Part 26

1.3K 103 33
                                    

"Do you know where is Qistina?"

Aku tersentak mendengar suaranya. Lantas kerusi aku pusing membelakangkan mereka lalu menaikkan telefon bagi menutup muka. Aku tak sanggup nak pandang muka dia lagi.

Tolonglah jauh.

"Oh, dia dekat sana tadi."

Aku mendengus perlahan. Kenapalah Lina nak bagitahu dia juga? Ihh!

"Okay thanks Lina."

Derap butnya kedengaran semakin hampir ke tempatku. Aku cuba berlagak tenang dan buat lagak badan seperti orang lain. Harap-harap dia tetipu dan tak kenal aku.

"Qis?"

Aku buat tak dengar sebaliknya terus menekan telefonku. Mungkin juga dia sedang bercakap dengan orang lain, kan?

"Qis?" Bahuku dipegang.

Bodohnya reaksi pertama aku ialah berpaling ke belakang dengan wajah yang panas. Dan dia terus tergelak sambil mengawal macho. Aku berdehem menahan malu.

"Nak apa?" Suara aku seperti disepit. Kecil yang amat.

Dia menundukkan badannya sedikit merapatkan bibir ke telinga. Apa yang dia cuba lakukan? Tahu tak sekarang dekat pejabat? Aku mengundurkan kerusi menjarakkan diri. Nasib baik ada meja yang memisahkan kami, kalau tak aku pasti dia akan terus cuba mendekati aku.

Dia tersenyum senget. Ingat comel ke buat macam tu?

"Dah waktu lunch, keluar jom?"

Aku melirik sekeliling. Ya pejabat dah kosong. Wah begitu cepat sekali ya? Patutlah dia berani buat hal. Lina pun dah tinggalkan aku, cis. Kepala aku anggukkan lalu dia menarik tanganku. Aku tersenyum melihat sikapnya.

Kami makan di tempat biasa, kedai di seberang jalan. Kebanyakkan anggota bomba yang lain juga akan memilih untuk makan di sini kerana harganya yang murah dan makanannya sedap amat. Pemilik kedai itu, Pak Kassim sempat pula mengusik aku dan Bryan. Kononnya kami patut meminta cuti untuk berbulan madu dan ya. Mereka yang lain tak terlepas untuk gelakkan kami. Terutamanya Sam dan Lina yang sepertinya bersepakat dengan Pak Kassim untuk mengenakan kami.

Aku lagi pelik bila Bryan mengiyakan. Dia dengan yakinnya bersetuju untuk meminta cuti untuk membawa aku berbulan madu. Jadi Sam juga tidak terlepas kononnya akan membantu Bryan mendapatkan cuti sehingga diluluskan. Oh tolonglah.

Oh ya! Benda yang paling aku tak lupa ialah bila Zikry cakap yang mereka mahu melihat bakal anggota bomba kecil yang baru ketika kami pulang nanti. Ya Tuhan. Perginya saja belum. Sudah berangan-angan lebih. Lagipun dia baru menyentu....

Okey lupakan!

Selesai saja lunch, kami semua bersama-sama menuju ke balai semula. Namun langkah kami terhenti apabila melihat seorang gadis yang begitu teruja memanggil nama Bryan. Aku.. bukan aku sahaja. Semua mata terus memandang Bryan meminta jawapan. Jadi aku menyoal bagi pihak semua.

"Amy?"

Bryan menghela nafas berat. Seperti dia menghadapi tekanan yang besar amat. Bahuku dipeluk. "Kau pergi dulu ya? Aku nak cakap dengan dia kejap."

Aku mahu menggeleng tapi terangguk. Jadi Bryan memanggil Lina untuk temankan aku. Mereka yang lain seperti enggan berganjak jadi aku memanggil mereka. Aku tahu mereka yang lain sudah menjadi seperti 'pelindung' kepada hubungan rumah tangga aku dan Bryan, tapi itu akan menjadikan Bryan serba salah. Lagipun Amy, mereka hanya berkawan kan? Sam juga ada untuk temankan Bryan.

"Kenapa mereka tu? Tengok saya semacam je?"

Aku sempat mendengar pertanyaan Amy kepada Bryan sebelum kami menyeberang. Aku tak mahu menoleh meskipun aku mahu sangat melihat apa yang mereka lakukan.

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now