Part 13

42 0 0
                                    

Aku memberus perlahan-lahan kot kelabu dengan dakwat ink pen itu yang sudah hampir dua jam duduk bertenggek di dalam kamar ini. Entah apa punya bodoh orang yang menghantar kot ini untuk di cuci, apa dia ingat orang dobi ini ahli silap matakah, semua kesan kotoran boleh hilang di hantar ke sini. Mereka ingat dobi ini ada magik menghilangkan kesan degil agaknya, nanti koyak pulak kot mahal ini minta lagi ganti rugi.

   Baru semalam aku di marah habis-habisan kerana menggunakan sabun biasa bagi baju tebal yang di kait dengan benang bulu kambing biri-biri itu, manalah aku tahu benang itu begitu sensetif, jadi kecil terus baju tebal itu. Dari saiz xxl ke saiz M terus, bergegar aku memegang baju itu, memang aku akui kesalahan aku, kan di negaraku tiada orang yang pakai benang kambing biri-biri ini, ada pun yang persatuan kait mengait tu.. entahlah apa benang yang mereka guna, tapi tidaklah mengecil atau membesar pun.

   Inilah kalau tidak ada langsung pengalaman kerja di kedai dobi, ingat main sedap saja masuk keluar masuk, eh..eh.. jangan fikir bukan-bukan. Masuk keluar masuk kain-kain bah dalam pelbagai mesin basuh sini.

"Grace," Panggil Andrea.
"Eh, why are you here?" Aku terkejut melihat Andrea berada di situ, itulah kali pertama dia datang ke tempat aku berkerja.
"Its lunch time. I dont have class anymore. I thought maybe we can go for lunch together." Dia berdiri dengan beg galas di belakangnya. Sesekali dia menyelak rambut depannya ke atas.
"I dont know if i can go out now, as you see.. im in the middle of.."
"Leave it there, its time to eat. No one can say no when its time to eat!" Dia begitu yakin mengajak aku, mau pergi kah tidak...mau pergi kah tidak? Aku belum pernah keluar makan lagi selama aku berkerja di sini. Ada pun ku bawa bekal roti dan air masak saja, makan ketika semua orang sudah keluar dari kedai itu.
"Lets go." Andrea sudah semakin tidak sabar,
"Hmm..ok." Akhirnya, aku lepaskan kot itu di tanganku kemudian menutup kedai itu dengan baik sambil di perhati Andrea, baru beberapa langkah di hadapan aku kembali lagi cek semula pintu dan tingkap-tingkap untuk pastikan betul-betul sudah terkunci.

"You should let go your hair..like this," Andrea menarik getah sayur di rambutku, terburai terus jatuh melepasi paras bahu.
"Its hot." Kataku yang sudah pun tersipu-sipu malu.
"Lets eat risotto. (nasi)"
"Good idea." Aku tersenyum memandangnya. Di tepi jalan raya itu dia mengambil tanganku untuk melintas jalan raya besar di situ. Sesaat, dua saat berlalu, aku menunggu kata-kata dari hatiku, tapi aku tidak dengar apa-apa pun. Dari pergelangan tangan, pegangan tangannya turun ke tapak tanganku, dia mengenggam erat dan aku? Aku hanya membiarkan saja.
"Andre.." Bila konon aku mahu bersikap jujur, mulut ini langsung terkunci rapat. Apa perkataan pun tidak keluar.
"Yes?" Dia memandang aku. Kenapalah kau ni muda sangat, aduiii..yang aku pun sudah berlaki. Kenapalah aku tidak jumpa kau dulu. Astagha!!! Apa yang aku fikir ni. Baru dua bulan aku berjauhan dengan Luca suda begini jadinya diriku, kemaruk cintakah apa.
"Your sister work today?" Tanyaku mengalihkan tumpuannya.
"Yes, but she will be home early today. You want to see her?"
"I'll come over.. tonight."

   Kami makan sambil berbual-bual kosong, dari pandangan matanya saja aku tahu dia ada maksud tersirat. Oleh itu aku cuba mengawal diriku sekuat yang boleh, tidak ingin memberikan signal palsu yang boleh di salah tafsirkannya. Aku tidak mahu dia kecewa dan aku bertambah-tambah kecewa dengan permainan perasaan ini, aku tidak akan selamanya berada di sini, hanya beberapa bulan lagi dalam pengiraanku aku sudah boleh keluar dari sini dan pergi ke mana pun mahu ku.

   Aku menolak wangnya apabila dia memberikan kepada pelayan di situ untuk membayar makan tengahari kami. Adakah pula biarkan adik lagi yang bayarkan, yang masih sekolah lagi tu. Segera aku menghulurkan duitku,
"hey, this is our first date. I should pay."
"What?" Aku berharap sangat yang dia hanya bergurau pada waktu itu, aku tidak mahu perasaan itu melarat-larat.
"Lets go," dia hanya tersenyum dan tidak menjawab, rasanya dia sengaja membiarkan aku dengan teka teki itu.

"Ciao," Katanya sambil mencium pipiku,
"Hey, you cant do that." Aku menunjuk dia yang sedang berjalan secara ke belakang, dia senyum memandang aku lagi.
"Tomorrow i will do more." Dia menjerit dari kejauhan. Aku juga tersenyum malu-malu kucing.

"Grace, hai chiuso la porta prima sei andato? (Kau ada menutup pintu sebelum kau keluar?)" Tanya Signora Alba sebaik saja aku masuk ke dalam permis itu.
"Sure.. hmm..i mean si. (Yes)"
"Guardala.. qualcuna entrato e rubato tutti soldi della casa. (Tengoklah.. ada orang yang pecah masuk dan mencuri semua duit dalam mesin)" Dia menunjukan aku mesin kira-kira duit itu sudah pun kosong. Rasa takut aku di buatnya, selama aku berkerja di sini belum pernah ada kejadian begini terjadi, cermin tingkap itu di pecahkan, hanya duit yang hilang, nasiblah pakaian-pakaian pelanggan tidak di sentuh pun.
"Ma, quanto soldi l'hai perso? (Tapi, berapa banyak wang yang hilang?)" Aku berpeluh takut, atau memang kerana masa itu panas agaknya.
"Circa 2 mila euro. (sekitar 2 ribu euro)."
"What???!" Duit yang aku kumpul-kumpul pun belum sampai seribu euro dalam dua bulan ini. Begitu banyak sekali dia simpan di dalam mesin itu.
"Perche non l'hai chiesto me permesso uscito da qua. (Kenapa kau tidak minta kebenaran aku untuk keluar dari sini)"
"Ma, orario per mangiare? Io devo chiedere permesso uscire da qua per mangiare? (Tapi, masa untuk makan? Aku perlu minta kebenaran untuk keluar dari sini pada masa rehat untuk makan?)"
"Uno devi stare qua badare il negozio. Tu non puo uscire quando tutti noi uscire. (Salah seorang mesti tinggal di sini jaga kedai. Kau tidak boleh keluar bila kami semua keluar.)" Signora Alba terlalu marah dengan aku, sedangkan itulah pertama kali aku keluar makan dari tempat itu. Mahu saja aku beralwan cakap dengannya, tapi bahasa ku juga bukanlah betul sangat, lagipun sia-sia untuk menjawab orang tua ini.
"Tu devi pagare tutti soldi che abbiamo perso oggi. Questa colpa tua. (Kau perlu bayar semua jumlah wang yang hilang hari ini. Semua ini salah kau.)"
"Dami tutti tuo soldi ora, e io devo andare a polizia denuncia questo cosa. Se tu non vuoi prendere la responsabilita, portare te alla polizia. (Bagi aku sekarang semua duit yang kau ada, sebab aku mau pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Kalau kau tidak mahu bertanggungjawab, aku bawa kau ke balai polis juga.)" Signora Alba betolak pinggang di hadapanku, semua pekerja di situ juga mengelilingi aku melihat aku di marah.

   Aduh! Ujian apa kah ini yang tuhan berikan. Kalau aku bagi semua duit ku apalah duit simpanan ku lagi, nanti sampai di balai polis dia boleh cakap apa pun yang dia mau, dan tuduh aku bukan-bukan. Mahu tidak mahu aku bersetuju untuk bayar dulu dengan duit yang ku simpan, dan selebihnya potong dari gaji yang bakal ku terima pada bulan-bulan akan datang.

   Aku berlari semampu yang boleh untuk sampai ke rumah untuk mengambil semua wang simpanan yang ku sembunyikan. Dengan gaya Signora Alba itu tidak pasal-pasal aku masuk lokap nanti. Sudahlah aku lari dari penjara sekarang suruh aku masuk penjara lagi?

   Entah kenapa hari ini ada pula kereta mahal-mahal lalu di sini, ada orang kahwin mungkin. Jalan-jalan kecil di kawasan perumahan ini selalunya boleh di kira kereta yang lalu. Aku masuk ke dalam rumah dan membongkar beg pakaianku mencari duit yang ku kumpul-kumpul dua bulan gaji selepas tolak rumah sewa kecil ini dan belanja makan yang sangat ku jimat-cermatkan. 

   Mataku liar apabila aku mendengar suara-suara orang berbisik di luar rumah, apa lagi dengan bunyi-bunyi kasut yang sedang berjalan perlahan-lahan. Gulppp.. aku menelan air liur, biasalah tu asal cemas dan takut, rasanya air liur tu macam banyak saja bertakung di kerongkong. Hatiku tidak sedap, takut-takut kalau ada orang bernafsu juga mencuri rumah buruk begini.

   Aku mencari-cari pistol Luca yang ku ambil tanpa kebenaranya, pistol itu sudah pun berisi peluru di dalamnya. Seluar tidurku yang kugunakan untuk balut pistol itu ku buka dengan berhati-hati. Entahlah dari mana aku belajar semua adegan ini, begitu kuat hatiku untuk tidak mahu menyentuh benda haram itu, kuat lagi fikiran buruk ku mengingati apa yang terjadi di kedai dobi tadi. Apa pun yang berlaku, aku hanya mahu menakutkan dia, aku tidak akan menarik picu pistol itu untuk melepaskan tembakan. Bodoh, takanlah aku begitu berani untuk menembak kan. Pegang pistol pun terketar-ketar, inikan pula mahu menembak. Tapi aku perlu pertahankan diriku. Aku tidak mahu mati sekarang, bukan ini caranya aku mati.

   Berpeluh aku memegang pistol yang ngam-ngam saja dalam gengaman ku itu. Krekkkkk.... bunyi pintu di buka, aku sudah pun bersiap sedia mengacukan pistol itu ke arah pintu. 'Apa pun yang terjadi, selamatkanlah orang yang masuk ni." Doa ku yang terakhir di dalam hati.

to be continued...








My Sicilian HusbandWhere stories live. Discover now