Part 29

51 0 0
                                    

Sudah beberapa hari aku tidak mendengar mengenai berita Luca, yang peliknya Aldo juga tidak datang-datang lagi ke rumahku. Jauh di sudut hatiku mereka menyembunyikan sesuatu yang sememangnya padah menimpa mereka sekarang ini. Hari-hari aku berdoa agar apa yang dikatakan Luca itu bahawa dia tidak bersalah adalah benar-benar tidak bersalah.


   Apa yang aku takutkan kini ialah bagaimana harus ku teruskan hidup tanpa wang ringgit dan segala-galanya. Berkali-kali aku bodohkan diriku kerana tidak balik saja ke tanah air apabila Luca mendesak aku beberapa kali. Sekarang ini, entahlah apa akan jadi aku di rumah ini tanpa segala-galanya. Semua bank dan kad bank Luca di bekukan, segala barang kemas yang ku terima daripada hadiah perkahwinan ku sebelum ini juga hangus terbakar di rumah ladang itu.

   Barang-barang di peti sejuk juga hampir-hampir habis semuanya ku makan, bayam yang selam ini tidak ku sentuh langsung juga sudah ku tumis kemarin. Susah-susah hidup ku semasa kecil tetapi tidak pernah lagi sesusah begini. Aku betul-betul tidak boleh bergerak, aku telefon Aldo berkali-kali tetapi telefonnya di matikan.

   Mahu tidak mahu aku menelefon Emiliano meminta dia membawa aku ke rumah ladang untuk melihat-lihat kalau-kalau ada yang tinggal boleh ku guna untuk ku tukarkan kepada duit. Kalau minta terus daripada Emiliano pula rasa segan di hatiku. Belum pernah aku meminta dengan sesiapa di sini. Mahu berkerja seperti yang aku buat di Napoli sebelum ini pun, siapalah yang mahu mengambil aku berkerja dengan perut yang besar ini.

"Do you hear anything about Luca?" Tanya Emiliano kepadaku,
"No." Jawabku pendek.
"You think he do it?"
"I dont know."
"He never tell you anything?" Tidak habis-habis dia menyiasat aku.
"No."
"I need money to plant the uva. Its about time." Emiliano menyuarakan hasratnya,
"How much?"
"3 thousands euro."
Gullllp... aku menelan air liur, satu euro pun aku tidak ada ini kan pula 3 ribu.

"I know you dont have the money. But if we dont start now..no uva next year." Dia menjelaskannya lagi.
"Why dont you use your money first?" Aku memberanikan diri,
"If i have.. i will not ask you. Im broke. All my money gone, my saving..everything. My wife took it all and run with her ex boyfriend." Terang dan jelas ceritanya.
"Dont you have boyfriend before this? Before Luca...?" Emiliano bertanya, dan aku mengangguk kecil.
"Then..what are you waiting for? Run with him." Dia memandang aku, aku juga menjeling dia sekali imbas, geram.
"No, dont get me wrong, you will only face problem no stop..if you with Luca. He's not a mafia, but you dont know? He's the boss among all mafia. Hahahaha.." Ketawanya mencurigakan ku.
"He control everyone, all the mafia sell information to him, reward him and give money to him, for his loyalty, for his power in this town. Thats what my uncle did..all his life." Dia sesekali meludah ke tanah, dan kemudian menyambung kembali.

"The day Luca born, you know how much gold and presents his parent received? The hospital he died? is after his name. He build that hospital from all the presents he received." Dia berpeluk tubuh, terkejut juga aku mendengar cerita itu. Luca tidak pernah memberitahu aku selama ini.
"When he got shot and almost died at the age 45, he said..now stop. Its time for me to focus on family and spend time with my wife, and Luca just graduated from Denmark University. He was sent there because Denmark..country free from coruption and mafia. But when he came back he signed to take his father's place."
"If you need anything.. call me, i'll be here." Kata Emiliano apabila kami sampai di rumah yang hangus itu. Baru saja aku mengalihkan beberapa batang kayu yang sudah pun menjadi arang, telefon ku berbunyi nyaring.

"Pronto.. (Hello)" Sapaku,
"Hei, bellissima... (si cantik)" Suara yang pernah ku dengar tetapi di mana? Aku melihat kembali nombor yang tertera di skrin telefon ku, langsung tidak ku kenal.
"Errr..." Aku tearagak-agak untuk bercakap.
"Eheheeh.. Its Andrea." Jawabnya,
"Andrea??!" Aku seakan-akan bertanya kepada diri sendiri.
"How many Andrea you know?" Tanyanya lagi.
"Ahhh..Andrea, ohhh..im sorry.. i did not recognize your voice, how are you?" Aku tersenyum lebar mengingatkan budak semboy yang ku tinggalkan dengan perasaan tergantung di Napoli beberapa bulan yang lalu. Inilah pertama kali dia menghubungi aku sejak aku balik ke tanah Sicily bersama Luca.

   Tidak ku sangka sama sekali dia berada di situ ketika itu, dia ingin berjumpa denganku, aku pun cepat-cepat bersetuju kerana sudah lama aku tidak mendengar perkhabarannya. Kami berjanji untuk bertemu di pantai berhampiran dengan rumahku, memudahkan aku berulang alik ke rumah nanti.

"Owhhh..wow. Im not expcting this?" Dia menutup mulutnya melihat aku berjalan menuju ke arahnya. Aku tahu apa yang dia maksudkan.
"I know, sorry for not telling you earlier."
"How far along are you?"
"Almost 7." Aku tersenyum bangga dan mengusap-usap perut ku.
"So, why are you here?" Tanyaku,
"Just checking on you."
"What?"
"I heard.. things not went so well with you. Thats why i came."
"How you know?"
"I have my source."
"Hahahaha.. you mean the newspaper?" Aku bergurau dengan dia, untuk seketika aku lupa akan semua masalah yang ku hadapi. Perasaan ku pernah di usiknya sekali tidak lama dulu, aku terlupa akan semua itu, bagaimana kami menjadi rapat dalam hanya beberapa bulan. Aku tidak sangka dia masih mengambil berat ke atasku.
"How about your studies?"
"All is good, i think." Jawabnya.
"Its beautiful here.. But im hungry. Lets go to eat." Dia menarik tanganku dan meletakan tangannya di bahuku. Aku terlupa kami juga pernah lebih rapat dari ini..sebelum ini.

   Kami makan dengan kenyang sekali, aku tahu aku tidak sepatutnya membiarkan dia membelanja aku sedangkan dia masih lagi bersekolah. Tetapi mengingatkan apa yang kakaknya lakukan membuatkan aku marah, 'ngam.. ni semua duit Luca yang dia bagi kakak kau jual aku kepada Luca.' Bisik ku di dalam hati. Sudah nasib begini kesian pun..masih busuk lagi kau wahai hatiku.

   Dia menghantar aku sampai ke rumah mencium tanganku dan meninggalkan aku, aku tidak mengajaknya naik ke atas. Tidak manis pula nanti orang nampak kan, laki masih di tahan di balai, kau sudah membawa lelaki pulang rumah walaupun kamu tidak berbuat apa-apa? Kami berjanji untuk berjumpa pada hari esok lagi, dia yang tinggal di B&B di situ selama seminggu, mahu menghabiskan masa denganku sebelum pulang ke Napoli untuk menyambung kelasnya selepas bercuti.

   Entahlah kenapa aku terbayang saat-saat kami berdua sebelum ini, ciumannya di dahiku, pegangan tangannya, cara dia memandang aku yang penuh dengan cinta ghairah dalam tempoh yang sama juga menghormati diriku.

   Aku membuka peti sejuk dan mengambil bekas ais krim perisa pistachio kegemaran ku itu, ku capai mangkuk dan sudu, duduk dengan selesa di sofa. Alangkah terkejutnya aku melihat duit yang di lipat penuh di dalam bekas ais krim itu. Sejak bila pula Luca memasukan duit ini di sini, aku cuba mengingati kembali..
Apa pun, aku bersyukur banyak-banyak dengan adanya duit ini dapatlah aku meneruskan hidup. Membeli makanan, keperluan dapur dan juga barang-barang keperluan bayi ini. Sudah masuk 7 bulan aku belum pun membeli apa-apa lagi, lampin pakai buang pun tidak ada aku sediakan apa lagi baju-baju dan lain-lain kelengkapan.

   Namun begitu aku berharap sangat Luca akan di bebaskan secepat mungkin, duit ini tidak akan bertahan selama-lamanya. Aku tersentak dari lamunanku apabila ada sms masuk, aku membacanya,

I will see you tomorrow early morning, how about we go for a walk at the beach? Its good for both of you and release your worries. 

 Aku tersenyum sendirian, aduilah hati.. sekejapnya kau sudah senyum-senyum, terus lupa apa yang kau lalui dalam waktu-waktu terdekat ini. Aku tertanya-tanya andainya kehadiran Andrea sebagai pengubat sementara hatiku yang berduka ini, dengan persahabatan yang di hulurkannya itu sekurang-kurangnya aku tidak merasa keseorangan dalam menanti berita Luca. Salahkah? Atau aku punya maksud yang lain?!

to be continued..








My Sicilian HusbandWhere stories live. Discover now