Part 11

50 0 0
                                    

   Sudah dua minggu aku di sini di tempat baru, aku melihat pasport, dokumen sementara ku di negara ini, beberapa keping wang tunai dan juga pistol! Ya, pistol Luca itu juga ku tapau sama sewaktu melarikan diri tempoh hari. Entahlah kenapa bengap sangat aku membawa benda tidak berfaedah itu. Kalaulah ada polis yang memeriksa aku tentu saja percuma aku di masukan ke dalam lokap. 

   Aku sudah pun bertanya beberapa kedai kalau-kalau mereka memerlukan pembantu, kerana aku ingin keluar dengan segera dari hotel ini dan menyewa saja bilik kecil di tempat lain demi berjimat cermat dengan perbelanjaan ku sekarang. Kalau tidak matilah aku kebulur di tepi jalan nanti. Tapi aku sudah nekad, kalau betul nasib tidak menyebelahi aku dengan wang kertas yang terakhir itu cukup untuk perjalanan aku pulang kembali ke rumah Luca.

Tetapi sebelum itu pantang mundur sebelum gugur,
"Grace, Leo mi ha detto tu puoi venire a sua negozio da domani in poi. (Leo beritahu aku, kau boleh datang berkerja di kedainya bermula esok)" Giada housekeeping hotel satu bintang tempat aku tinggal ini berkata pada ku.
"Veramente? Grazie, grazie tutto di cuore. (Betulkah? Terima kasih, terima kasih dengan sepenuh hatiku)" Balasku, ahhhh..kamu hairan italian ku semakin hebat? Mau hidupkan kenalah berdikari, ku paksakan juga lidah ini untuk menjadi lebih lembut cuba bercakap sepatah dua walaupun salah.
"Se va bene per te, la mia vicina disponibile questa sera, dopo mio turno possiamo andare guardare insieme. (Kalau kau ok, jiran saya free petang ini, selepas habis kerja nanti kita boleh pergi sama-sama tengok)"
"Va benissimo per me. Grazie ancora. Non so cosa fare senza tuo aiuto. (Aku ok. Terima kasih sekali lagi, tanpa pertolongan kau entahlah apa yang dapat aku buat lagi)" Aku mengucap syukur di dalam hati, tidak sangka doa ku di makbulkan tuhan.
   Nampaknya hidup baru ku akan bermula pada hari esok, aku cuma target untuk menyimpan sedikit wang sehinggalah aku dapat keluar dari negara ini tanpa bantuan sesiapa pun. Semoga aku cekal dalam menghadapi segala cabaran masa-masa yang mendatang.
"Posso controllare il tuo documente? Non voglio documente falso. (Boleh saya cek dokumen kau, saya tidak mau dokumen palsu)" Tanya tuan rumah itu.
"Si, subito, (Sudah tentu)"
"Perche sei venuta qua? Cosa fai tu qua a mio paese? (Kenapa kau datang ke sini? Apa yang kau mau buat kau datang ke negara aku)" Tanpa segan silu perempuan tua itu bertanya aku motif kedatanganku, perkataannya juga agak kasar.
"Hmmm..motivo di lavoro. (Motif saya ialah berkerja)" Aku cuba untuk menipu dengan muka yang jujur dan down to earth lah konon.
"Perche? Il tuo paese non si trova il lovoro? Tutti venire qua, a maggior parte dalla paese poveri. Avete trovato soldi per venire qua, ma non avete soldi per viviere di la? (Kenapa? Negara kau tidak ada pekerjaan? Semua pun mau datang di sini, kebanyakannya dari negara miskin, kamu ada duit untuk datang di sini tapi tiada duit untuk hidup di sana?)"

"La ecconomia non va bene per tutto il mondo. (Ekonomi tidak berapa bagus untuk semua tempat)" Mengalir darah panas ku di cakap begitu. Terus saja mengingatkan aku kepada pendatang-pendatang asing yang tidak mempunyai rumah, yang meminta sedekah, yang berkeliaran di sana sini, yang membuat jenayah kerana kehidupan yang terdesak. Begini pula tanggapan masyarakat tempatan terhadap pendatang asing di negara mereka. Aku tidak salahkan dia sehinggalah bilamana ayat-ayat itu di tujukan padaku sendiri.

"Puoi abitare qua, ma non voglio nessuno problema. Io ho diritto di caciarti via subito. (Kau boleh tinggal di sini, tapi aku tidak mahu ada apa-apa masalah pun. Dan aku ada hak untuk halau kau keluar bila-bila masa)" Dia menyerahkan aku kunci dan beredar pergi.

   Mahu mengalir air mataku di lemparkan kata-kata kejam itu, kalau Giada tidak ada di situ pada waktu itu sudah lama ku cari baldi untuk memungut air mataku yang semakin jatuh tidak tertahan ini. Raut wajah Giada juga kelihatan sudah berubah mendengar perbualan itu, mungkin dia rasa simpati pada nasibku. Tapi apa yang lebih penting tiada seorang pun yang tahu siapakah aku sebenarnya, ini bukanlah masa dan tempat yang sesuai untuk aku bermegah-megah yang ex suami ku berkawan keras dengan geng mafia? Apalah yang boleh aku banggakan dengan itu. Entah-entah aku di halau dari sini apabila mereka tahu akan hal itu, seperti katanya tadi dia tidak mahu ada sebarang masalah.

   Aku cuma perlu bertahan selama 5-6 bulan untuk menggumpul cukup wang dan membeli tiket sehala kembali ke negaraku dengan cara yang baik, tanpa mengejutkan sesiapa pun akan nasib sebenar ku di sini. Aku pasti Luca tidak akan memberitahu keluargaku, tentu dia takut keluarga ku akan datang ke sini dan membuat hal nanti. Mungkin juga dia belum pun pulang ke rumah pada waktu ini, dengan jadual kerjanya yang hanya dia yang tahu.

"Giada, grazie. (terima kasih)" Aku mengenggam kedua-dua tangannya.
"Non e' niente (Tiada apa-apalah)"
"Non lo so perche sei cosi buona con me, magari tu sei mio angelo che ha mandata dio per aiutarmi. (Aku tidak tahu kenapa kau begitu baik dengan aku, mungkin kau adalah malaikat yang di hantar tuhan untuk menolong aku)"
"Io non sono da qua, sono da Agrigento. Lo sai dove sono? (Aku bukan sebenarnya asal sini, aku dari agrigento, kau tau di mana tu?)" Katanya senyum-senyum. Berkelip-kelip mataku melihat dia.
"Errr.. dove esattamente? (Di mana sebenarnya tu?)" Aku mengerutkan sedikit kening, mengecilkan mata seperti tanda hairan dalam masa yang sama tunjukan rasa minat untuk tahu, dan memegang daguku.
"In Sicilia. (Sicily) Lo sai dove la sicilia? (Kau tau mana sicily?)"
"Hmm.. una isola grande vero? nella sud se non sbaglio. (Kepulauan besar kan? Sebelah selatan kalau saya tidak silap.)" Aku masih mengikut rentak permainannya.
"Giusto. Tu lo sai tanti cosa su Italia. Hai detto solo qualche mesi sei qua, ma si vede che ti informa meglio. (Betul. Kau tahu banyak perkara tentang itali. Kau bilang kau cuma baru beberapa bulan di sini, nampaknya kau sudah belajar dan bersiap sedia sebelum ke sini.)" Giada.

   Entahlah apa nasib ku berjumpa dengan orang kepulauan yang sama dengan suamiku, kalaulah aku bagitau dia aku melarikan diri dari kepulauan itu, apalah reaksinya nanti. Nasib aku tidak membuka mulut dan bercerita akan hal ini kepadanya. Aku tidak mahu merumitkan keadaan yang memangnya sudah rumit.

"Aahh.. Grace, ti presnto questo e mio fratello piccolo si chiama Andrea. (saya kenalkan ini adalah adik lelaki saya Andrea)" Giada meletakan tangannya di bahu adiknya itu. Lelaki segak seperti seorang model, rambut panjang-panjang ala David beckham, jambang-jambangnya di ukir dengan rapi. Bentuk mukanya yang bujur dan tulang-tulang rahangnya kelihatan begitu seksi pada pandangan mataku.
"Piacere, sono Grace. (Nice to meet you im Grace)" Kataku apabila sedar dari di pukau model kurus tinggi itu di hadapanku. Umurnya? Kau mau tahu umurnya ya? Lebih kurang akhir 20an lah. Eh, yang aku semangat nampak budak ni kenapa?

   Aku masuk ke rumah kecil itu, yang tidak mempunyai bilik langsung hanya terbuka luas di dalamnya. Di satu penjuru terdapat katil single bed, tanpa sofa, hanya beberapa kerusi kayu, di sebelahnya ada tab mandi dan mangkuk tandas, kemudian berdekatan dengan itu ada dapur kecil, peti sejuk  kecil dan sebuah almari entahlah untuk apa, almari piring atau pakaian.. aku juga keliru. Lantainya terdapat kesan degil kotoran yang memang tidak boleh hilang, mujur ada tingkap boleh juga aku bernafas.

   Sedih hatiku, tapi apakan daya inilah pilihanku. Siapa sangka aku datang baik-baik ke negara ini dan berakhir nasib seperti ini. Kecuaian ku kerana mempercayai orang terlalu cepat, kalaulah masa boleh di pusing kembali aku pastikan aku tidak akan membuat kesilapan yang sama.

"Mi scusi se disturba, voglio dirti che se hai bisogna qualcosa di aiuto, chiama me..in qualsiasi momento. Saro subito da lei. Ora siamo vicini di casa... (maafkan saya kerana menganggu, saya cuma mau bagitau kalau kau memerlukan sesuatu pertolongan, panggil saja saya pada bila-bila masa. Saya akan segera datang. Lagipun sekarang kita kan berjiran..)" Pesan Andrea. Aku hanya mengangguk-angguk dan senyum, hmmm..adakah perasaan aku saja atau kamu pun terhidu ada sesuatu di situ.

to be continued..


My Sicilian HusbandWhere stories live. Discover now