Part 23

1K 113 16
                                    

Aku meraup wajahku berulang kali cuba menyabarkan diri dengan jalan yang sesak begini. Sepatutnya aku masih berada di balai tetapi ketua balai telah memberi keizinan kepada aku dan Zikry untuk pulang awal kerana telah melatih pelajar berkawad. Ya dan aku juga berasa bangga kerana mereka telah mendapat tempat kedua dengan beza dua mata kepada pasukan polis.

Hmm tidak apa. Mereka tetap yang terbaik walaupun kalah kepada pasukan polis. Terasa berbaloi waktu selama dua minggu itu. Aku mengetuk stereng kereta sambil bernyanyi kecil. Kereta di hadapan masih belum bergerak malah lampu isyarat sejak tadi masih berwarna merah.

Telefon aku lirik. Sudah jam 6:43, bermakna sekejap lagi Bryan akan tiba. Sempat ke aku siapkan makan malam nanti? Aku mengemam bibir sebelum menghidupkan radio. Dan aku tersenyum apabila mendengar lagu yang dinyanyikan oleh Bryan semalam diputarkan.

Sesekali aku turut bernyanyi mengikut liriknya. Terasa hati aku akan berasa turut teruja lagi-lagi apabila teringatkan kelakuan romantiknya semalam. Ya lagipun aku langsung tidak pernah terbayang yang dia akan mendodoikan aku melalui telefon. Nasib baik apabila aku tersedar pagi tadi, talian sudah dimatikan dengan satu sms.

'Sweet dream, my sleepy princess. Luv you💜'

Bukan ke itu romantik?

Aku tersentak apabila mendengar bunyi hon kereta di belakang. Lantas aku melirik ke hadapan. Ah, tak guna! Segera aku meneruskan pemanduan aku. Ish, kenapalah aku tak sedar lampu dah bertukar hijau? Hmm

Tiba sahaja di rumah, aku dapati kereta Bryan sudah terparking elok di dalam garaj. Dia dah sampai dan aku belum masak apa-apa lagi untuk dia. Argh! Laju aku masuk ke dalam rumah tetapi keadaan yang gelap terus mematikan langkah aku. Dia dah sampai tapi kenapa tak hidupkan lampu lagi?

Suis lampu aku ketik sebelum berlalu ke bilik. Kut-kut dia tertidur, kan? Hmm dia tak ada dalam bilik. Psh, mana dia ni? Beg aku letak ke atas meja lalu membuka kardigan aku. Setelah itu aku ke dapur. Dia tak ada juga. Oh, mana dia ni?

"Bryan? Bryan?"

Tidak ada sahutan. Bibir aku gigit perlahan. Perasaan bimbang mula menyerang diri aku. "Bryan jangan buat saya risau, boleh tak? Mana awak ni?"

Pintu gelangsar aku tolak sebelum keluar ke belakang. Air kolam yang tenang menandakan dia tidak berenang jadi aku meneruskan langkah aku meninjau di sebalik pokok kelapa palma yang ditanam di sudut kolam. Tak ada.

Tiba-tiba terasa sebuah tangan yang sejuk menarik tangan aku ke dalam kolam. Aku yang terkejut tidak dapat mengelak lalu terjatuh ke dalam kolam. Serentak itu juga badan aku ditarik naik. Aku tercungap-cungap sambil meraup wajahku.

Tak guna!

Bila aku memandang wajah di depan aku terus terdiam. Dia tersenyum melihat aku sebelum tergelak. Kepalaku diusapnya perlahan sebelum menarik aku ke dalam pelukannya.

"Hei! Saya sesak nafas tahu?!"

Dia mengabaikan jeritan aku sebaliknya terus memeluk aku. Jadi aku bertindak menolak badannya kuat sehingga pelukannya terlerai. Aku membetulkan nafasku sebelum menumbuk dadanya perlahan.

"Awak kejutkan saya!", marahku lalu cuba naik ke atas namun dia menahan.

"Maaf sebab kejutkan kau. Aku cuma nak main-main je", jawabnya dengan senyuman yang masih tersungging di bibirnya.

Aku memasang wajah serius sambil memerhatinya yang tidak berbaju. Argh, menyeksa pandangan aku betul! Tetapi apabila melihat wajahnya yang sengaja dicomelkan aku tergelak. Jadi aku kembali menghampirinya sebelum memeluknya erat.

"Saya rindukan awak, Bryan."

Dia membalas pelukanku. "Aku rindukan kau juga, Qis."

Beberapa lama kemudian aku kembali menolak badannya. "Awak tengok pakaian saya dah basah! Dahlah... ugh! Baju saya nipis!", aku membentak sambil menarik baju aku yang melekat ke badan.

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now