Part 7

1.5K 134 39
                                    

Keadaan semakin larut malam namun keadaan di sini masih haru-biru. Semua mangsa sudah dihantar ke hospital begitu juga anggota perubatan yang telah pulang untuk merawat para mangsa yang melebihi 70 orang.

Aku pun pelik macam mana pusat beli-belah ni dibuka sedangkan bila berlaku kemalangan macam ni ramai yang tercedera tanpa ada laluan keselamatan. Ni memang kontraktor lintah betul. Asal duit dapat, kerja selesai semuanya terus habis. Lesap! Cuma pentingkan duit aje. Huh!

Sekarang hanya tinggal kami sahaja. Pasukan HAZMAT, PPDA, Pasukan Mencari dan Menyelamat dan juga Pasukan STORM. Kami memanglah kena tinggal sebab kami kan bertugas untuk merawat ahli pasukan bomba yang tercedera. Tapi tu pun kalau ada, buat masa ni masih tak ada lagi yang cedera. Semuanya terlatih mengikut SOP.

Mangsa yang masih terperangkap di tingkat bawah masih belum dapat dikeluarkan sejak tadi dan ini memang membuatkan aku gila tahap gorila dah. Aku masih fikirkan Ain dan perempuan mengandung tu.

Pasukan STORM pun masih bertungkus-lumus untuk membuka laluan yang tersekat sebab terhalang oleh runtuhan konkrit. Pasukan kami dah diarahkan oleh Pusat Gerakan Operasi untuk menghantar para mangsa bila mereka dah dapat dikeluarkan nanti.

Telefon Mary di tanganku berdering nyaring. Skrin aku lirik. Datin Kartini. Apa aku nak jawab? Apa aku nak cakap aje ke kalau Ain masih tak dijumpai lagi?

"Helo auntie?", lemah aku bersuara.

"Evelyn.. Evelyn macam mana dengan anak auntie? Dia..dia dah dijumpa kan? Korang dah dalam perjalanan untuk hantar dia..kan?"

Aku menggigit bibir seraya menghela nafas perlahan. "Auntie.. pasukan STORM tengah berusaha untuk selamatkan mangsa. Auntie sabar ya? Saya tak boleh nak jamin kalau.. kalau Ain tak apa-apa sebab saya bukan dalam unit yang akan cari mangsa", jelasku dalam gugup.

Terdengar tangisan di hujung sana. Ah, aku pun risaukan minah tu! Sumpah aku tak tahu nak buat apa kalau ada apa-apa yang berlaku dengan dia. Aku sayangkan dia. Aku sayangkan persahabatan kami. Lagipun, aku tak ucap maaf lagi untuk semua kesalahan aku dengan dia. Ish, jauhnya kau berfikir Evelyn!

"Evelyn.. tolong auntie ya? Tolong bagitahu kalau dia dah dijumpai"

Aku mengiyakan sebelum panggilan ditamatkan. Telefon aku sisip ke dalam beg Mary yang diletak di sebelah aku. Kemudian ahli pasukan aku satu persatu aku lirik. Semuanya dah kelihatan letih dan badan dah kotor namun masih juga menggagahkan diri.

Aku mendongak. Aku tak sedar pula sejak tengah hari tadi sampai sekarang kami masih kat sini. Jam berapa entah sekarang ni pun aku tak tahu. Rasanya elok lagi kan kalau aku jadi tentera. Sama aje dengan pekerjaan aku sekarang. Terpaksa turun dan berjaga sampai larut malam walaupun kalau bukan waktu pasukan kami untuk bekerja.

Langsung tak ada bintang pun malam ni. Kata mendiang mama dan papa.. ah! Kenapa aku teringat hal ni lagi? Serta-merta aku teringat balik tentang diorang yang dah tinggalkan aku sebab terlibat dalam nahas kapal terbang ketika aku berusia 9 tahun.

Aku jadi anak yatim semuda tu dan terpaksa tinggal dengan mak cik aku. Tu pun mak cik juga orang susah. Jadi aku terpaksa belajar bersungguh-sungguh sampai dapat hidup macam ni. Tak juga kaya tak juga miskin. Sederhana macam kata Lina.

"Kalau waktu malam tak ada sebutir pun bintang kat dada langit, tu maknanya nak hujan"

Aku tersenyum apabila kata-kata tu menjengah minda. Betul ke malam ni akan hujan? Kalau macam tu susahlah operasi ni nanti. Makin payah dengan keadaan yang sejuk dan kemungkinan akan berlaku banjir kecil di dalam runtuhan tu. Dan macam mana dengan mangsa? Ain dan perempuan mengandung tu?

"Nah, minum dulu. Sejak tadi ketua langsung tak minum"

Aku menyambut huluran Lina sambil tersenyum nipis. Lina duduk di sebelahku sambil menghela nafas perlahan.

Be His Last Bride ✔ [UNEDITED]Where stories live. Discover now