Part 13

1.4K 122 15
                                    

Aku rasa bangun terlebih awal hari ni sebab aku terlalu teruja dengan aktiviti hari ni. Suasana masih gelap dan rasanya ayam pun berkokok cuma beberapa kali dan suara orang mengaji dari masjid kedengaran. Aku tak tipu bila aku kata aku senang dan tenang bila dengar bacaan diorang tu. Mata aku jadi segar macam baru lepas minum kopi. Okey, aku tipu. Aku tak pernah minum kopi sebab mendiang ibu aku cakap kopi tu akan buat kita nampak tua. Aku tak nak kelihatan tua sebab aku takut Daniel takkan suka aku kalau dia dah balik nanti. Tapi sebenarnya aku yang pindah sebelum genap tiga tahun. Aku tak tau kenapa ibu ajak aku pindah rumah, sedangkan rumah tu peninggalan mendiang ayah.

Okey, berhenti mengelamun.

Aku buka almari dan keluarkan semua pakaian Bryan. Lepas tu satu persatu aku lipat dan masukkan ke dalam bagasi. Hari ni aku dah rancang bawa dia balik kampung. Mungkin bila dekat sana, hubungan kami akan jadi baik. Harap macam tulah. Sesekali juga aku melirik dia yang masih lena tidur. Serius aku cakap, dia kelihatan comel macam tu. Nampak muka dia tenang aje dan bahagia.

Bahagia?

Entah aku tak tau kenapa aku cakap macam tu. Atau mungkin aku yang bahagia. Mungkin.

Selesai mengemas pakaian, aku turun ke tingkat bawah untuk siapkan sarapan. Aku hanya buat sandwich sebab aku tak tau kegemaran dia dan semug kopiko sebab aku selalu nampak dia minum air ni masa buat latihan dulu. Nasib baik aku ingat nak beli minuman ni kemarin. Selesai menutup makanan, aku naik ke tingkat atas balik. Mungkin dia dah bangun kut.

Ya.

Aku hampiri dia yang hanya duduk bersila atas katil. Gaya macam nak buat ritual aje aku tengok. Aku berdehem perlahan hendak bagi dia isyarat yang aku ada dekat sini. Berjaya. Dia angkat muka.

"Awak nak mandi ke? Atau nak sarapan dulu?", tanyaku sambil duduk di hadapannya.

"Tak."

"Ha?" Aku jadi pening.

"Aku nak mandi dulu."

Aku mengangguk dan bingkas bangun. Tualanya aku capai dan letak di leher aku. Kemudian lengannya aku tarik supaya dia menurut. Dia turun dari katil tapi langkahnya tak bergerak.

"Kenapa?"

"Aku nak mandi sendiri", ujarnya perlahan.

Aku nak membantah tapi bila terfikir apa yang dia akan fikir, aku batalkan hasrat aku. Tuala di leher aku letak ke lehernya dengan berjengket sikit. Dia menghela nafas perlahan lalu berjalan masuk ke bilik air. Aku agak dia dah hafal laluan ke bilik air sebab dia nampak lancar. Maksud aku, dia tak perlu meraba-raba dinding lagi.

Sementara tunggu dia mandi, aku siapkan pakaian dia. Seluar jeans hitam dan kemeja kotak-kotak berwarna biru tua. Hal ni buat aku dapat idea. Aku keluarkan dress berwarna biru tua aku. Jadi hari ni aku dengan dia pakai pakaian yang sama warna. Aku tergelak sendiri dengan pemikiran aku yang makin senget. Mungkin aku terlalu obses untuk buat keadaan hubungan kami jadi baik.

Pintu bilik air dibuka dan dia berjalan keluar dengan hanya bertuala sahaja. Sumpah aku rasa malu bila tengok dia dalam keadaan macam tu, tapi aku suka. Sebagai seorang isteri, bila dia macam tu maknanya dia percayakan aku. Kan? Okey aku merepek lagi. Pipi aku tampar perlahan bagi menyedarkan keadaan aku.

Lengannya aku capai. Sejuk. Tapi dia menggeleng. Okey, apehal dengan dia hari ni? Semuanya asyik tak kena bila aku nak bantu dia. Dia menolak tangan aku dari lengannya.

"Aku nak berpakaian sendiri."

Aku malas nak kata apa jadi aku mengiyakan sahaja. Pakaiannya aku bagi dia pegang sebelum berlalu ke bilik air. Aku rasa tak kena sebenarnya. Dia seolah-olah macam tak nak aku bantu dia, atau lebih tepat dia tak nak aku sentuh dia. Aku tak pasti tapi aku tak suka perasaan macam ni. Bila berfikir cara positif, dia buat macam tu mungkin sebab dia nak berdikari dan tak nak susahkan aku. Tapi otak aku lebih memilih negatif iaitu dia nak jauhkan diri daripada aku.

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now