Part 14

1.5K 149 18
                                    

Aku pegang lengannya erat sambil memandang rumah peninggalan mendiang ayah yang dah lama aku tinggalkan. Keadaannya masih elok dan bersih. Mungkin Kai selalu jaga rumah ni. Nanti aku kena jemput dia datang untuk makan malam sebagai tanda terima kasih aku dekat dia. Lepas membuka kunci, aku bawa dia masuk. Dia hanya menurut.

"Saya rindukan rumah ni." Aku bercakap separuh berbisik. Cukup untuk dia sahaja yang mendengar.

"Rumah ni rumah siapa? Rumah kau?"

Aku tergelak kecil. Akhirnya dia nak bercakap juga dengan aku. Terasa lucu bila mendengar nada suaranya yang curious semacam. "Rumah peninggalan mendiang ayah saya. Ayah awak juga."

Dia mengangguk. Bila sedar dia macam penat berdiri, aku dudukkan dia di sofa. Lepas tu aku tutup pintu dan buka tingkap. Keadaan rumah aku perhatikan. Rumah ni masih sempurna, malah setiap perhiasan yang mendiang ibu buat dulu pun masih kekal. Kai dan ibu dia memang pandai menjaga rumah ni walaupun kalau diikutkan mereka tak perlu sebab mendiang ibu dah suruh jual.

"Mendiang ayah buat rumah ni sebagai hadiah sempena perkahwinan mereka." Aku mula bercerita perlahan. Aku mahu dia tahu segalanya sebab dia berhak tahu.

Bila melihat dia mengangguk, aku kembali bercerita. Riak wajahnya menunjukkan yang dia berminat hendak tahu apa yang aku bicarakan.

"Mendiang ayah susah dulu, jadi mereka kahwin menggunakan duit simpanan mendiang ibu." Aku tergelak perlahan tapi dia sebaliknya. "Mendiang ibu tipu parents sendiri dan bagitahu kalau duit tu duit mendiang ayah sebab takut parents mendiang ibu halang perkahwinan mereka."

Kali ini dia tergelak perlahan. Ah, aku suka mendengar gelaknya. Kedengaran begitu nyaman bila menyentuh gegendang telinga aku. Kedengaran begitu lucu sampai buat aku juga ingin tergelak sama. Tambahan lagi bila dia gelak, matanya akan mengecil. Sama macam Daniel.

"Tapi lepas mendiang ayah meninggal disebabkan penyakit barah otak, mendiang ibu terus bawa saya berpindah dan jual rumah ni. Tapi rumah ni tak dijual pun tanpa alasan yang saya sendiri tak pasti. Rumah ni dijaga oleh Puan Lee dan anak dia, Kai."

Dia mengangguk. Aku menghela nafas perlahan. Nampaknya aku bercerita panjang sampai lupa nak hidupkan kipas. Aku hidupkan kipas dan hampiri dia. Nasib baik semuanya masih elok lagi cuma aku rasa kipas ni kipas baru. Mungkin Kai atau ibu dia yang beli.

"Awak nak makan?", tanyaku.

Dia kemam bibir sebelum menggeleng. Mungkin dia masih kenyang tapi aku dah lapar. Mungkin sebab pagi tadi aku tak sempat pun nak bersarapan. Peti ais aku buka dan tersenyum lebar aku bila melihat bahan mentah yang tersedia. Terfikir juga aku. Agaknya rumah ni dijadikan rumah kedua buat Puan Lee dan Kai. Kalau tak mesti rumah ni takkan sebersih dan selengkap ni. Lagipun rumah diorang pun taklah jauh sangat. Hanya berselang tiga buah rumah sahaja.

Bahan-bahan mentah aku keluarkan dan letak atas meja dapur yang berada di tengah-tengah dapur. Kemudian pisau aku capai sambil melirik dia yang masih diam duduk di situ. Keadaan sunyi apabila aku mula memasak.

"Let's share our own life with each other."

Aku yang baru hendak menumis bawang terhenti mendengar kata-katanya. Terkebil-kebil aku melihat wajahnya. Dia serius ke? Oh tak! Apesal aku rasa gembira sangat ya? Aku tersenyum nipis.

"Sure, you go first", aku mengiyakan.

Dia berdehem beberapa kali. Amboi! Macamlah dia nak bergurindam atau berpuisi. Nampak sangat dia macam tak sabar nak bercerita.

"Aku anak yatim piatu sejak umur aku 12 tahun. Aku ada daddy, mommy dan seorang adik yang sentiasa buat aku gembira. Tapi suatu hari tu, daddy aku telah meninggal akibat runtuhan bangunan tempat dia bekerja."

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now