Part 9

50 0 0
                                    

   Awal pagi itu Luca mengejutkan aku dari tidur dia menyuruh aku segera bersiap. Apabila aku melihat jam belum pun pukul 5 pagi. Hanya beberapa jam saja aku melelapkan mata kerana kenakalan Luca semalam. Aku yang masih tidak berbaju di katil itu terasa malas untuk keluar dari selimut dengan cuaca yang agak dingin awal pagi benar.
"Where are we going?"
"you will see later. Get up now, and put this one." Kata Luca yang memberikan aku seluar pendek jeans paras lutut itu dan baju t-shirt yang berkolar. Mahu tidak mahu aku akur dengan perintahnya. Aku bangun membalut tubuhku dengan selimut kerana sejuk, belum sampai aku ke bilik mandi Luca sudah pun menarik selimutku, jelingan ku tajam melihat dia.
"You dont need this, go now." Dia tersenyum melihat pandangan mataku yang sedikit marah dengan kenakalannya.
   Rupa-rupanya gelap-gelap begini dia membawa aku memanjat bukit ini, mahu saja aku menangis kerana bodoh-bodoh meninggalkan waktu tidur ku yang masih belum cukup ku rasakan.
"I thought you used up all your energy last night. Where you got all this power suddenly?" Rungut ku yang berjalan rapat di belakangnya.
"I want to show you something."
"What?" Tanyaku yang tidak pun berminat untuk mengetahuinya. Semakin tidak cukup nafas ku untuk terus berjalan.
"Im hungry." Luah ku pula.
"I will feed you later." Jawabnya bersahaja.
"No..no..no. I dont want to hear that answer. It means of something else, please dont answer me like that, you make my heart beat faster, and scared me."
"Whats wrong with that answer? I really mean it."
"Owhhh..damn it. Stop it Luca. Dont joke with me now."
"Hahaha.. now you cant keep up with me? But you asking me to stay with you every day and forever."
"When will you go.. away again..?"
"Hahahah.." Bunyi ketawanya memecahkan kesunyian pada awal subuh itu.
"Ti amo anch'io. (Love you too)" Katanya padaku.
"I know." Jawabku.
   Setibanya di satu tempat dia mengibarkan alas kain kemudian meletakan di sebalik batu-batu dan rumput-rumput itu, dia mengeluarkan bekal yang entah bila dia siapkan. Beberapa biji strawberry, roti yang sudah pun di sapu jem anggur buatan ibu mertua ku, dan coklat panas, kerana dia tahu aku memang tidak minum kopi Itali yang begitu pekat dan kental rasanya.
"Im trying to spend every minute of my time with you for this whole week."
"Tomorrow, im leaving early morning. I know its not right leaving you without telling anything about my work trip. But its the best thing for you and everyone, trust me,"
"ti porto sempre dentro mio cuore. (saya sentiasa membawa kau dalam hati saya)"
   Aku meneguk coklat panas itu dan menghabiskan roti yang sudah pun separuh di tanganku, dan membiarkan saja dia bercakap apa yang hendak di katakannya. Sebab kalau melihat hubungan kami ini, kami sebenarnya jarang sangat berbual-bual. Dia tidak akan membuka mulut mengenai hal kerjanya, dan aku.. tiada satu pun perkara yang terjadi padaku yang dia tidak tahu. Sememangnya sejak dari dulu lagi kami memang tidak banyak bercerita seperti pasangan kekasih lain yang berjauhan, dalam masa sejam kami video chat di internet juga paling-paling soalan wajib, sihat? sudah makan? makan apa? kerja macam mana? semua orang sihat? Lepas ni mau buat apa? Haa.. begitulah, semuanya soalan boring.
   Seperti yang aku katakan, kebanyakan masa pandangan mata kami yang menggantikan mulut untuk berbicara. Masing-masing sudah faham dengan melihat ke mata masing-masing.
"Look." Luca menunjuk sesuatu di hadapanku, luas terbuka mataku, dan melopong besar mulutku melihat keindahan itu. Matahari terbit itulah pertama kali aku melihatnya, aku tidak sangka ianya secantik itu. Tiada perkataan yang dapat aku ungkapkan.
"Its amazing."
"I know." Jawab Luca. Dia menarik tanganku untuk berdiri kemudian memeluk aku dari belakang.
"When you old, i will push your wheel chair to come up here."
"What did you say?" Aku mencubit tangannya yang masih memeluk bahuku. Dia mencium belakang leherku satu, dua, tiga, empat, dan aku hilang kiraan.
"Noooo. You need to stop it right there." Aku melepaskan diri dari dalam pelukannya dan dia mula mengejar untuk menangkap aku semula, nasiblah kami jauh dari kawasan perumahan kalau tidak adalah yang di baling dengan periuk ni awal-awal pagi lagi buat tayangan hindustan di sini.
   Luca menghantar aku ke rumah ladang itu semula di sambut oleh Aldo dengan muka yang semacam. Aku tersenyum melihat dia, seminggu tidak melihat mukanya aku bagaikan lupa si somboi satu ni.
   Malam itu aku tidur sendiri di bilik Luca, terasa sunyi dan kosong ku rasakan apabila Luca sudah tidak ada di sisi ku. Esok bermulalah rutin harianku menjadi penunggu di dalam rumah ini, menunggu akan sesuatu yang tidak pasti kunjung tibanya.
"Grace, long time no see." Sapa Emiliano kepadaku.
"Its only a week."
"How are you? Luca left already? Poor you."
"O dio. (Oh god)" Hanya itu yang mampu keluar dari mulutku. Mau saja ku karate mulut yang seorang ini.
"Hey, do you want to go lunch with me today? I need to take something from the grocery store. We can go for lunch after that."
"I like that." Aku cepat-cepat menerima cadangan Emiliano itu, sebagai alasan keluar dari kawasan ini. Kurang juga tekanan jiwa walaupun tiada siapa yang pernah merantai aku.
   Kami keluar lewat tengahari itu tanpa pengetahuan Aldo, aku tidak memberitahu dia supaya dia tidak akan dapat menahan aku untuk keluar sendiri bersama Emiliano. Sengaja aku bersembunyi di dalam kereta Emiliano terlebih dahulu semasa dia keluar dari pintu pagar besar. Aku rasa seronok macam budak-budak kembali main sorok-sorok begitu, seperti budak yang cuba sembunyikan sesuatu dari ibu bapanya.
   Selesai urusan Emiliano, dia membawa aku ke satu bar lama yang kelihatan agak sunyi dan tidak banyak orang yang datang di situ. Kami memesan dua pinggan spaghetti alla bolongnese, kemudian aku meminta diri untuk ke tandas, Emiliano hanya menunjukan sahaja arah ke tandas itu dari meja kami.
   Belum sampai di tandas aku terpandang ke arah meja yang lain, wajah itu seperti ku kenal tetapi hati ku ragu-ragu. Aku menoleh lagi, kali ini mata ku tidak menipu langsung. Hatiku  berdegup kencang, tangan ku basah dan cemas, kepalaku begitu ligat berfikir. Itu memang laki aku!
   Bukankah kemarin dia menghantar aku pulang ke rumah orang tuanya, kenapa dia berada di sini tapi tidak pulang ke rumah semalam. Walaupun aku tidak tahu ke mana tujuannya bila dia katakan mahu ke luar bandar, tapi melihatnya di sini hatiku kuyak rabak. Telinga ku turut berasap dengan seorang perempuan yang duduk gatal mengesel-gesel badannya pada Luca, dan dia rilex, cool dengan sebatang rokok di tangannya. Aku tidak pernah melihat dia merokok selama ini.
   Seorang lelaki tua berpakaian kemas dan bertongkat duduk berdepan dengannya bersama seorang wanita yang tidak lagi ku lihat siapakah gerangannya. Aku berdiri beberapa minit memerhatikan Luca dengan perempuan yang naik miang meraba dada dan bahu Luca itu. Siapa yang tidak tercabar melihat adegan itu, walupun masih ringan dan ada 10 kemungkinan adegan itu tidak benar, tapi siapa lagi yang mahu peduli? Mata ini sendiri sudah mengesahkan kebenarannya.
   Tambah panas aku melihat sesekali dia ketawa bersama perempuan gatal entahlah anak siapa. Mau saja pasu bunga di tepi ku itu ku angkat dan ku humban di meja mereka baru puas agaknya hatiku.
"Grace, we should go." Emiliano menarik tanganku.
"What? You know this? This is why Luca hide everything about his work to me..right?"
"Grace we have to leave now." Emiliano menolak aku perlahan-lahan keluar dari bar itu.
"Look Grace, look at me." Emiliano memegang kedua-dua bahu ku berdepan dengannya.
"When Luca back from anywhere he went to.. You can ask him yourself. Let him tell you everything. Calm down now, maybe its not what you thinking."
"You see him with your eyes too. Whats wrong with all..your people!"
"Grace, stay calm please."
"My instinct right. I shouldnt believe him at the first place. He clearly hiding something from me, and now he have guts to do like this in public?"
   Mahu saja aku lari sejauh yang mungkin tapi entah ke mana, ada pun orang yang aku kenal semuanya saudara mara Luca. Kawan-kawan aku juga adalah kawan Luca, mahu pulang ke rumah ibu ku..adui, baru sekarang aku sedar betapa jauhnya untuk pulang ke tanah air dalam keadaan begini.
   Aku sedar aku orang asing di sini, aku sedar aku berada terlalu jauh dari asal usul ku, dan akhirnya aku sedar lelaki yang aku kahwini bukanlah seperti yang orang katakan, jauh sekali dari yang aku bayangkan dan tidak seperti yang hatiku mahu percayakan.

to be continued...


My Sicilian HusbandWhere stories live. Discover now