Part 38

668 99 12
                                    

"I'm coming here to explain everything." Lina bersuara perlahan sambil melabuhkan punggung di sofa hadapanku. Riak wajahnya amat tenang, seperti langsung tidak terlibat dalam masalah ini.

"Aku faham emosi kau, Eve. Aku tak salahkan kau kerana marahkan aku dan kepercayaan kau terhadap aku sudah berkurang."

"Cakap saja apa yang kau nak, kemudian beredar." Aku menyandarkan badan ke sofa sambil melipat tangan ke dada.

Dia tersenyum nipis. "Antara aku dan Bryan, sama seperti hubungan antara aku dan kau. Kawan baik, memandangkan dia ialah suami kau. Aku, masih menjaga kehormatan aku sebagai seorang wanita muslim. Jadi aku takkan jatuhkan maruah aku semata-mata untuk seorang lelaki yang sudah berkahwin. Apa yang Mary katakan, semua tu tak betul."

Aku tergelak sinis. "Jadi Bryan mengadu dengan kau, sebab itu kau datang sini untuk jelaskan semuanya? Untuk mengaburi kebenaran? Jangan gunakan agama bila berkata-kata, memandangkan kita berlainan kepercayaan."

Dia mengangguk. "Baik, tapi Bryan bukan mengadu. Dia cuma meminta aku untuk jelaskan keadaan yang sebenar. Aku benci untuk katakan ini, tapi aku tidak mahu rumah tangga kau bermasalah. Mary sedang mengkhianati kita."

Wah, jadi mereka meletakkan kesalahan itu kepada Mary? Mereka ingat aku bodoh untuk mempercayai semua itu dengan mudah?

"Jangan sebab dia tak ada di sini, kau menuduh dia. Aku cukup bersabar memandangkan kau masih kawan aku. Gambar yang dia hantar tu bukan edit tahu?"

"Eve, mata saja yang memandang takkan menjelaskan semuanya. Kau kena dengar dan rasai juga untuk membuktikan kebenarannya."

"Berhenti salahan Mary atau aku. Hakikatnya kau sedang mengkhianati aku. Hentikan tuduhan tu. Kau lupa agama kau mengharamkan fitnah?"

"Aku tak lupa, tapi berbalik kepada ayat kau tadi. Tidak ada isu agama yang perlu dikaitkan dalam perbincangan kita."

Aku terdiam seketika menyedari kealpaan aku. Tapi kenyataannya, aku belum memaafkan dia. "Perasaan kau bila mengkhianati aku bagaimana? Senang sangat?"

"Eve, aku tak khianati kau. Gambar yang Mary hantar tu memang betul. Aku memang ada bertemu dengan Bryan dan makan tengah hari bersama dia, tapi kami langsung tidak mempunyai hubungan apa-apa."

Aku tergelak kecil. "Jadi korang bertemu untuk apa?"

"Dia meminta aku untuk menjadikan Mia sebagai anak angkat aku, untuk memudahkan kau berjumpa dengan dia. Kerana kau begitu menginginkan dia sebagai anak angkat kau, tetapi gagal."

"Aku tak percaya." Ada benarnya, tapi mustahil hanya itu, kan?

"Kau percayakannya semudah itu hanya melalui gambar? Kita sudah lama berkenalan, kan? Jadi semua kenangkan kita bersama itu, langsung tidak dapat membuat kau kembali mempercayai aku? Selama ini---" Dia berhenti seketika sambil menundukkan pandangan. Tapi aku sempat melihat matanya yang memerah.

"Selama ini aku sanggup melakukan apa saja untuk menjaga dan melindungi kau, walaupun kita berlainan agama. Tahu kerana apa? Kerana aku tahu kau ialah manusia terbaik yang Tuhan pinjamkan buat aku. Aku sayangkan kau, jadi untuk apa aku mengkhianati kau?"

Perasaan aku berbelah-bahagi. Timbul perasaan bersalah meskipun berbalut dengan kemarahan. Ya, dia kawan baik aku. Tapi apa yang berlaku, sukar untuk aku bezakan. Aku tidak tahu siapa yang patut disalahkan, kerana mereka bertiga ialah orang aku sayang. Bryan, Lina dan Mary.

"Eve, aku tak pernah berniat untuk hancurkan kebahagiaan kau. Kalau aku tahu ada yang dengki sampai menjadikan aku sebagai orang ketiga antara kau dan Bryan, aku akan jauhkan diri."

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now