Aku turun dari kereta diikuti Bryan dari belakang. Loceng rumahnya aku tekan berulang kali dengan tergesa-gesa. Aku mahu memeluk dan meminta maaf dengannya. Sungguh aku rasa bersalah dengan perlakuan aku kelmarin. Tentu dia bersedih kerana aku tidak mengenang budinya selama ini. Ya Tuhan, aku benar-benar bersalah. Aku terlalu mudah mempercayai apa yang Mary provokkan kelmarin.
Beberapa ketika kemudian kelihatan Lina keluar dari rumah. Apabila menyedari kehadiran aku, laju dia mengatur langkah membuka pagar. Sebaik kunci dibuka, aku menerpa memeluknya.
"Lina aku minta maaf. Aku bersalah sebab tuduh kau bukan-bukan. Aku minta maaf." Aku tak dapat tahan air mata aku apabila dia membalas pelukanku.
"Aku maafkan kau, Eve. Janganlah sedih."
"Aku salah sebab tuduh kau. Aku patutnya siasat dulu perkara sebenar."
Belakang aku digosok-gosoknya dengan lembut. "Tak apa, sayang. Aku dah maafkan kau. Janganlah sedih macam ni."
Aku tergelak kecil sambil meleraikan pelukan. "Aku minta maaf."
"Aku dah maafkan. Janganlah ulang lagi. Aku tak nak anak buah aku dalam tu anggap aku ni dera mama dia."
Aku tergelak lagi. Ya Tuhan, dalam keadaan macam ni pun dia masih mampu bergurau dengan aku. Memang dia tak simpan dalam hati dia ke dengan perlakuan aku?
"Eh jomlah masuk." Tangan aku ditariknya masuk ke dalam rumah sambil mengajak Bryan masuk. Aku hanya sempat memberi isyarat kepada Bryan agar mengunci kereta dahulu sebelum masuk.
Aku digamit agar duduk dahulu sementara dia membancuh air untuk dihidangkan. Aku hanya tergelak kecil melihat tingkahnya. Kemudian mataku jatuh pada sebuah ukiran berbingkai kaca yang tergantung di dinding bersebelahan dengan almari. Ukiran itu begitu cantik dan penuh kesenian. Jadi langkah aku mendekati dinding untuk melihat dengan lebih jelas maksud ukiran itu. Ah, aku baru sedar. Ukiran ini menggunakan bahasa Arab.
"Sayang?"
Aku berpaling sekejap melihat Bryan yang baru masuk. Dia mendekati aku lalu merangkul pinggang aku. "Cantik, kan?"
Aku agak terkejut kerana ini kali pertama dia berkata begitu. Selama ini, aku tidak pernah tahu kalau dia juga meminati apa-apa yang berkaitan dengan Islam. Dia jarang untuk memuji perkara seperti ini.
"Cantik sangat." Aku menjawab perlahan sambil tersenyum. Entah mengapa, hati aku begitu tenang melihat ukiran ini.
"Maksud ukiran ni, Muhammad."
Terangkat kening aku. Pantas aku menoleh memandang Bryan di sebelah. "Macam mana awak tahu? Awak ada ambil course bahasa Arab kat uni dulu?"
"Ada, cuma selepas sertai STORM, aku jarang ada masa untuk tunjukkan bakat ni."
Aku tergelak kecil. Mengada. "Saya tak tahu pun."
"Sebab ini ialah rahsia terbesar aku."
Aku tergelak lagi diikuti dia. Lawak apakah ini? Gelak kami terhenti apabila mendengar bunyi deheman. Apabila kami berpusing, Lina sudah berdiri di situ sambil melipat tangan ke dada dengan senyuman mengusik.
"Amboi, syok sangat eh sampai dah lupa kewujudan aku dalam rumah ni?"
Aku laju menggeleng sambil merapati Lina. "Mana ada. Cuma aku tertarik dengan ukiran tu. Aku tak tahu pun maksud dia sehingga Bryan cakap maksud dia Muhammad."
Lina membulatkan matanya. "Serius?"
Bryan mengangguk siap mengangkat kening tanda riak. Psh!
"Nak masuk Islam ke?"
YOU ARE READING
Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]
Romansa[TERSEDIA DALAM BENTUK E-BOOK] __________ LOVE, "Kau maksudkannya atau cuma untuk menenangkan hati aku?" "Kedua-duanya." #5 in care ••• Cover by @-THEWOLY