"Papaaa!!!" Aku menjerit pada bapa mertuaku. Dia segera mendapatkan ibu mertuaku yang sudah pun terbaring di lantai tidak bermaya, sedangkan api yang membara semakin menghampiri kami.
"Lucia..Luciaaa.. (Lucia..bangun, bangun. Belum masanya lagi, belum masanya lagi. Kita perlu melindungi anak menantu dan cucu kita ini. Luciaaaa!!!)" Bapa mertuaku menampar pipi isterinya beberapa kali. Hatiku berdegup kencang, aku tidak tahu lagi apa yang harus aku lakukan seandainya ini takdir aku, aku redha. Tapi bukan untuk anak yang tidak berdosa ini.
"Andiamo.. (ayuh kita lakukan bersama-sama)" Aku menarik tangan bapa mertuaku untuk menolak meja itu bersama, walaupun aku ni tidaklah sekuat mana untuk membantunya menolak meja itu dengan perut yang sudah berusia 6 bulan lebih ini, tetapi itu saja cara yang boleh kami lakukan untuk keluar dari kebakaran ini.Aku mengira 1, 2, 3 dan kami menolak serentak ke arah pintu kayu itu, kemudian kami tarik lagi dan kami tolak lagi. Pada tolakan yang ke-empat syukur kepada tuhan pintu itu terbuka sedikit, bapa mertuaku menendang beberapa kali sehinggalah ianya roboh dengan sendiri. Itu pun api masih menyala dengan kuatnya, aku bayangkan seperti harimau-harimau yang mengadakan pertunjukan di dalam circus selalu, yang di arahkan melompat ke dalam gelung yang berapi oleh tuannya. Kini, aku faham perasaan binatang-binatang itu, aku sumpah pada hari itu aku tidak akan bermain atau mendekati dengan api lagi.
Bapa mertuaku membawa aku keluar terlebih dahulu dan menyuruh aku pergi jauh ke tanah lapang, dan kemudian masuk kembali mengambil ibu mertuaku. Tanpa menunggu nafas ku stabil aku segera mencari-cari telefon bimbit ku dan menelefon Luca. Tetapi panggilan ku juga tidak berjawab. Aku menghubungi Emiliano tetapi telefonnya di matikan, aku tidak tahu bagaimana untuk menghubungi ambulans, polis ataupun bomba. Tidak pernah terlintas di fikiranku untuk mengetahui nombor-nombor itu selama aku berada di sini. Takanlah aku mau dail nombor 999 pula, nombor bomba di negaraku?
Sebaik saja bapa mertuaku keluar membawa isterinya, aku cepat-cepat membantu dia. Dan menyerahkan telefon bimbit ku itu kepadanya, tentu saja dia tahu apa yang harus di lakukan.
"Chiama... (panggil 115 untuk bomba, kemudian ambulans 118)." Dia hanya mengarahkan aku, setelah aku mendegar bunyi deringan..
"Pronto.. (Hello)" Kataku,
"Pronto.. (hello, anda sedang membuat panggilan kepada stesen bomba...bla..bla..bla..)" Jawab suara itu, belum habis dia memberikan pengenalan diri aku terus saja memberikan telefon itu kepada bapa mertuaku.Aku sempat mengulangi nombor-nombor itu, yang entah terpahat atau tidak dalam kepalaku pada saat-saat begini. Mujur ada bapa mertuaku, kalau tidak bagaimanalah nasib aku sekarang ini, dengan siapalah harus aku minta bantuan. Ada kereta berampai-ampai pun aku tidak ada lesen di sini, lagipula tempat duduk pemandunya yang sebelah kiri membuatkan aku tidak yakin untuk memandu di jalan raya besar.
"Mamma...mamma.." Panggilku menggoyangkan badannya, aku cuba untuk mendengar nafasnya tapi dengan bunyi kebakaran yang menjilat seluruh rumah itu sangat sukar untuk aku mendengar apa-apa. Aku membasahkan mukanya dengan jubah yang masih basah ku pakai itu, dia membuka matanya dengan perlahan, aku tersenyum gembira. Aku mencari-cari bapa mertuaku tetapi dia masih bercakap di dalam telefon yang tidak jauh dari kami.
"Figlia mia.. (My daughter.. Please.. take care.. my boys)" Kata ibu mertuaku satu demi satu perkataan di ucapkannya dengan berhati-hati, kemudian melihat ke arah bapa mertuaku dan memegang perutku.
"Mamma.. (Mama..Stay with me, the ambulance is on the way)" Aku mengusap kedua-dua pipinya untuk mengelakan dia menutup matanya lagi. Dia tampak penat, biji matanya juga sekejap ke bawah dan sekejap ke atas.
"Mamma.. please, dont leave me. Mammaaa!!!" Aku mulai menjerit dengan tangisan yang sudah tidak ketentuan.
"Papaaaaa, papaaaa!!" Jeritku sepenuh hati memanggil bapa mertuaku.
"Lucia..Lucia.." Panggilnya di sisi isterinya.
"Nino, nino..marito mio. (Nino.. suamiku)"
"Lucia.. per favore ..(Tolonglah bertahan sekejap lagi)" Pujuk bapa mertuaku yang sudah pun mengalirkan air mata, itulah petama kali aku melihat dia menangis sejak aku mengenali dia.Aku mendongak ke langit, keadaan masih gelap dalam keheningan subuh dan angin segar yang bertiup dari arah barat itu. Aku tidak menyangka hidup ku berubah dalam sekelip mata pada malam ini, nampaknya neraka hidupku bermula pada saat ini. Air mataku terasa sejuk mengalir di pipi. Perempuan tua yang ku panggil mamma itu, menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapanku dan suaminya. Dialah insan yang paling baik pernah aku temui, ibu mertua yang tiada gantinya, yang membelai rambutku, menyambut kepulanganku, mengucapkan selamat malam dengan mencium pipi atau dahiku, yang membasuh dan melulurkan minyak zaitun di kedua-dua kaki ku, sentiasa memanjakan aku dan menghormati hak aku dalam rumah ini, menyanyangiku melebihi anakanya sendiri.
Hampir sejam kami menunggu di situ, sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa masih di peluk erat oleh bapa mertuaku. Badanku yang begitu kuat mengigil kesejukan ku gagahkan juga duduk di sisinya menunggu bantuan sampai. Sejam yang terlalu panjang dalam hidupku, apatah lagi rumah ini begitu jauh dari jalan besar, dan memakan masa untuk sampai ke sini daripada bandar yang berdekatan.
Dari kejauhan aku dapat melihat kelipan cahaya lampu kereta bomba bersama bunyi sirennya sekali, di ikuti kereta ambulans dan polis di belakangnya. Bapa mertuaku mengelap air matanya dan menciumi dahi isterinya, perlahan-lahan dia melepaskan isterinya berbaring kaku di atas simen di halaman rumah ini. Segera dia menuju ke pintu pagar besar untuk membukanya, aku hanya melihat api yang masih lagi besar di hadapanku, selebihnya semua sudah rentung, hangus terbakar.
Kami di bawa ke hospital St Antonio Abate, Trapani, hospital besar yang paling dekat dengan jarak rumahku. Segera aku di masukan air dan di pasang oksigen, doktor sakit puan memeriksa kedudukan bayi dalam kandunganku serta nadinya. Syukurlah semuanya baik-baik saja, barulah aku melelapkan mata menyambung tidurku yang tadinya terganggu, aku berharap semuanya ini adalah mimpi dan apabila aku bangun kembali keadaan akan balik kepada asal, itulah doaku sebelum tidur.
Apabila aku membuka mata doktor sakit puan yang semalam sedang duduk di kerusi di tepi katil ku di bilik itu. Dia senyum menampakan baris giginya yang sedikit comot terpalit lipstik merah jambu dari bibirnya.
"Parli la mia lingua..(Kau faham bahasa saya)" Tanyanya padaku, aku mengangguk sekali dua.
"Vuoi.. (Kau perlukan apa-apa?)" Soalan keduanya, aku menoleh ke kiri dan ke kanan dalam bilik kosong itu yang cuma ada aku di situ.
"..(daripada apa yang kami monitor selama beberapa jam ini kandungan kamu ok, nadinya juga kuat. Jadi tidak perlu risau apa-apa. Tapi kami perlu tahan kamu sehari dua untuk memastikan kamu betul-betul sihat bila keluar dari sini)" Dr. MariaRosa, ku baca dari pada tag nama di jubah putihnya itu.
"...(Kami belum dapat menghubungi Signor Catanzaro, tapi bapa saudara dan ibu saudara dia ada di luar. Saya akan benarkan mereka masuk kalau mahu, tetapi sebelum itu ada sesuatu yang ingin saya beritahu, dan saya berharap kamu dapat mengawal perasaan agar tidak menjejaskan kandungan kamu)." Doktor itu mengenggam sebelah tanganku. Satu tanda yang tidak baik, aku kenal benar dengan isyarat itu. Apa lagi perkara buruk yang boleh menimpaku selepas ini setelah hampir maut di jilat api, dan mengambil nyawa ibu mertuaku. Apa lagi yang tidak habis-habis menimpa diriku pada saat ini semasa ketiadaan Luca.Aku memejam mataku, mengatur nafasku dan memegang dadaku di sebelah kiri 'sabarlah wahai hati, aku perlukan kekuatan mu pada waktu ini,' bisiku sendiri dan mengosok-gosok dadaku perlahan.
to be continued..
YOU ARE READING
My Sicilian Husband
RomanceApakah yang seorang lelaki mahukan? Apakah yang suami anda inginkan? Sehingga manakah anda mengenali pasangan anda? My Sicilian Husband menceritakan bagaimana seorang wanita cuba untuk mengubah hidup dan kebiasaannya untuk menerima siapakah orangnya...