"EMRS squad! We need you here, over!"
Aku pantas memakai beg khas perubatan lalu membetulkan topi di kepalaku.
Ada nyawa yang perlu diselamatkan. Ada nyawa yang memerlukan bantuan.
Dan tugas aku sebagai ketua. Tugas pasukan aku adalah memberi bantuan rawatan kepada anggota bomba atau mangsa yang mengalami kecederaan.
Dan malam ni, pasukan aku sekali lagi perlu menjalankan tugas. Tugas yang dipikul dengan penuh amanah dan perlu dijalankan sebaik mungkin.
Ya, kami adalah pasukan Emergency Rescue Medical Services ataupun EMRS yang diberi tanggungjawab untuk memberi rawatan kecemasan awal bagi mengurangkan mortality serta morbidity.
Aku sebagai ketua perlu bijak memimpin pasukan aku untuk menjalankan rawatan yang sesuai agar setiap yang masih bernyawa dapat diselamatkan.
"Okay team, are you guys ready?", tanyaku sambil berdiri di hadapan pasukan aku.
Kesemua 20 ahli pasukan aku mengangguk. Aku turut mengangguk. Inilah semangat yang dipupuk sejak kami menyertai pasukan ni.
Kami perlu sentiasa bersedia walau dalam apa keadaan sekalipun. Bila diperlukan, kami perlu ada untuk membantu.
"EMRS squad!"
Aku tertoleh ke tepiku. Pemandu khas kenderaan kami iaitu Kadet Azmir sedang berdiri sambil memberi tabik.
Aku berpusing menghadapnya. Kaki aku rapatkan lalu aku mengangkat tangan, menyambut tabiknya.
"Pasukan STORM memerlukan bantuan kita"
Spontan dahiku berkerut.
"Ha?" Kedengaran suara berjemaah daripada pasukan aku. Aku memegang tali begku.
Setahu aku pasukan kami hanya ditugaskan untuk bahagian pasukan bomba biasa aje macam HAZMAT dan yang lain. Ni kenapa pula tiba-tiba kami kena beri bantuan kepada pasukan hebat tu?
Pasukan STORM? Pasukan yang dilatih khas untuk turun padang hanya apabila berlaku keadaan darurat?
"Itu arahan daripada pihak atasan", katanya lagi.
Aku menelan liur. Apa ni? Hati aku mula jadi tak sedap. Selama tiga tahun aku berkhidmat, inilah kali pertama aku pasukan kami akan merawat pasukan hebat tu.
Wajah ahli pasukan aku pandang satu persatu. Masing-masing jelas menggambarkan kerisauan.
Akhirnya aku mengangguk. "Baiklah, kita akan ke tempat kejadian. E.M.R.S squad, ready!"
Serentak itu semua ahli pasukanku beratur lalu menempatkan diri ke dalam kenderaan kami dengan masing-masing memakai jaket khas berwarna jingga yang bertulis EMRS Squad di belakangnya dan membawa beg khas yang berisi pelbagai peralatan dan ubat-ubatan.
Kenderaan kami mula bergerak meninggalkan balai bomba.
Sedari tadi dadaku berdebar tak henti-henti. Aku menenangkan diri dengan menarik nafas beberapa kali.
YOU ARE READING
Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]
Romantizm[TERSEDIA DALAM BENTUK E-BOOK] __________ LOVE, "Kau maksudkannya atau cuma untuk menenangkan hati aku?" "Kedua-duanya." #5 in care ••• Cover by @-THEWOLY