"Many girl go after Luca, want his money but not love. He had one girl from north italy but she ran with Luca money." Emiliano berbicara dengan ku sambil mengasah beberapa bilah pisau.
"He really sad and 1 week lock in his room and no eat. He love her so much, he can ask people find the girl and kill her if he want. But he do nothing." Sesekali Emiliano memandang aku, adakah dia cuba menakut-nakutkan aku dengan ceritanya ini?
"That happened 10 years ago. He never bring girl home since Giuliana. But, God in his side. The girl was in love with another man also rich, but the rich man sent her to prison said that she took off with his money."
"What a stupid girl!" Jawabku,
"Or... someone set trap for her."
"Who? you mean Luca?"
"I dont know, i never ask him."Cerita Emiliano itu membuatkan aku rasa semakin tidak senang hati terhadap Luca, aku bukanlah mengenalinya sangat ketika aku menerima lamarannya di tepi laut itu, masa itu aku masih keliru tetapi hatiku asyik-asyik membawa aku menuju ke arahnya. Mungkin kah rasa penyesalan semakin menebal di hatiku kerana satu persatu terbongkar siapakah dia yang sebenarnya.
"You beautiful girl, i understand why he desire you. You're all opposite to Giuliana, thats why we all not surprise why he brought you home after all this 10 years. But the question is, are you prepare to walk side by side with him as his wife?" Mata Emiliano bertentangan dengan mataku untuk seketika. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan ku apabila ku rasakan hatiku mulai di jentik sesuatu.
"Ehi...(Hey) I should teach you how to do uva dance. We must prepare now. La signora must know how to dance. Come on." Dia menarik aku ke belakang bangsal itu, kemudian mengeluarkan telefon sony ericson nya dan memilih lagu. Dia mengambil tanganku untuk berdiri di hadapannya, perlahan-lahan dan langkah demi langkah dia mengajar aku gerak langkah tarian tradisional itu. Pusing dan terus pusing lagi sehinggalah kepala pening.
Setelah hampir sejam kami berlatih tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, lantas aku cuba melarikan diri untuk mencari perlindungan tetapi tangannya memegang tangan kananku. Pandangan matanya mencurigakan dan menyengat ke dalam hatiku. Ada satu perasaan yang tidak dapat ku jelaskan ketika itu.
"Dont you love the rain?"
"Errrr..no."
"You should open your heart and listen to the music of the rain."
"What nonsense are you talking about?"
"Shh..just listen." Dia meletakan jari telunjuknya pada kedua-dua bibirnya, kemudian merenung ke dalam anak mataku. Aku semakin tidak selesa tetapi tidak mahu mengakhiri perasaan berbunga-bunga itu.
"Did you hear that?" Lembut dia bertanya.
"Iya, fernando berlari laju."
"What?"
"I hear Some kind like horse.." Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Fernando sudah pun menghampiri kami bersama kuda-kuda yang lain untuk bersiap sedia masuk ke kandang masing-masing. Terkejut aku di buatnya,
"I should go," Kataku mengakhiri pertemuan kami itu, tanpa melihat raut wajahnya lagi. Sepertinya aku di pukau dalam renungan anak matanya aku hanyut entah ke mana. Gila!!! Boleh-boleh aku tidak sedarkan diri.
"Kau ah.. kacau daun saja." Tunjuk ku pada Fernando ketika melewati kandangnya dengan jelingan tajam.
Sudah dua minggu Luca tidak pulang-pulang lagi, aku memikirkan nasibku yang berada di dalam penjara mewah ini. Entah sampai bila aku harus bertahan begini, selama ini aku fikir cerita-cerita begini hanya wujud di dalam tv, aku tidak sangka terjadi kepadaku.
Sebelum ini Luca mencadangkan aku menyambung belajar di universiti tempatan di situ, tetapi orang yang sudah kahwin ni tau sajalah mood nya selalu ke laut, takut pula aku tidak mampu lagi menumpukan perhatian dan keluarga sendiri nanti. Tapi dalam keadaan begini rasanya 10 ijazah aku boleh ambil sehinggalah aku tua dan sudah tidak mampu berjalan lagi untuk ke universiti.
Aku perlukan sesuatu untuk mengalihkan perasaan yang tertekan ini, agar aku tidak stress dan gila di buatnya. Menunggu Luca bagaikan menunggu bulan tumbuh tanduk, iya juga bila dia sudah di hadapanku duluan juga hati ini cair dengan setiap kata-katanya dan sentuhannya.
Esok pagi awal pagi benar aku bersiap dan mengenakan gaun panjang yang berwarna putih dan kemeja blouse putih yang agak nipis, memandangkan hari semakin panas di luar. Dari anak tangga lagi aku sudah mendengar riuh rendah dari arah dapur. Aku tidak menyangka begitu ramai suku sakat Luca datang pada hari ini, seperti hari istimewa bagi semua orang.
Aku memeluk seorang demi seorang, kini hampir semua mereka sudah ku kenali hanya bahasa saja yang belum berpihak pada ku. Di luar suara kanak-kanak berlari riang bermain dengan satu sama lain, aku melihat bapa mertua ku duduk mengunyah roti keras di bawah dahan pokok.
"Bongiorno papa.(Selamat pagi)" Sapaku, dan duduk di sebelahnya.
"Mi dispiace Luca non c'e giornata bella come cosi. Ma, piano piano tu abituarsi. (Im sorry Luca tiada di sini pada hari indah begini. Tetapi perlahan-lahan kau akan dapat membiasakan diri dengan semuanya ini)"
"Grazie papa.(Thank you)" Balas ku walaupun aku hanya memahami yang dia sedih untuk ku kerana Luca tidak berada di sisiku ketika ini.
Bapa mertuaku orangnya paling cool sekali, dia menyayangi aku seperti anaknya sendiri. malahan apa-apa yang terjadi dia akan bertanyakan akan diriku dahulu barulah Luca. Pakaiannya sentiasa kemas, berkot dan bertali leher. Raut wajahnya yang berkedut itu nampak bersih tanpa janggut, tidak seperti Luca baru 3 hari tidak bercukur pipinya tampak hitam dengan janggut-janggut yang mulai tumbuh dengan lebat.
"Hey, girl lets go..what you waiting?" Jerit Emiliano kepadaku, aku memegang tangan bapa mertuaku dan meminta izin padanya untuk turun sama ke ladang anggur itu. Dia mengangguk senyum tanpa banyak bicara.
"Why you dress in white? You have baptism today?"
"Why? White color not allowed?"
"You can use any color you want, yeah..no worry, you have maid..give them more work to do or else they will be fat."
"Huh?" Aku mengerutkan kening ku kerana masih tidak faham.
"Ok, lasciate che la festa si comincia. (Let the fiesta begin)" Jerit Emiliano pada semua orang yang menanti di situ. Tidak kira perempuan dan lelaki, tua dan muda semuanya bersorak gembira. Ala, macam orang-orang kampung kita gotong royong katam padi tu, ahhh.. macam tulah.
"Let try this.." Emiliano menyuap aku sebiji buah anggur yang tersangatlah kecil saiznya dari kebiasaan anggur yang ku lihat. Cepat-cepat aku mengelengkan kepalaku kerana rasa manisnya betul-betul sampai ke buang pinggang. Lebih manis dari madu asli, sekilo gula melaka juga tidak dapat menandingi rasanya.
"I know. Its good for the wine, raisin and many other." Senyumnya, dan kemudian menggunting tankai demi tangkai yang lebat di penuhi buah anggur itu lalu memasukan ke dalam bekas yang di sediakan.
Menjelang tengahari dengan matahari tinggi di langit biru semua orang berkumpul pada bekas kayu yang besar, sebesar dan setinggi tangki air. Berkarung-karung anggur yang di kutip di masukan ke dalamnya, sekumpulan wanita-wanita memanjat naik ke atas. Beberapa orang pemuda sudah pun bersiap sedia dengan gitar, tamboring dan beberapa peralatan muzik asli lain yang tidak pernah ku lihat. Siap dengan penyanyi utama dan latar rancak mendendangkan lagu-lagu tradisional mereka. Ada yang menari dengan pasangan masing-masing, yang lain pula sibuk menyiapkan meja makan yang begitu panjang di sambung-sambung.
Wanita-wanita di atas tadi mula pijak memijak anggur-anggur yang di tuangkan dalam bekas kayu itu, untuk apa dan kenapa mereka melakukan itu aku sendiri tidak berpeluang bertanya, kepingin agaknya bermain lumpur, tapi bila dah tua-tua tu rasa segan pula kan samalah juga dengan anak gadis, kalau main lumpur di luar tu jatuhlah saham.
Belum sempat aku melayani buah fikiranku, Emiliano mendukung aku bersama seorang pemuda lagi untuk di naikan ke atas. Aku menjerit kecil kerana tidak mahu menyertai mereka, tetapi yang di atas pula sudah terlebih dahulu menyambut aku ke dalam. Habis gaun putihku terkena.. plashhh..plasshhh dengan percikan anggur yang di pijak mereka. Inilah pertama kali aku bermandikan anggur.
"Luca, sei qui, non l'abbiamo visto.(Kau ada di sini, kami tidak menyedari kedatangan kau)" Beberapa suara menyebut nama Luca. Aku melihat ke arah bawah dan mencari-cari, harap-harap bukan Luca yang lain. Sepupunya saja suda 4 orang bernama Luca dengan bin yang sama. Mengikut tradisi mereka anak lelaki pertama akan di namakan sempena nama datuk mereka. Jadi bayangkan lah 4 cucu lelaki semuanya nama yg sama.
"Amore, scendi qui.. (Sayang, mari turun)" Luca berada di bawah menolak pinggang. Senyumanku sampai di telinga terus melihat Luca ku di situ. Beberapa orang membantu aku turun dan di sambut oleh Luca di bawah.
"Ti diverti (You having fun)" Tanyanya kemudian menciumi bibirku di depan semua orang di situ.
"Go now.. before i catch you." Bisiknya. Aku senyum seakan-akan faham akan tanda isyarat itu, dan terus saja meminta diri pergi dengan alasan untuk menukar pakaian.
Baru saja aku berada di tingkat dua Luca sudah pun mengejar di belakang, laju langkahku melihat kesungguhannya naik.
"I got you." Dia memeluk aku dan menolak pintu bilik dengan kakinya.
"Let me take shower.."
"Why? You smell nice and sweet." Dia mula menjilat bahu dan pokok leherku.
"Mmm.. our uva this year as good as last year."
"Hey.. i want to ask you something about..10 years ago,"
"Uuuh.. Now here we begin.." Dia menanggalkan pakaianku kemudian mengangkat aku ke dalam tab mandi, mengunci pintu bilik air itu dan terus menanggalkan baju dan seluarnya..
"10 years ago? We'll talk when we finish our business." Sambungnya dan masuk bersama ke dalam tab mandi itu.to be continued..
YOU ARE READING
My Sicilian Husband
RomanceApakah yang seorang lelaki mahukan? Apakah yang suami anda inginkan? Sehingga manakah anda mengenali pasangan anda? My Sicilian Husband menceritakan bagaimana seorang wanita cuba untuk mengubah hidup dan kebiasaannya untuk menerima siapakah orangnya...