Sudah sebulan lebih dia berada di tanah asing itu, dalam diam dia rindu akan kehidupan asalnya di negara yang dia tinggalkan. Dia juga rindu akan kemesraan suaminya. Siapa kata dia tidak menyesal akan perbuatan egonya kerana terlalu cepat mengambil keputusan dan akhirnya tersadai di tempat yang bukan kehendaknya.
Perempuan memang begitu salah sikit, silap sikit sudah emosinya menguasai diri dan akan hilang pertimbangan seketika, dan saat itulah segala akalnya sudah tidak boleh di guna pakai lagi. Sebolah-bolehnya dalam seketika itulah dia harus cuba menahan diri untuk membuat keputusan, lihatlah hasilnya.. sekarang dia tersadai entah di mana.
"Tomorrow is Ferragosto, you have plan?" Tanya Andrea yang duduk di sebelahku di luar rumah. Sungguh panas bulan ogos di sini. Kemuncak musim panas di negara ini, boleh mencecah 40-42 degree kadang kala. Tidak hairan ada yang berjalan macam tak cukup kain saja, kalau yang lelaki pula kebanyakan jalan-jalan di tengah bandar tanpa baju hanya berseluar pendek.
"What is actually Ferragosto?" Aku bertanya pula pada Andrea, kerana itulah pertama kali aku mendengar nama perayaan itu. Andrea sedang belajar di universiti tempatan di situ, jadi bolehlah berbahasa english sedikit sebanyak walaupun bahasa Jepunnya lebih hebat kerana dia mengambil bidang Linguistik dan Jepun sebagai bahasa keduanya.
"Ferragosto is... (Ferragosto ialah perayaan yang jatuh pada 15 ogos setiap tahun di itali. Satu perayaan yang di wujudkan oleh pemerintah Rome pada tahun 18 BC, yang diambil sempena namanya iaitu Feriae Augusti, perayaan terbesar selepas Krismas. Di mana pada masa ini semua kedai, pejabat awam dan swasta tutup untuk sehari. Semua orang pulang ke kampung halaman bersama keluarga pada hari itu. Kebanyakan tempat mengadakan pameran makanan tradisi, perlumbaan kuda seperti yang di lakukan pemerintah Augusti pada waktu dulu-dulu, menari, menyanyi, konsert atau teater, dan kebiasaannya bagi mereka yang berada di sebelah selatan orang-orang muda akan mengambil kesempatan berkemah semalam di tepi pantai, mandi-manda pada malam hari, membuat unggun api, dan melihat bunga api pada tengah malam)"
"Do you know.. la sicilia must be crowded with people now, no cars can pass by, most of italian going there for its nature.. beach especially, mountains, forest, the traditions and food. I miss home." Sambung Andrea. Penjelasannya itu membuatkan aku terfikir, tentu di rumah Luca juga semua orang sibuk pada hari ini menyambut pesta itu esok. Sayang sekali aku tidak dapat melihatnya.
"Have you been to sicily?" Tidak berkelip matanya memandang aku,
"No.. but i heard..things, hmm good things, from people."
"You should come with me maybe for christmas holiday?"
"Mmmh.. yeah, maybe."
"Sicily is beautiful."
"Oh..im sure it.. By the way.. mmmh.. i heard this..hmmm..mafia is famous in sicily, also famous in the world."
"Did you watch that from the tv? Hahaha.."
"Ahhh..yeah."
"Al Capone, do you know him? The famous mafia in New york city? He's italian from here... Napoli."
"What? Are you saying.. here..is the land of mafia too?"
"Yes, every state in Italy they have their own story of mafia. The word mafia originated in Sicily. The Sicilian word mafie refers to the caves near Trapani and Marsala, which were often used as hiding places for refugees and criminals."
"Hahaha.. dont worry, they wont touch you if you have nothing to do with them. They're gangsters with pride and principal. They only cares and protect what theirs. You just stay out from them ok." Andrea senyum memberikan aku secebis nasihat yang sudah agak terlambat bagiku.
"So, you will come with me tomorrow? At the piazza?"
"Sure, sure." Jawabku bersahaja.Kelam kabut aku turun kerja tengahari itu, kerja dobi yang di carikan Giada agak lumayan juga gajinya bila di darabkan dengan mata wang negaraku. Tapi mau tahanlah di pekik-pekik dengan tuan punya kedai dan pekerja-pekerjanya. Mungkin kerana aku orang asing sebab itu mereka membuli aku tanpa belas kasihan.
Masa makan pun tidak ada, kerja berlambak-lambak, lepas tu kena belajar dengan cepat mengasingkan pakaian, selimut, karpet, dan bermacam-macam lagi mengikut jenis kainnya. Begitu juga bahan pencuci, cara cucian dan juga suhu air dan pengeringnya. Aku tidak pernah sangka orang-orang sini begitu teliti dalam hal-hal ini, kalah-kalah hotel 5 bintang di negaraku.
"Voglio chiede una cosa, se tu hai tanti soldi abastanza per fare tanti cosa, cosa vuoi fare? (Aku mau tanya sesuatu, kalau kau ada duit yang cukup untuk buat banyak perkara, apa yang kau mau buat dengan duit kau tu?)" Soal tuan punya kedai Signora Alba.
"Hmm.. non lo so ancora. (Saya tidak tahu lagi)"
"Ascolta il mio consiglio, tu devi andare da qua, torna a tua paese con tuti soldi che tu guadagni e vivere con la tua famiglia. (Dengan nasihat aku ini, kau harus pergi dari sini, pulang pergi negara kau dengan semua duit yang kau kumpul dan hidup dengan keluarga kau di sana.)"
"Se porto soldi di la, dopo un anno finisce subito, e cosa devo fare? Venire ancora qua per guadagna soldi di nuova? (Kalau aku bawa balik semua duit pulang ke sana, selepas setahun habis semua duit, apa lagi aku boleh buat? Datang balik sini.. cari lagi duit?)" Jawapan psiko ku berikan padanya. Barulah dia tahu dia ingat aku ini tiada otak kah asyik di bodohkan saja.Macamlah sangat aku nak datang ke sini kalau bukan aku pun di tipu.
"E' tu pensi che siamo richi qua? Questo paese pieno di imigranti, non mi sento piu sicura come una volta. (kau fikir kami kaya semua di sini ni? Ni negara penuh dengan pendatang sudah, saya rasa tidak selamat suda macam satu masa dulu.)"
"vero, questi imigranti pericoloso. Uccidere, rubare, senza vergogna. (Betul tu. Semua ni pendatang bahaya betul. Membunuh, mencuri, tidak betul pandai malu)" Sokong Elena pekerja yang lebih muda umurnya dari aku. Sedikit sebanyak perasaan ku terguris bila mereka meletakan aku sebaris dengan penjenayah-penjenayah yang di lakukan oleh pendatang asing."Ma, non e tutto cosi. Non e tutto imigranti cativa come dite voi. (Tapi tidak semua begitu. Tidak semua pendatang itu jahat seperti yang kamu cakap)" Aku memperbetulkan pendapat mereka.
"Siamo tuti uguali davanti occhi di dio. Meta di tutti questi imigranti non chiedono di avere questi fortuna. (Kita semua sama saja di mata tuhan. Separuh dari pendatang-pendatang ini tidak pernah minta mempunyai nasib begitu)" Aku menyambung lagi.
"Basta chiacchiera. Pago a te per fare lavoro non per il tuo parere. (Cukup bercakap. Aku bayar kau untuk kau buat kerja bukan untuk apa yang kau fikir bagus.)" Signora Alba marah lagi dengan aku.Betulkah hanya pendatang seperti mereka, iaitu orang putih, atau dari negara kelas pertama dan kedua saja yang di bangga-banggakan oleh negara dunia ketiga dan kempat seperti negaraku. Aku masih ingat kalau orang putih saja, orang eropah dan jepun, laju saja orang kejar. Cuba kalau dari negara yang miskin macam mana kacak dan lawa pun kadang kala di diskriminasikan lagi. Barulah aku faham perasaan itu sekarang ini apabila diri sendiri menjadi pendatang di tempat orang.
Aku tidak pernah terfikir yang aku berkahwin dengan Luca sebab dia orang dari negara yang di pandang hormat oleh semua orang, atau sebab dia orang putih, atau sebab dia ada duit. Tapi semuanya terjadi di sebabkan nasib sudah bersatu di situ, bilamana semua kisah cinta silam ku berakhir dengan tidak menyebelahi aku, menyakiti dan ada yang hampir memusnahkan hidupku. Dia hadir pada masa yang tidak pernah ku duga, aku jatuh cinta, tapi ragu-ragu, kami mengambil masa juga membuat pertimbangan dalam banyak hal apabila merancang untuk bina hidup bersama. 'Arghhhh.. semakin aku fikirkan semakin aku merindui dia. Bagus fikir benda lain saja.' Bisik hatiku sendiri.
Malam itu aku dan Andrea keluar ke tempat terbuka di tengah-tengah bandar itu, piazza orang sini bilang, square english translation nya. Budak mentah ini baik budi bahasanya, mungkin kerana dia pelajar universiti.
"How old are you?" Andrea berhenti menjilat aiskrim konnya.
"Older than you." Jawabku, malu untuk menyatakan umurku yang sebenarnya.
"Im 24."
"I know." Aku cuba menahan rasa terkejut ku. Sememangnya aku tahu dia muda dari ku tapi aku tidak tahu yang dia tersangatlah muda dari jangkaan ku.
"I like you."
"I like you too." Balas ku senyum-senyum, tapi dalam hati kembang sudah bunga raya, perasan sudah lebih-lebih.
"I like you seriously. You different, i have chinese friend in university. I like her too, but she have a boyfriend chinese."
"Hahaha.. you like me because im asian? I can see your taste for asian girl."
"We think asian girl are cool. Dark hair, dark small eyes, round nose, average body and height, not show off, respect people, sweet and you not friends with me for benefit." Jelas dan terang penjelasannya, betul-betul buatkan aku cair dengan semua pujian-pujian itu.
"Im imigrant." Aku mencuba dia lagi,
"So? Im imigrant to this world. Se dio vuole.. Lui puo prendermi addesso. (aku pun pendatang dalam dunia ini. Jika tuhan mahu.. sekarang pun dia boleh ambil aku)" Seksi betul dia menjilat ais krim yang jatuh meleleh dalam genggamannya itu, mungkin kerana jawapannya sudah pun menembak ke dalam hatiku, sebab itu mataku juga terpukau sama dengan gayanya yang seperti keanak-anakan lagi.to be continued..
YOU ARE READING
My Sicilian Husband
RomanceApakah yang seorang lelaki mahukan? Apakah yang suami anda inginkan? Sehingga manakah anda mengenali pasangan anda? My Sicilian Husband menceritakan bagaimana seorang wanita cuba untuk mengubah hidup dan kebiasaannya untuk menerima siapakah orangnya...