Hari ni genap tiga bulan kami bekerjasama dengan pasukan si Kapten Poyo tu. Dan selama tu juga aku dengan dia masih tak dapat bersefahaman. Kalau tak dia yang kenakan aku, aku yang akan kenakan dia. Motif aku satu aje, aku nak balas setiap apa yang dia buat kat aku.
Aku menghempaskan badanku ke atas katil. Ah! Penatnya. Dahlah sekejap kena pergi ke tempat kejadian kemalangan, kejap nak buat latihan lasak S.T.O.R.M tu. Letih letih letih.
Ketika aku hendak terlena, aku terduduk apabila teringat akan rancangan malam ni.
Ish, diorang ni pun satu!
Kenapalah nak buat malam ni? Tak boleh ke buat malam lain? Masa aku malas jugalah diorang sibuk nak buat majlis makan-makan bagai.
Dengan malas, aku mengheret kaki masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri. Selesai mandi, aku membuka closetku.
Malam ni makan-makan aje kan? Jadi aku nak pakai baju apa? Kalau aku pakai baju dress tu tak over ke? Kalau aku pakai baju rumah tu macam nak kena lempang aje tu.
Akhirnya aku mencapai seluar track-suit hitam dan baju berhood berwarna putih. Malas nak pilih baju lain. Ni kan malam, tak kuasa aku nak pakai baju lip lap.
Setelah mengoles pelembap bibir dan menyapu bedak nipis ke muka, aku mencapai begku keluar.
*********
Aku teragak-agak masuk ke dalam rumah mewah di hadapanku. Betul ke ini tempatnya? Aku melihat skrin telefonku semula. Betullah, alamat ni memang betul.
Rumah siapa agaknya ya? Mewah sangat ni. Besar dan megah sangat. Aku tak pernah masuk rumah sebesar ni seumur hidup aku.
"Evelyn, ingatkan kau tak datang tadi"
Aku melihat ke pintu. Mei, salah seorang ahli pasukan aku tengah memakai sandal sebelum menghampiri aku.
Aku memang arahkan diorang untuk panggil aku hanya menggunakan nama tanpa gelaran di hadapan. Aku tak selesa terlalu formal bila berada di luar kawasan bekerja. Nampak klasik sangat.
Aku dibawanya masuk ke dalam rumah. Tapi bukan kat ruang tamu, tapi terus ke belakang. Di tepi kolam.
Aku tiba-tiba rasa kekok sikit bila semua orang memakai pakaian kasual kecuali aku yang gaya bagai nak pergi joging.
Tak apa! Suka hati nenek akulah nak pakai apapun kan?
"Evelyn, lamanya kau nak datang? Semua sibuk tanya pasal kau tahu tak? Tu, ketua kita pun ada tanya kau juga", tunjuk Nora sambil menunjuk ke satu arah.
Aku melihat mengikut arah telunjuknya. Bryan. Dia hanya mengenakan jeans dan kemeja putih dan tangannya diseluk ke dalam poket seluar. Hemm.. macho!
Ish, apa kena dengan kau ni Evelyn? Boleh pula kau pergi puji mamat poyo tu? Ke aku dah rabun malam ni?
"Nah, air!"
Aku tersentak apabila Faiz menghulurkan minuman oren kepada akum tepat pula tu di hadapan mata aku. Dia nak buat aku juling ke apa?
Aku menyambutnya lalu aku teguk sedikit. Hemm, sedap.
"Evelyn, ketua nak jumpa kau", kata Sam yang entah muncul dari mana. Mungkin ghaib sekejap kut.
Aku mengerutkan dahi. "Kenapa pula?"
Dia mengangkat bahu. Mahu tidak mahu aku mengatur langkah menghampirinya yang rancak berbual. Mungkin ada perkara penting yang dia nak cakap kut.
"Yes, ada apa nak jumpa aku?", tanyaku tanpa nada. Aku tak boleh dekat dengan mamat ni, mesti naik darah aku.
Dia melirik aku sekejap sebelum mengakhiri perbualannya dengan Zeck. Mukaku ditenungnya lama sebelum menghela nafas perlahan.
YOU ARE READING
Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]
Romance[TERSEDIA DALAM BENTUK E-BOOK] __________ LOVE, "Kau maksudkannya atau cuma untuk menenangkan hati aku?" "Kedua-duanya." #5 in care ••• Cover by @-THEWOLY