"You still here? You only have 48 hours to run." Kataku melihat Luca muncul di gerbang dapur.
"Run? Why do i have to run?" Dia kelihatan bingung.
"Then, bagus aku saja yang lari." Jawabku ketika lalu di hadapannya, dia yang masih belum boleh bertutur bahasa melayu, adakalanya dia mengesyaki aku mengatakan sesuatu yang buruk terhadap dirinya. Walaupun 99 peratus... ianya benar, dengan senyuman yang penuh keyakinan aku menyangkal dengan mudah."Hey, dove vai? (where you go?)" Balasnya melihat aku sudah pun menaiki anak tangga untuk menuju ke bilik sementaraku, dia turut mengejar aku dari belakang. Sekali dua anak tangga ku langkah agar tidak dapat di tangkap olehnya.
Belum sempat aku menolak pintu bilik ku dia sudah pun memeluk aku dari belakang dengan erat. Bergema suara kami ketawa bersama dalam rumah itu yang tidak di endahkan oleh sesiapa pun.
"Wait..wait.." Tercungap-cungap aku di buatnya.
"Again.. you only say it in malay if you talk bad things to me."
"No, i did not." Aku meronta-ronta dari pelukannya cuba untuk melepaskan diri.
"Im sure it is." Janggutnya yang mulai tumbuh itu sangat kasar dan geli ku rasakan terkena di sekitar leherku.
"Look.. papa here!" Aku cuba memperdayakan dia untuk melihat ke arah pintu.
"You think papa will come up here to see what the newlywed couple..are about to do?" Dia langsung tidak mempercayai ku.
"We have not, married, yet!" Tegas suaraku.
"Its about to happen..less than 48 hours."
"Thats why you need to run now."
"Its not because i dont want to.. but i dont have any place to go."
"Bugiarda' (liar)" Lafazku.
"Ahaks, i can see you.. errr, progressing well, at least i did not waste my money for signor Drago."
"Did he teach you how to say something sweet to your husband as well?"
"Sweet? My butts!" Jawabku.
Dia melepaskan aku dan terus menarik keluar baju kemeja yang di masukan rapi ke dalam seluar. Kemudian membuka butang bajunya satu demi satu. Gulpp.. aku menelan air liur melihat bahu yang luas tu. Bulu dadanya yang berwarna keperang-perangan itu menarik pandangan mataku, itulah pertama kali aku melihat seorang lelaki yang berbulu dada sama seperti di dalam filem hollywood.. bollywood.. apa-apa wood lah. Mataku mengkhianati penyaluran maklumat yang tidak sampai ke otak untuk di tafsirkan lagi.
"You biting your lips."
"No, i did not." Cepat aku menyangkal, gulpp.. aku menelan air liur lagi. Entah kenapa tekak ku tiba-tiba terasa kering.
"You thirsty? I can get you water."
"I'm not." Cepat-cepat aku menggelengkan kepalaku dan ku sangkal lagi, kemudian ku ramas leherku seakan-akan merasai peluh panas mula mengalir.
"You hot?"
"Shut up!" Aku tahu dia sengaja mengusik aku.
"Maybe i should button my.."
"Nooo!" Tindak balas refleksi.. dari mulutku memerangkap diriku sendiri, aku tunduk malu.
Dia datang rapat ke arahku dan meletakan kedua-dua tanganya pada dinding tempat aku bersandar. Jantung ku juga laju seperti bunyi larian Fernando pada waktu pagi.
"I dont know if i can let you go now, 48 hours like 48 days. But its the begining of our life together. I miss you already." Dia mencium bibirku dengan begitu ghairah. Aku juga membalasnya kembali.
"Please.. please," nafasnya juga turun naik.
"Please..dont forget to practice our wedding vow." Bisiknya, dengan senyuman mengejek meninggalkan aku di bilik itu sendiri. 'Kurang asammmmmm!!!!', jeritku marah. Aku menghempaskan diri di atas katil dan menghentak kan kedua-dua kaki ku geram dan panas.
Di lapangan terbang aku melihat dari kejauhan ibu, adik beradik juga beberapa orang sahabat baik ku sudah pun menunggu aku menjemput mereka pada tengahari itu. Luca sudah pun menyediakan hotel untuk kami semua. Selepas itu barulah mereka akan tinggal di rumah ibu bapa Luca selama mereka berada di sini nanti. Mengikut tradisi Luca pengantin lelaki dan perempuan tidak boleh keluar dari rumah atau tempat yang sama, dan tidak boleh bersua muka 24 jam sebelum hari perkahwinan itu. Tapi yang baiknya aku boleh menghabiskan masa dengan keluarga dan kawan-kawan yang datang pada majlis perkahwinan ku ini.
Tapi apakan daya temujanji yang di buat Luca untuk ku ke spa massage, mandi air bunga segala, cat kuku kaki dan tangan, perawatan muka dan rambut. 48 jam itu ku habiskan masa di salon bertemankan ibu dan adik ku. Dengan semua yang aku lalui ini, aku masih tidak merasa ianya benar-benar akan berlaku. Di umur 28 tahun, ku tinggalkan duniaku dan segala-gala miliku untuk bersama dengan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku, yang berada di seberang dunia.
Mengingat kembali bagaimana aku kecundang dengan beberapa kisah cintaku sebelum ini, di khianati, di sakiti, di permainkan, sehingga hampir-hampir bertunang dengan.. kamu tahu siapa. Mengajar aku lebih dewasa dan seterusnya membuat keputusan ini setelah berpuluh-puluh kali ku timbangkan dan ku fikirkan semasak-masaknya air mendidih.
Sebaik saja aku mengahwini Luca hidup dan dunia baru ku akan bermula, hidup dan tanah airku akan ku tinggalkan serta-merta. Belum habis aku melayani fikiranku, terasa perutku memulas-mulas tanpa dapat ku tahan. Perkara yang tidak ku sangka-sangka terjadi pada jam-jam terakhir pada hari bahagiaku.
"Kau ni kenapa?" Tanya ibuku melihat aku yang duduk di lantai bersandarkan katil hotel itu.
"Apa lagi.., sakit perutlah. Cirit-birit." Jawabku semakin lemah setelah 3 kali ke tandas untuk membuang.
"Aduiii, kau makan apa juga." Ibu ku mulai panik. Dan mencari minyak kapak dalam beg tangannya dan menyuruh aku baring untuk di urut.
"Jam berapa tukang makeup sama rambut kau datang?" Tanya ibuku.
"Kejap lagi lah tu." Beritahuku yang melihat jam pada telefon bimbitku. Walaupun upacara perkahwinan kami akan di adakan pada pukul 2 petang nanti, tetapi semua pendandan-pendandan untuk ku dan keluargaku akan datang seawal jam 8 pagi. Kemudian kru-kru pengambaran dan video akan mengambil masa selama 2 jam untuk aku dan keluargaku. Begitulah yang di susun atur oleh Luca, semua sekali di uruskannya.
Seksa ku rasakan dengan sakit perut ku yang tidak habis-habis lagi, dengan make up yang begitu ploles' jadinya macam muka penyu bertelur pula apabila aku cuba menahan sakit perut ini. Macam-macam ubat yang ku telan di beri oleh ibu ku tetap sama juga.
"Signora.. sono la tua autista per oggi. (Mam, im your driver for today)" Kata seorang pemuda yang tidak kurang kacaknya dengan kot serba hitam mucul di muka pintu bilik hotelku. Dengan senyuman mangga ku berikan pada dia.
Aku cuba menghubungi Luca berkali-kali tapi tidak di jawabnya, aku juga tidak tahu apa yang aku mahu dia buat sekiranya dia tahu keadaanku sekarang ini. Badanku terasa seram sejuk untuk meninggalkan bilik hotel itu. Bukan aku takut dan cemas pada hari bahagia ku tetapi aku takut meninggalkan tandas bilik ini kalau-kalau aku memerlukannya di saat-saat kecemasan nanti.
"Kalau iya pun berdebar-debar, janganlah bah muka macam pocoyo." Bisik adik ku di sebelahku. Aku hanya menjeling saja pada dirinya, aku cuba untuk menyimpan tenagaku sebanyak yang boleh.
"Kau sedia suda mau kahwin? Itulah mr. Right kau? Kau yakin?" Kata abangku pula. Aduh..RTM mula kembali bersiaran. Memandangkan bapaku sudah tidak ada, dialah yang menjadi ketua keluarga kami. Banyak-banyak masa, masa ini juga yang di pilihnya bila sakit perut ini cuba merampas hari indahku.
"Kalau kau ada rasa sedikit pun teragak-agak, baik kau buat keputusan sekarang. Saya tidak mahu kau menyesal kemudian hari."
"Ha? Apa kau cakap ni?" Soalku tidak mengerti.
"Dengan muka kau macam ni semua orang pun buli baca yang macam kau tidak mau saja kahwin." Jelas abangku. Aku hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalaku.
"Tiada pun aku nampak senyuman di muka kau, nampak betul kau tidak gembira. Kalau kau tidak pasti, bagus kita tarik diri saja. Masih ada masa lagi ni. Apa boleh buatlah semua persiapan ni, daripada kau menderita nanti." Muka abang sulungku itu sungguh serius sekali. Boleh-boleh dia menyuruh aku ubah fikiran sudah kami berada di depan pintu kereta Alfa Romeo yang berwarna hitam berkilat dihiasai bunga 'king calla lily' putih di depan dan belakang.
Memulas dengan hebat perutku ketika kami berada di dalam kereta itu, entah berapa lembar sudah doa ku baca termasuk doa makan dan sebelum tidur pun turut ku baca. Entah berapa petua juga ku lakukan termasuklah mengetuk ketuk kepala lutuku tetap juga perut ini rancak berdisko. Aku tidak tahu apa lagi yang ingin kubuang, sudah tidak ada isi apa-apa lagi dalam perut ku selepas 6 kali ke tandas sebelum aku meninggalkan hotel tadi.
Aku pasti ini bukan stress atau nervous' kerana hari bermakna ini, tapi ini memang virus cirit birit entah-entah masuk angin bilang nenek ku. Apalah kejadiannya hari ini, semua pengantin hati berunga-bunga sedangkan aku hati remuk redam menahan untuk membuang angin, takut-takut pula lain yang keluar. Kalaulah terlepas...' di kalangan tetamu yang datang nanti, aduiii manalah mau letak muka penyu ku ini.to be continued..
YOU ARE READING
My Sicilian Husband
RomanceApakah yang seorang lelaki mahukan? Apakah yang suami anda inginkan? Sehingga manakah anda mengenali pasangan anda? My Sicilian Husband menceritakan bagaimana seorang wanita cuba untuk mengubah hidup dan kebiasaannya untuk menerima siapakah orangnya...