Ketiadaan Luca aku gunakan untuk memperbaiki bahasaku dalam kelas signor Drago dan mempelajari selok belok kehidupan seorang wanita sicily dari ibu mertuaku. Dia mengajar aku banyak perkara dari segi masakan, menjaga hal-hal rumah tangga, perladangan dan juga cara-cara mengawal hati ini ketika nasib suamiku tiada siapa yang tahu di luar sana.
Hanya kepada dia tempat ku bermanja dan mengadu susah sakit ku di rumah, tau sajalah emosi perempuan mengandung tunggang terbalik selalunya. Tengahari itu sedang aku memasak di dapur, tiba-tiba aku terdengar suara orang bising di halaman luar. Segera aku memadam api di atas gas dan keluar melihat apa yang berlaku.
Aku bertanya kepada Luigi anak sepupu Luca yang datang dua kali seminggu membesihkan bangsal di rumah ini. Emiliano tidak berada di situ, Aldo pula mengikuti Luca, bapa mertua ku keluar dari pagi lagi.
"Cosa cerchi...(apa yang anda cari)" Tanyaku pada lelaki-lelaki di situ, entahlah mana satu bos mana satu kuli. Semuanya ku nampak sama saja muka gengster.
"Luca non c'e.. (Luca tiada?)" Jawab seorang lelaki yang lebih rendah dariku. Rambutnya yang ikal itu panjang hingga ke paras bahu.
"Non c'e.. (Tiada)" Sudah tahu bertanya pula, aku sangat pasti mereka datang membuat kacau. Mungkin kerana ini bukan pertama kali buatku, aku lebih tenang kali ini.
"Ehehehe.. Lui.. (Dia tinggalkan keluarganya begitu saja? Kau isterinya kan? Kami mahu tuntut rugi terhadap barang kami yang di rampas di sempadan Swiss beberapa hari yang lalu. Semuanya kerja dia, ingat kami tidak tahu dia jual beli maklumat dengan si Tanglung?)" Lelaki pendek itu jalan mundar-mandir di hadapanku,
"Ma.. (Tapi itu hal kau dengan Luca, kami tidak masuk campur urusan kerja dia. Baik kamu pergi dari sini)" Aku memberanikan diri lagi.
"Catalano.. (Catalano, apa kau mau datang ke sini? Kau tidak ingat amaran yang di beri Luca dulu, berani lagi kau pijakan kaki ke sini?)" Jerit ibu mertua ku yang baru keluar dari muka pintu.
"Signora Bianchi...(Puan Bianchi.. saya hampir lupa puan ada di sini. Saya perlu selesaikan perkara ini dengan Luca, bagaimana harus saya ganti barang yang hilang itu?! Dia ingat kami takut dengan dia hanya kerana dia di lindungi orang-orang besar)" Lelaki itu naik berang, ibu mertua ku sedikit pun tidak kelihatan gentar.
"...(Dia lupa, bila dia berlagak jadi hero, dia tinggalkan keluarganya di belakang sendiri. Nampaknya kami datang sesuai dengan masanya. Ayuh, kita pergi dari sini..kita harus membuat persiapan)" Katanya lagi dan terus beredar pergi. Walaupun aku tidak faham maksudnya sangat, tapi buat saat ini aku lega kerana pergaduhan itu tidaklah panjang sangat. Mujur ada ibu mertuaku, dia kenal hampir semua mereka dan tahu bagaimana untuk mengawal keadaan ini.Petang itu Emiliano datang menghantar belanja dapur untuk minggu hadapan, katanya dia mempunyai urusan dalam beberapa hari dan tidak dapat datang ke rumah ladang itu nanti. Memandangkan hari itu adalah hari minggu, semua pekerja di rumah dan di luar rumah bercuti. Tinggalah aku, ibu dan bapa mertuaku. Selepas makan malam kami duduk di ruang tamu, aku menemani bapa mertuaku bermain catur yang belum lagi ku mahiri, itu pun aku belajar dari dia. Manakala ibu mertuaku sibuk mengait baju-baju budak untuk cucu pertamanya ini, itupun sudah berkali-kali dia mengajar aku, tapi entahlah degil betul kepalaku untuk menerima masuk.
Kami naik tidur lebih awal seperti biasa, kebaikannya berada di rumah ini jauh dari bunyi-bunyi bising, pada malam hari jelas kedengaran bunyi unggas berbunyi, tidak kurang juga bunyi nyamuk lalu-lalang di cuping telinga. Bayi dalam perut ku juga sudah mulai bergerak riang, pusing-pusing sampai kadang kala aku juga tidak senang tidur. Baru juga kemarin dulu aku pergi ke klinik untuk temujanji ku dengan Doktor Navarra, dia bertanyakan aku seandainya aku mahu mengetahui jantina anak ini, tetapi aku segera menggeleng-gelengkan kepalaku. Kerana mahu berkongsi saat-saat indah itu bersama Luca apabila dia kembali nanti, yang entah bila ada khabarnya.
Malam itu aku terasa lebih panas dari malam-malam sebelumnya, aku mencapai telefon ku dan melihat jam baru pukul 3:10 pagi. Aku paksakan lagi mataku untuk menyambung tidur tetapi makin panas pula ku rasakan. Malam itu juga baunya seperti bau unggun api yang di buat oleh bapa mertuaku selalu di luar rumah semasa musim sejuk, untuk memanaskan badan.
Aku bangun dan mencapai gelas di tepi meja berdekatan, tetapi kosong. Masa tekak haus pula tiada air. Terpaksa aku bangun untuk turun ke bawah mencari air. Alangkah terkejutnya aku apabila membuka pintu ruang bawah rumah itu berapi. Gelas di tangan ku jatuh pecah. Aku masuk ke dalam bilik kemudian menutup pintu semula. Aku panik tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku mundar-mandir di dalam bilik itu untuk beberapa saat, tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Ku capai telefon bimbitku dan mengambil selimut di atas katil kemudian melangkah dengan laju menuruni anak tangga menuju ke bilik mertuaku.
"Mamma....mamma... apri la porta! (Open the door)" Pintu itu ku tampar-tampar, tapi dengan jenis kayu keras dan tebal lagi aku tidak tahu kalau-kalau mereka mendengar jelas jeritan ku, apatah lagi orang tua kalau tidur..
"Papa... mio dio.. (Oh God!)" Aku sedaya upayanya menjerit dari luar, entahlah kenapa orang tua ini berkunci pula bila tidur. Aku mulai terbatuk-batuk dengan asap api yang semakin naik di tingkat satu itu.
"Mamma... apri la porta," kenapalah dengan orang tua ni.. aduiii, jangan-jangan mereka dan pengsan sebab terhidu asap ni? Cepat-cepat aku menggeleng-gelengkan kepalaku untuk tidak berfikir yang bukan-bukan. Aku mendail nombor Luca dan dalam masa yang sama menghentak-hentak pintu itu.
"Luca... pick up your phone. Damn!!!" Masuk ke dalam peti suaranya.
"Chi c'e?... (ada apa)" Kata bapa mertuaku membuka pintu. Belum sempat aku menjawab, dia hampir terlompat masuk ke dalam mengejutkan isterinya.
"Sveglia Lucia.. (Bangun Lucia, bangunnn!)" Habis seluruh tubuhnya di goncang bapa mertua ku, buat seketika bapa mertuaku mencari jalan untuk keluar dari situ memandangkan tangga untuk turun ke bawah sudah pun di naiki api.Itulah pertama kali aku melihat dengan kedua-dua biji mataku kegilaan api sebenar yang kata orang kecil-kecil menjadi kawan bila besar bukan calang-calang lawannya. Mataku, hidungku juga pedih dengan kepulan asap yang semakin banyak. Manakala api terus marak menjilat hampir keseluruhan tingkat bawah rumah itu.
"Metti questi.. (Pakai ini anak ku, tutup kepalamu sekali)" Dia mengarahkan aku memakai jubah tebal untuk musim sejuk itu, yang telah pun di basahkannya terlebih dahulu, kemudian membalut aku dengan selimut lagi. Begitu juga dengan ibu mertuaku, mau tidak mahu kami meredah juga menuruni anak tangga itu, tetapi bila sampai di bawah pintu utama rumah sudah tidak boleh di lihat lagi, kami lari ke bahagian dapur tetapi di halang oleh bapa mertuaku kerana takut-takut gas di sana akan meletup.
Doa ku lintang pungkang di dalam hati kecil ini, tiada satu pun dalam kepalaku, melainkan ingin keluar dari situ secepat mungkin. Kerana batuk ku sudah semakin teruk ku rasakan. Aku berhenti seketika memegang perutku dan terbatuk lagi. Bapa mertuaku segera mencapai bekas penyiram bunga di situ dan membasahkan seluruh wajahku. Kemudian dia menolak meja bulat yang di buat daripada batu marmar itu ke arah pintu belakang. Ibu mertuaku juga sudah ikut terbatuk-batuk, begitu kuat pegangannya padaku. Hanya tuhan saja yang tahu ketakutan kami pada waktu itu, namun dengan sisa-sisa kekuatan yang ada kami berusaha juga untuk hidup.
Baru tiga kali dia menolak meja itu ke pintu belakang agar terbuka, entah apa benda yang meletup berhampiran dengan kami. Teriak ibu mertuaku dan memeluk aku dengan segera, walaupun dengan kain tebal-tebal dan basah lagi ku guna untuk menutup badanku, pun begitu aku masih terasa bahang kepanasan api itu pada kulitku.
Masalahnya tiada tempat lagi untuk kami berteduh dari turut di jilat api, berdiri di lantai simen itu juga sudah tidak selamat, begitu cepat api merebak di setiap ruang dalam rumah itu.
"Nino... Sbrigati Nino. (Nino..cepat Nino)" Jerit ibu mertua ku pada suaminya, yang masih menggunakan daya kekuatannya di umur 70 tahun itu untuk menolak meja yang berat tidak terhingga.
"Aiutooooo... (tolong.. tolong. Oh tuhan tolonglah, selamatkan lah menantu dan cucuku. Hanya itu aku pinta padamu)" Suara tangis ibu Luca meminta tolong itu betul-betul menakutkan aku. Harapanku untuk keluar dari sini juga semakin pudar, nafasku juga sudah tidak teratur.
"Oh..Dio!!! Oh..Dio!!.. (Oh Tuhann..Oh Tuhann..)" Jerit bapa mertuaku pula kali ini.Letupan-letupan kecil dalam rumah itu semakin menjadi-jadi, aku tidak pernah sangka bunyi api yang sedang marak begitu bising sekali. Aku tidak mendengar apa-apa lagi selain dari kemarahan api yang menyala-nyala. Sudah dekat sejam kami terperangkap di dalam kebakaran itu, pun begitu tiada tanda-tanda api akan padam dengan sendirinya.
to be continued...
YOU ARE READING
My Sicilian Husband
RomanceApakah yang seorang lelaki mahukan? Apakah yang suami anda inginkan? Sehingga manakah anda mengenali pasangan anda? My Sicilian Husband menceritakan bagaimana seorang wanita cuba untuk mengubah hidup dan kebiasaannya untuk menerima siapakah orangnya...