Selepas saja upacara pengkebumian kedua-dua mertuaku Aldo menghantar aku pulang ke rumah terlebih dahulu, sementara Luca masih melayani tetamu-tetamu yang datang di rumah ladang itu. Kedua-dua kaki ku bengkak, perut ku juga rasa kejang di sana-sani. Aku sengaja tidak memberitahu sesiapa terutama Luca, kerana tidak mahu menjadi perhatian mereka dalam musim-musim begini.
"Dont look at me like that." Aku menjeling pada Aldo yang dari tadi asyik memerhati setiap pergerakan ku, aku rasa dia tahu aku sedang kesakitan. Tetapi dia membuat tanda isyarat mengunci mulut dan membuang kuncinya. Setiba di muka pintu rumahku, untuk membuka pintu juga aku rasa tidak larat, cepat-cepat aku bersandar pada dinding kerana tidak mahu terjatuh, manakala Aldo pula cepat-cepat memegang belakangku, agaknya dia juga takut kalau-kalau aku jatuh pengsan.
"Dont touch me." Marah ku lagi, dia menarik terus tangannya.
"Uffffffff....huuuuuuu..uffffffff...huuuuuu." Aku menarik dan menghembus nafasku untuk mengawal kesakitan itu. Orang-orang yang sudah pernah mengandung mesti tau trick' pernafasan tu kan, yang belum kahwin harus belajar, yang lelaki pun perlu menimba ilmu juga untuk bininya masa akan datang.Aku duduk di katil perlahan-lahan Aldo tunduk menanggalkan kasutku, ku biarkan saja. Kerana sakit perutku betul-betul merisaukan aku. Berkali-kali ku bisikan pada bayi ini agar bertahan beberapa lama lagi, dia masih terlalu kecil untuk bertarung hidup dalam botol di hospital itu nanti. Aku bangkit ke kamar mandi dan membuka baju, ku penuhkan air suam-suam kuku saja dalam tab mandi dan aku masuk berbaring di dalamnya.
Sesekali aku terbayang-bayang akan kejadian kebakaran itu setiap kali aku menutup mata, aku menjadi panik dan trauma dengan sendirinya. Aku takut apabila aku membuka mata aku akan berada di tengah-tengah api yang sedang menyala.
Luca sampai dan menutup pintu kamar itu, dia menanggalkan pakaiannya dan ikut masuk di dalam tab mandi. Dia duduk di belakangku dan memeluk aku sambil-sambil mengusap perutku.
"Calm down..now, calm down. Papa is here, you will be alright." Ucapnya berulang-ulang kali, pelukannya yang erat itu membuatkan aku rasa selamat dan selesa. Entah bila aku terlelap, dan rasa sakit tadi sudah pun berkurangan, bayangkan hanya beberapa jam saja aku tidur semalam, kalau lah telefon.. memang bateri betul-betul 0%, tidak boleh hidup langsung.
Bila aku sedar aku sudah pun berada di atas katil.. masih bogel. Hanya selimut itu yang menutupi tubuh badanku. Luca datang membawa makanan, spaghetti bolognese kegemaranku.
"You go back to Malaysia tomorrow. I called your family and told them what happened. But i did not tell the whole story, im afraid your mom.."
"Im staying." Aku memotong percakapan Luca.
"I cant take care of you now. How can i leave you alone here?"
"What? You leaving again? When?"
"I dont know.. soon i think. I can not send you to the farm house. No one allowed to be there after the service today."
"Im Stayyyyyy...ing.."
"I cant focus if i know you alone in this house."
"Tell me Luca.. who did this?"
"I dont know.. i dont have any idea."
"Really Luca? You dont know? Or you dont want to tell me?"
"I cant say..or just point finger to anybody..without evidence. Thats why i want you out from this country, from Europe!"
"Dont you..see how big my belly now? How can i move here and there in this situation?"
"Then, you must stay in this house. Dont go anywhere and dont accept any visitors. Stay quietly here, i'll promise you im going to let them pay for what they did." Janji Luca padaku, dia memeluk aku lagi.Malam itu dua kali aku terbangun dari tidur, tidur yang terkejut-kejut. Masih terngiang-ngiang suara ibu mertuaku menjerit meminta tolong, dari dalam rumah yang panas di jilat api. Tangis ku juga tidak henti-henti ketika itu, takut dan cemas. Sepanjang malam Luca memeluk aku tidur, dia juga tidak senang tidur kerana asyik berjaga-jaga dan memerhatikan diriku.
Hati suami mana tidak luluh hatinya melihat keadaan isteri begitu, apa lagi dengan kehilangan kedua orang tuanya sekaligus. Walaupun Luca tidak menunjukan kekesalannya tapi aku tahu dia menyalahkan dirinya akan apa yang terjadi ini, tinggal saja dia tidak membuka mulut.
"Luca.. abbiamo problema.. (Luca kita mempunyai masalah)" Aldo yang bermalam di rumahku semalam datang masuk ke dalam bilik tidur kami tanpa minta izin lagi, nasiblah kami tidak buat apa-apa, dan berbaju juga masa itu.
"Che c'e... (ada apa?)" Dia mengambil telefon dari tangan Aldo dan keluar dari bilik itu untuk bercakap. Hatiku di jentik lagi seperti ada sesuatu yang tidak kena.
"Take out all the cash." Arahnya kepada Aldo, ketika masuk ke dalam bilik. Dia duduk di hadapanku dengan muka semacam.
"Listen, amore.. I want you to calm down and rilex, im going to tell you something." Luca memegang kedua-dua tanganku..
"I... I love you so much, and our baby too." Luca memandang tepat ke dalam anak mataku.
"What is it Luca? Whats wrong?" Tanyaku tidak sabar mengetahui apa yang susah betul untuk dia lafazkan.
"Tutto ok... (semuanya ok)" Aldo masuk dengan tergesa-gesa memberitahu Luca.
"Vai.., vattene..! Ora!!! (Pergi, pergi dari sini, sekarang juga!)" Tinggi suara Luca memberitahu Aldo, tetapi matanya masih memadang ke arah aku.
"Luca.. i dont like this.., tell me." Aku merayu.
"I am sorry, im making your life this hard. I never imagine all this will happen to us. Remember, dont trust anyone, including my relatives. If you need something call Aldo. He might not be with you all the time, so stay strong and dont be sad."
"Luca..what are you saying..."
"I promise you..i will be there when our baby..." Belum sempat Luca menghabiskan kata-katanya, kedengaran bunyi bising dari ruang tamu, seperti satu kumpulan bola sepak menyerbu rumah ku.
"Io ti amo...Grace." Sebaik saja dia berkata itu kepadaku, 4 orang pegawai polis berseragam lengkap masuk ke bilik kami dan menarik Luca dengan tanganya di letakan ke belakang dan di gari.
"What is this? Who are you? Luca.. tell me.. what is happening?" Aku binggung bila mana rumah ku habis di selongkar, peti besi Luca di pecahkan, semua document dan kertas entah apa-apa di ambil dan di masukan ke dalam kotak yang mereka bawa.
"...(Kau ialah isteri kepada Luca Catanzaro?)" Tanya seorang lelaki yang berkot hitam tanpa tali leher.
"..(Ya)" Jawabku pendek.
"..(Kami perlu menahan dia sekarang juga, kerana dia di tuduh mengedar heroin kepada beberapa kelab malam)"
"What? What nonsense is this? Luca..is this joke?" Aku naik marah mendengar pertuduhan itu.
"Amore, dont be scared. Trust me." Jawab Luca dengan muka selamba walaupun di gari."...(kami menjumpai beberapa paket ini tuan)" Lapor seorang anggota polis dan menunjukan beberapa bungkus plastik kecil-kecil yang mengandungi semacam tepung di dalamnya.
"Luca... this is not true..right? Is this another dream?" Aku segera bertanya kepada Luca.
"...(Kami akan membawa suami puan dulu, dan selepas menjalankan siasatan..sekiranya puan turut terlibat dalam hal ini kami akan membawa puan sekali.)"
"...(Dont touch my wife. Leave her alone)" Jerit Luca kepada pegawai berkot itu.
"Amore.. shhhh..shhh.., calm down, sit now, take a deep breath.." Luca menenangkan aku apabila dia melihat aku mulai teresak-esak menangis. Dugaan apalah ini, datang silih berganti.
"...(Kamu tidak lihat dia berbadan dua? Kamu tidak perlu datang dengan cara ini ke rumah ku, sekarang.. ayuh pergi dari sini)" kata Luca yang marah dengan pegawai itu, rumah ku berselerak, sana-sini barang bertaburan di atas lantai.
"Trust me.. i will solve all of this, and come back to you." Dia berusaha mengukir senyuman kepadaku,
"I bought your favorite ice cream this morning, it will help you to calm down." Itulah kata-katanya yang terakhir padaku, dalam tangisku melihat dia di bawa pergi.Aku terduduk di lantai, melihat seluruh bilik itu yang di selongkar tadi, tiada langsung rupa bilik sudah. Bagaimana aku boleh menahan air mata dan raungan tangis ku? Ujian ini terlalu berat bagiku, inikah pembalasan kepada semua saat-saat manis yang aku lalui di awal perkahwinan ku, yang orang bilang secocok, yang di puji bahagia, tidak kurang juga di sanjung-sanjung, marriage goal konon. Sekarang, aku sendirian melalui semuanya ini. Apakah yang akan terjadi pada diriku selepas ini??!
"Makkkkkkk..oh makkkk." Aku menangis sekuat hati dan memanggil ibu ku di tanah air, bila susah mama juga yang di cari.
to be continued..
YOU ARE READING
My Sicilian Husband
RomanceApakah yang seorang lelaki mahukan? Apakah yang suami anda inginkan? Sehingga manakah anda mengenali pasangan anda? My Sicilian Husband menceritakan bagaimana seorang wanita cuba untuk mengubah hidup dan kebiasaannya untuk menerima siapakah orangnya...