Apa-apa sahaja yang dia nak cakap, lupakan saja. Aku bukanlah isteri yang baik jadi biarkan saja. Bukan bermaksud yang aku tak nak jadi baik, tapi tolonglah berfikir. Dia nak tidur dengan aku sebab apa? Sebab dia sayang aku atau dia cemburu dengan Kai?
Ya kau baru perasankan benda tu bila Kai datang tadi dan Bryan terus bersikap pelik dengan tidak mahu berenggang daripada kau.
Aku bukannya bodoh sehingga tak tahu kelakuan Bryan tu. Aku nak buat air, dia ikut. Aku duduk tepi Kai, dia akan menyelit dekat tengah-tengah. Sah, dia cemburu!
Okey lupakan pasal tu. Dia dah pun tidur jadi aku nak menonton disebabkan malam ni aku tak dapat nak lelapkan mata. Mungkin insomnia aku datang balik kut.
Tetapi malangnya lembaga penyiaran memang dah rancang nak boikot aku kut. Sebab langsung tak ada cerita yang mampu menarik perhatian aku malam ni. Ugh, geram!
Akhirnya aku matikan tv sebelum menuju ke dapur. Aiskrim aku ambil dari peti sejuk sebelum melabuhkan pungung. Haih dah lama aku tak buat hobi aku yang satu ni.
Dulu ayah yang selalu temankan aku makan waktu aku kecil. Yalah, aku kan anak tunggal diorang. Jadi bila aku meragam tak dapat tidur, ayah akan bangun temankan aku duduk dekat dapur untuk makan apa-apa sahaja yang aku nak sehingga ibu marah dan membebel dekat ayah sampai keesokan paginya.
Aku tergelak bila teringat semua tu. Ya, walaupun semua tu tercipta ketika aku masih kecil tapi semua itu jugalah yang akan membuat aku tersenyum sekarang. Sedangkan apa yang berlaku sekarang ini belum tentu mampu membahagiakan aku.
Bryan, bukan dia maksud aku. Justeru aku mahukan dia cepat sembuh dan selepas itu kami akan menjalani kehidupan yang bahagia. Aku akan belajar menerima segala kekurangannya. Aku akan menyayanginya setulus hati aku.
Dan aku juga mahu agar dia menyayangi aku atas dasar cinta, bukannya hanya berlandaskan nafsu. Atau cemburu.
Atau apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya.
Aku tersentak apabila mendengar bunyi pintu hadapan seperti diketuk. Langkah aku atur ke ruang tamu dengan sudu yang masih kau pegang. Siapa pula yang ketuk pintu waktu macam ni?
Takkanlah orang yang mengetuk itu insomnia juga? Tak masuk akal.
Tidak lama kemudian terdengar bunyi berbisik sebelum kunci pintu cuba dibuka dari luar.
Tak guna!
Itu pencuri.
Aku mengatur langkah pantas dengan senyap ke dalam bilik. Telefon aku capai untuk membuat panggilan kecemasan. Setelah itu, Bryan aku kejutkan. Dia menggosok-gosok matanya mamai sebelum memandang aku.
"Ken.."
Belum sempat dia bercakap aku sudah menekup mulutnya sambil membuat isyarat jari ke bibir. "Syhh."
Aku tahu penglihatannya masih kabur jadi dia tidak akan dapat melakukan banyak perkara. Jadi aku akan cuba buat apa-apa sahaja agar dia tak tercedera.
"Awak diam, okey? Rumah kita ada pencuri."
Spontan dia memegang lenganku. "Qis, kau duduk sini."
Aku mendengus geram. "Diamlah, awak yang kena duduk sini."
Lenganku tetap ditahannya namun aku berkeras. Aku merentap lenganku kasar dari pegangannya sebelum keluar.
Bunyi bisikan tersebut mula kedengaran di ruang tamu. Aku menyembunyikan diri di belakang dinding melihat setiap tindak tanduk mereka.
Bangang gila diorang ni. Tak ada benda lain nak buat ke apa? Dan kenapa pihak polis lambat sangat ke sini? Rasanya aku dah telefon diorang lima minit yang lalu. Takkanlah kau kena tunggu pihak polis tiba tanpa berbuat apa-apa kan?
YOU ARE READING
Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]
Romance[TERSEDIA DALAM BENTUK E-BOOK] __________ LOVE, "Kau maksudkannya atau cuma untuk menenangkan hati aku?" "Kedua-duanya." #5 in care ••• Cover by @-THEWOLY