Part 29

974 86 16
                                    

Sepanjang perjalanan pulang dari Pulau Manukan masing-masing mendiamkan diri. Mungkin aku terlalu mengikut perasaan kerana aku langsung tidak ada perasaan untuk bercerita dengan dia. Bryan juga seperti memberi aku peluang untuk meredakan kemarahan, jadi dia turut mendiamkan diri. Tiba di Jeti Jesselton Point semula, Bryan mengajak aku ke Suria Sabah Shopping Mall. Tapi dengan perasaan begini, aku malas nak berfikir untuk membeli belah bagai tu.

Akhirnya apabila pulang ke hotel, aku terus membersihkan diri meninggalkan Bryan yang duduk di birai katil. Setelah berpakaian aku keluar. Bryan masih sama seperti tadi, dengan matanya tak lari daripada aku. Wajahnya sayu seakan menggamit aku menghampiri, tapi aku keraskan hati. Rambut aku keringkan sebelum naik ke atas katil. Baru tanganku hendak mencapai comforter, dia mula bersuara.

"Qis, kau tahu apa yang aku buat tadi hanya sebab nak selamatkan dia."

Aku menghela nafas perlahan. "Awak sepatutnya panggil saya, biar saya yang buat."

"Keadaan macam tu aku dah tak fikir apa lagi. Aku cuma mahu selamatkan dia."

"Kenapa tak biar dia mati je? Dah tahu tak reti berenang tak nak guna jaket keselamatan lagi."

"Qis!" Suaranya menegang dan aku baru tersedar apa yang aku katakan tadi. Okey salah aku sebab bercakap macam tu, tapi betulkan?

"Saya nak tidur." Aku berbaring membelakangkannya.

"Jangan ikut emosi sangat boleh tak? Dalam keadaan cemas macam tu, kau boleh faham tak keadaan aku? Kalau aku nak panggil kau lagi mungkin budak tu akan mati tercekik dengan air. Kalau aku tak selamatkan dia pula, apa gunanya aku jadi seorang penyelamat untuk negara? Kalau aku nak salahkan dia lagi sebab tak gunakan jaket keselamatan, kau rasa itu akan dapat selamatkan dia ke? Sekurang-kurangnya selepas ni, dia akan lebih berhati-hati."

Aku mengetap bibir. Mungkin hati aku yang terlalu sakit atau sebak mendengar bicaranya itu, aku mula teresak perlahan. Kedengaran Bryan naik ke atas katil. Lenganku cuba dipegang namun aku menepis.

"Jangan sentuh saya."

"Qis, okey aku minta maaf. Tapi aku takkan kata yang tindakan aku tadi salah."

Dia memang berpendirian tegas, jadi dia tak mungkin ubah apa yang dirasakan betul. Tapi untuk kali ni, tak boleh ke dia berpura-pura mengaku salah untuk menenangkan aku? Air mata aku kesat sebelum bangun memandangnya. Bibirnya aku tenung. Milik aku dah tercemar. Benci.

Bryan sedar pandangan aku jadi dia tergelak kecil. Aku ditarik ke dalam pelukannya. "Hati aku hanya untuk kau, Qis. Even when I kiss a thousand girls out there, mine is still yours, hmm?"

Aku berdecit perlahan. Ingat aku terpujuklah macam tu? Pelukan dileraikan. Bryan menghela nafas perlahan sambil mengusap pipiku lembut.

"Okey aku janji kalau benda ni berulang lagi, aku akan bagitahu kau dan kau berhak hukum aku. Ya walaupun benda tu memang tak salah, tapi aku akan mengalah dan benarkan kau hukum aku untuk hilangkan kemarahan kau."

Hati aku mula terdetik sesuatu. Bryan, dia cuba memujuk aku walaupun tak reti sangat. Dia cuba menjaga hati aku sebaik mungkin. Dia cuba membahagiakan aku. Dia cuba menjaga setiap milik aku yang ada padanya. Dia cuba menjadi yang terbaik untuk menjadi pelindung aku.

Lantas wajahnya aku tarik merapat. "Then I should kiss you to erase them, right?"

Bryan tergelak kecil. Senyumannya menyenget nakal. Pinggangku dirangkul sehingga menjadikan dahi kami merapat.

"Aku lagi suka."

Aku tidak memberi reaksi. Apabila senyumannya mati, aku merapatkan bibir kami. Lama. Sehingga dia mula hendak membalas, aku terus menjarakkan wajah. Gelak aku meletus melihat wajah cemberutnya.

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now