Part 16

1.6K 121 15
                                    

Selesai sahaja membersihkan diri dan menyediakan sarapan, aku ajak Bryan pergi pantai berhampiran rumah Kai. Bryan hanya menurut sahaja walaupun katanya dia tidak sukakan ombak. Aku juga pelik. Bagi aku bunyi ombak itu menyenangkan dan mampu menghibur aku seperti seorang penyair.

"Kenapa awak tak sukakan ombak?", tanyaku setelah duduk di banir pokok yang rebah.

Bryan mengangkat bahu. "Tanpa sebab."

Aku tergelak kecil mendengar alasannya. "Awak tahu, ombak ni merupakan salah satu ciptaan Tuhan yang perlu dihargai. Ombak, pantai dan semuanya perlu dihargai. Sebab itu.." Aku biarkan ayatku tergantung sambil memandang Bryan. "Saya akan hargai dan jaga awak sehingga akhir hayat saya."

Dia memusingkan badannya menghadapku dengan riak yang sukar aku teka.

"Betul ke?"

Aku tersenyum sambil meraih tangannya. "Saya akan buktikannya sampai awak percaya."

"Betul ni?"

Aku mengangguk sebelum mengiyakan apabila menyedari yang Bryan tidak akan tahu jika aku mengangguk.

"Qis."

"Hmm?"

"Sekarang ni.. waktu pagi kan?"

"Ya, awak rasa kalau sekarang ni malam saya akan bawa awak keluar ke? Saya tak beranilah", ujarku sambil tergelak kecil.

Tetapi wajahnya berubah kelat sehingga aku menampar mulutku sendiri. Macam manalah aku boleh terlepas cakap?

"Aw..awak jangan salah faham, sa.."

"Kalau pun aku minta kau untuk membawa aku keluar berjalan-jalan pada waktu malam, keadaannya sama saja bagi aku, kan? Sama ada pagi, tengah hari atau malam bagi aku sama saja. Semuanya sentiasa gelap."

Aku mengemam bibir mendengar kata-katanya. Dia terasa disebabkan apa yang aku katakan tadi ke?

"Maaf, saya tak seng.." Ayatku terhenti apabila terasa dia membalas genggaman tanganku. Aku tunduk melihat tangan kami.

"Tapi aku masih berasa gembira, kerana kau masih bersama aku. Kau masih sudi menjaga aku." Suaranya menjadi perlahan sambil ibu jarinya mengusap jariku perlahan.

"Saya.. akan ada dengan awak sentiasa, jangan risau." Aku tersenyum tanpa sebab yang pasti. Cuma perasaan aku jadi bahagia.

"Kau dah berjanji."

"Ya, saya berjanji." Aku mengangguk sebelum teringat sesuatu. Lantas tangannya aku tepuk perlahan. "Check up awak esok kan?"

Dia mengangguk.

Aku tersenyum. "Mudah-mudahan doktor akan sampaikan berita baik."

"Kenapa?"

Aku mengerutkan dahi. "Hei mestilah. Awak akan dapat melihat semula nanti. Awak ingat kan kata doktor yang awak cuba buta sementara?"

Dia menganguk perlahan. "Macam mana kalau saraf dah mati?"

Aku berdehem. Tidak suka dengan apa yang dikatakannya. "Jangan cakap benda tak berguna boleh? Saya tak suka dengar."

Dia tergelak. Aku terdiam melihatnya. Adakah aku tengah bermimpi melihatnya tergelak? Wah, hari ini rezeki aku!

"Isteri aku dah pandai membebel balik."

Dia tergelak lagi tetapi aku sebaliknya. Aku gembira dan terkedu mendengar ayatnya tadi. Dia menggelar aku isteri. Itu bermakna dia sudah menerima aku?

"Aku lapar."

Aku tersedar mendengar keluhannya. Lapar? Sekarang baru jam 9 yang dia nak lapar lagi kenapa? Sarapan tadi tak mengenyangkan dia ke? Oh aku tak patut persoalkannya.

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now