did you call him?"
"Errr.. at my home 17:00 o'clock." Kenyataan Emiliano itu membuatkan hatiku bertambah kian kembang seperti kembang semangkuk yang hanya menunggu masa untuk meletup.
"So, i told him.. we.."
"How many times you called him before he answered you?"
"Just one. Why dont you call him now and tell him what.."
"call him with my phone then." Aku memotong lagi percakapannya, dan meletakan telefon bimbit ku itu di hadapan mukanya,
"Hey, at least give me chance to finish my talk..." Emiliano separuh menjerit kepadaku.
Ertinya Luca sudah mengetahui yang aku melihat dia kemarin tetapi kenapa dia tidak mengangkat telefon ku, sedangkan dia menjawab panggilan Emiliano. Setelah itu tidak sekali pun dia menelefon aku kembali. Ada sesuatu yang pelik di situ, dia seperti bukan dirinya yang sebenar, bukan Luca yang manis seperti yang di tunjukan padaku setiap hari.
Tanpa berfikir panjang aku terus saja mengambil keputusan drastik, aku mengambil sebuah beg pakaian dan mengisi beberapa helai pakaianku dan barang-barang keperluan untuk keluar dari rumah ini. Aku ingin membawa hatiku yang berduka pergi jauh dari sini. Kalau Luca sendiri tidak mahu memperdulikan aku buat apa lagi aku mahu terhegeh-hegeh duduk di sisinya, bagaikan pungguk merindu bulan, menanti dan terus membuang masa untuk menanti dia.
Aku mengambil saja sisa-sisa wang yang berada di dalam laci Luca, dan membuka dua kali laci yang berisi pistol. Aku tidak pernah memegang pun benda haram itu yang berada di hadapanku. Hatiku gatal untuk menyentuhnya sekali ini, sementara tiada sesiapa di sini.
Malam itu perlahan-lahan aku menyelinap keluar dari rumah tanpa di lihat sesiapa, walaupun aku tidak tahu di mana pun hala tuju ku, tetapi sudah duluan kaki ku membawa duka lara yang di tanggung hatiku, ala-ala aku melarikan diri dari rumah. Aku tidak mempunyai rancangan langsung tetapi kedegilan kepalaku membawa aku untuk bermalam di hotel sebelum meneruskan perjalanan esok yang entah ke mana.
Mengapa aku berbuat begini? Kalau kamu yang berada di tempat aku apa yang akan kau lakukan? Menunggu kepulangan Luca dan bergaduh dengannya? Memberi dia peluang untuk membela dirinya dan memperdayakan kau lagi dengan pujuk rayunya? Beritahu ibu bapanya, lihatlah reaksi ibunya kemarin seolah-olah dia sudah tahu akan sikap anaknya begitu, dan meminta aku untuk menerima apa yang terjadi. Mahu bergaduh dengannya sedangkan dia memiliki pistol? Melainkan kau mempunyai bom dan bom dia dulu sebelum dia mengankat pistolnya.
Jadi apa yang akan kamu lakukan? Inilah yang sedang aku lakukan sekarang ini.. menghilangkan diri jauh darinya. Cuma yang bezanya aku bukanlah berada di tempat ku sendiri, tapi tempat orang yang masih begitu asing bagiku. Aku menaiki bas besar kemana pun aku pergi bukanlah masalahnya, lagi jauh lagi bagus. Aku mahu keluar dari negara ini, tetapi duit yang aku ada memang tidak mencukupi langsung untuk kehidupan sebulan. Telefon juga aku sengaja tinggalkan kerana tidak mahu hatiku lembut apabila melihat sesiapa yang mencari aku. Luca dengan mafianya tentu dapat mencari aku kalau aku meninggalkan jejak ku dengan sembarangan.
Memberitahu keluargaku juga bukanlah satu jalan yang terbaik buat masa ini, aku tidak mahu mereka di apa-apakan. Lagi bagus mereka tidak tahu apa-apa, daripada mereka ikut penyesalan ku ini berkahwin dengan lelaki yang tidak ku kenali langsung.
Sepanjang perjalanan aku asyik berfikir adakah tindakan aku ini betul, aku sentiasa boleh berpatah balik pada bila-bila masa saja. Tapi di manalah aku mau letakan maruah diri ku di perlakukan begitu oleh orang-orang di sini. Apatah lagi Luca tidak mengangkat panggilanku walaupun dia sudah tahu hatiku terluka, dia menipu aku memberitahu dia ke luar bandar tetapi dia masih berada di bandar yang sama. Suami jenis apakah itu?
"Signorina, dove vuole andara? (Cik hendak ke mana?)" Tanya seorang lelaki separuh umur di dalam kaunter penjualan tiket bas di stesen itu.
"Hmm.. errr.." Aku tidak tahu hala tuju ku sebenar. Aku melihat senarai destinasi di papan penunjuk itu. Tiada satu pun tempat-tempat itu yang ku kenal dan pernah ku pijak.
"Err.. Napoli." Jawabku tergesa-gesa. Perjalanan yang memakan masa sehari itu, akan ku gunakan untuk fikir semasak-masaknya langkah dan tindakan ku ini, kerana apa yang akan terjadi seterusnya aku tidak boleh salahkan Luca sudah, melainkan pilihan diriku sendiri.to be continued..
YOU ARE READING
My Sicilian Husband
RomanceApakah yang seorang lelaki mahukan? Apakah yang suami anda inginkan? Sehingga manakah anda mengenali pasangan anda? My Sicilian Husband menceritakan bagaimana seorang wanita cuba untuk mengubah hidup dan kebiasaannya untuk menerima siapakah orangnya...