Part 32

817 100 28
                                    

"Encik saya dari Taman Perumahan Semarak! Saya nak bagitahu rumah jiran saya terbakar! Tak! Perumahan ni dah hampir musnah! Tolong encik!"

Usai mendapat panggilan kecemasan itu, kami bingkas menuju ke tempat kejadian. Apabila tiba kelihatan orang ramai sudah bertempiaran lari menyelamatkan diri. Ada juga yang sedang mencari ahli keluarga masing-masing diiringi tangisan dan jeritan.

Sebaik turun dari jentera, aku menekup mulut akibat terkejut melihat hampir keseluruhan taman perumahan ini sudah terbakar. Mungkin kerana angin yang bertiup agak kuat menjadikan apinya mudah merebak. Kelihatan anggota bomba penyelamat yang lain sudah mengeluarkan hos pemadam dengan pantas.

"Tolong arahkan penduduk lain berpindah ke tempat yang selamat." Amir bersuara memberikan arahan sebelum kembali mendapatkan pasukannya.

Aku mengangguk. Ahli pasukan yang lain aku arahkan membantu memindahkan penduduk jauh dari tempat ini. Kerja-kerja dilakukan dengan pantas bagi mengelak lebih banyak orang yang akan tercedera. Tiba-tiba bahu aku ditepuk dari belakang. Segera aku berpaling dan kelihatan seorang lelaki separuh umur di situ dengan wajahnya yang kotor terkena debu api.

"Encik cedera?", soalku sambil cuba memeriksa badannya tetapi dia menggeleng pantas. Telunjuknya di arahkan ke tingkat lima perumahan itu.

"Saya yang telefon tadi. Jiran saya.. rumah mereka yang terbakar dulu sebelum merebak. A-Ada seorang budak terperangkap dalam rumah tu. Saya tak sempat selamatkan sebab pintu utama berkunci." Dia menjelaskan dalam cemas.

Aku menelan liur. Budak. Ah serius. "Mana orang tua dia?"

"Orang tua dia dah keluar sebelum kebakaran tu."

Aku mengangguk laju. Dia sempat aku arahkan duduk di tempat yang selamat sebelum langkah aku atur mendekati Amir memandangkan dia ialah komander operasi lagi kali ini. Bahunya aku tepuk seraya menyeka peluh di dahi.

"Orang yang telefon tadi, dia cakap ada budak terperangkap dalam sana. Rumah dia di tingkat lima", kataku cemas. Aku benar-benar risau memikirkan keadaan budak itu. Tentu dia sedang dalam ketakutan, sama seperti budak di dalam runtuhan bangunan dulu.

Ugh! Kepala aku tundukkan apabila bayangan itu menerpa kembali. Ya Tuhan! Mengapa aku begitu risau sehingga ketakutan yang sudah aku lupakan dulu kembali menganggu aku. Tangan aku menjadi gementar yang luas biasa dan pandangan aku menjadi kelam. Badan aku terasa disentuh dan apabila aku membuka mata aku sudah dalam keadaan terduduk.

"Kau okey tak ni? Eve?" Amir turut duduk bertinggung di hadapanku dengan dahi yang berkerut.

Kepala aku paksa angguk. Bukan sekarang Eve. Ada nyawa penting yang perlu diselamatkan. Kalau api berjaya dipadamkan awal mungkin budak itu boleh selamat. Lawan ketakutan kau, Eve. Lawan. Nyawa budak tu lebih penting.

"Lina!" Amir sudah berteriak jadi pantas lengannya aku tampar lembut beberapa kali. "Kau okey tak ni, Eve? Kau masih belum recover trauma kau ni."

Bibir aku ketap sambil memandangnya. Kepala aku gelengkan pantas bagi meyakinkannya. "S-Saya okey. Saya okey. Jangan risau."

Amir mendengus perlahan. Lina yang baru tiba segera membantu aku berdiri. "Ketua okey tak ni?"

"Saya okey." Aku menjawab pantas sambil menolak Amir. "Padamkan kebakaran cepat."

Amir mengeluh, geram mungkin dengan gesaan aku. "Bryan really gonna kill me." Sempat dia bergumam sebelum kembali mencapai hos.

Aku membetulkan pakaian aku sambil menarik tangan Lina agar kembali meneruskan penyelamatan. Tidak habis aku cuba menguatkan semangat aku agar bayangan itu menghilang. Itu dulu, Eve. Tidak ada sesiapa yang akan cedera lagi. Apabila selesai membantu semua penduduk flat itu berpindah ke tempat yang lebih selamat, aku mengarahkan mereka agar memeriksa ahli keluarga mereka masing-masing. Mungkin ada lagi yang terperangkap yang belum kami ketahui.

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now