Part 30

1.1K 92 7
                                    

Kejutan lagi!

Bryan telah menyewa sebuah bas mini yang akan membawa kami bersiar-siar di sekitar Ranau dan Kundasang. Pagi tadi terkejut juga aku apabila sebuah bas sudah sedia menjemput kami di hadapan hotel. Apabila aku bertanya, kata Bryan tak syoklah kalau dah datang tapi tak lawat semua. Oh serius? Aku akhirnya hanya turutkan memandangkan aku tak boleh pandang ringan dengan negeri ni.

Sepanjang perjalanan aku tidak lekang memerhati ke luar tingkap. Sejujurnya kebanyakkan jalan yang dilalui tidak mempunyai banyak pembangunan dan masih mengekalkan pokok-pokok bagi melindungi alam semula jadi. Tak hairanlah bila masuk kawasan Kundasang, kedinginan semakin menghimpit. Lebih daripada ketika berada di Kota Kinabalu.

Bryan yang sengaja duduk di hadapan sebelah pemandu sejak tadi tidak berhenti bercerita dengan pemandu. Mereka kelihatan mesra memandangkan pemandu ni pun jenis yang peramah. Mungkin berpengalaman memandu selama lebih 10 tahun menjadikan dia lebih mudah mengenali penumpangnya.

"Sayang?"

Aku berpaling ke hadapan mendengar panggilan Bryan. Aku mula menggemari panggilan itu walaupun kadang-kadang saja akan memanggilku seperti itu. Bryan tersenyum seraya menunjukkan ibu jarinya. Aku turut menunjukkan ibu jari sambil tersenyum. Bryan mengangguk lalu memandang ke hadapan semula dan bercerita lagi. Tapi aku perasan kameranya yang diletakkan di atas dashboard masih berkelip tanda sedang merakam.

Jujur semakin aku mengenali dan menyayangi Bryan, aku mulai memahami sikap dan perlakuannya. Dia sebenarnya memerlukan perhatian tetapi kadang-kadang aku saja terleka dan mementingkan diri. Namun dia sentiasa sabar melayan karenah aku. Tengoklah bila aku mula melayan perangainya, dia akan menunjukkan perangai kebudak-budakkannya. Tapi bila dia marah, automatik semuanya menjadi serius dan aku faham. Dia sebenarnya terlalu mengambil berat tentang diriku. Agaknya inilah kehidupan rumah tangga yang ibu selalu berharap agar aku jalani.

Aku mula berasa pelik apabila jalan yang dilalui agak kecil sebelum memasuki sebuah perkarangan yang besar. Membutang mataku melihat bangunan besar di hadapan. Di sebalik pokok-pokok ini tersergam sebuah hotel yang amat besar. Sebaik bas diberhentikan aku laju keluar. Oh sejuk. Badan aku palingkan semula mahu mengambil kardigan tetapi Bryan sudah meletakkan jaketnya ke bahuku.

"Pakailah, aku nak rasai kedinginan ni."

Aku hanya tersenyum sambil membetulkan jaketnya di badanku. Tanganku dipautnya sambil berjalan.

"Seronokkan tempat ni? Aku sengaja bawa aku masuk dari belakang sebab kat sini lagi seronok daripada depan sana."

Aku mula faham. Patutlah tak banyak orang dekat sini, malahan kosong. Rupanya tempat ni di belakang hotel. Sempat aku berdecit. Bryan hanya tergelak. Setelah meninjau beberapa tempat di sekitar situ, Bryan membawa aku masuk semula ke dalam bas. Kemudian bas mula bergerak ke depan hotel.

Siap menghantar bagasi kami ke dalam hotel pemandu bas itu terus beredar. Mahu saja aku tanya dia bermalam dekat mana tapi Bryan sudah berurusan di kaunter. Aku melilaukan pandangan ke sekeliling. Hmm boleh tahan. Mewah dan berkelas. Tulisan Perkasa Hotel jelas terpampang di situ.

"Qis jom."

Aku mengangguk.

***

Aku menghempas badan ke atas tilam setelah membersihkan diri. Fuh lega. Aku nak tidur puas-puas. Hasrat hati tak nak bangun selama dua hari. Tapi itu semua hanyalah mimpi apabila Bryan sudah mengacau. Tarik-tarik rambut aku macam aku ni tak ada perasaan. Ingat aku ni patung ke apa? Tangannya aku tampar agak kuat tetapi dia buat tak ada apa-apa yang berlaku.

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now